Sejarah penulisan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hieroglyphs Mesir salah satu penulisan terawal yang direkodkan, terdapat pelbagai lagi penulisan jenis ideogram lain yang digunakan bagi tujuan penulisan pada zaman purba.

Sejarah Penulisan merujuk kepada sejarah tentang penulisan untuk mengambarkan sesuatu bahasa.[1] Sejarah sistem penulisan telah berkembang dalam pelbagai jenis peradaban manusia yang berbeza ,sistem penulisan didahului dengan penulisan purba, iaitu sistem penulisan yang bersifat ideograf atau simbol mnemonic, penulisan jenis ini berbeza dengan sistem fonetik. Penulisan Sebenar, atau penulisan fonetik, direkodkan dibangunkan oleh empat peradaban berbeza di dunia, iaitu Sumeria, Mesir, China, dan Mesoamerica.

Sistem Penulisan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Penulisan

Sistem penulisan adalah berbeza dengan sistem komunikasi simbolik yang mana ianya diertikan sesuatu yang dikaitkan dengan bahasa percakapan dengan bentuk teks. Berbeza pula dengan sistem simbolik seperti tanda infomasi, lukisan, peta, dan matematik yang selalunya tidak memerlukan pengetahuan lebih tentang bahasa percakapan.Setiap masyarakat manusia mempunyai bahasa, ciri-ciri diperhatikan dari pelbagai dasar dan kondisi pengertian manusia (sila lihat Asal usul bahasa).Pembangunan sistem penulisan berkembang dalam jarak waktu yang lama .Sejak diciptakan, sistem penulisan pada sebuah bahasa berubah secara lambat dari bahasa dan selalunya mengekalkan ciri-ciri sebutan yang tidak lagi digunakan lagi dalam bahasa mereka.Salah satu faedah yang terbesar untuk mengunakan sistem penulisan ialah kebolehannya untuk mengekalkan rekod maklumat yang diucapkan dalam sesebuah bahasa, yang dapat diambil secara bebas dari tindakan awal perumusan.

Tulisan Zaman Gangsa[sunting | sunting sumber]

Pada masa ini tulisan berkembang dengan variasi yang beraneka ragam. Bangsa Sumeria menciptakan tulisan cuneiform sementara bangsa Mesir menciptakan tulisan hieroglif. Jenis tulisan lain yang berkembang pada masa ini misalnya logograf Cina dan Naskhah Olmec yang diciptakan oleh Mesoamerika.

Tulisan modern[sunting | sunting sumber]

Perkembangan teknologi telah mengubah cara menulis. Penemuan pena, komputer, mesin cetak serta telepon bimbit merupakan perkembangan teknologi yang mempengaruhi cara menulis di era modern. Penulisan dengan cara menekan tombol dan tidak lagi dengan menggerakkan tangan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Peter T. Daniels, "The Study of Writing Systems", in The World's Writing Systems, ed. Bright and Daniels, p.3

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.