Sekali Aku Jatuh Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekali Aku Jatuh Cinta
GenreCinta, komedi
Ditulis olehSiti Saleha
PengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
Syafiq Kyle
Mimi Lana
Lagu pembukaan"Ragu-ragu" oleh Syed Shamim dan Tasha Manshashar
Lagu penutup"Ragu-ragu" oleh Syed Shamim dan Tasha Manshashar
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifSyed Putra Meir
Sofia Arshad
PenerbitRozie Othman
SinematografiAhmad Sufian Md Deli
Mohd Faez Mohd Noor (pembantu)
Tempoh siaran20 minit
Syarikat pengedaran
SRS Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal27 April 2016 – 31 Mei 2016

Sekali Aku Jatuh Cinta merupakan siri drama televisyen romantik Malaysia 2016 arahan Pali Yahya terbitan SRS Production Sdn Bhd, dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Mimi Lana dalam gandingan pertama mereka.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 bermula 27 April 2016 hingga 31 Mei 2016 menggantikan Ahli Mesyuarat Tingkap. Tajuk drama ini diambil daripada lagu nyanyian Nassier Wahab dengan tajuk sama.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Johan (Syafiq Kyle), 24 tahun, baru sahaja menamatkan latihan praktikalnya sebagai seorang jururawat. Johan berasa sangat bangga akhirnya berjaya juga dia menamatkan pengajian kejururawatan biarpun selalu di ejek oleh rakan-rakan kerana kerjaya itu lebih sesuai dengan perempuan. Prinsip hidup Johan, pesakit lelaki hanya layak dijaga oleh jururawat lelaki. Jadi apapun orang nak cakap. Dia tidak peduli. Sementara menunggu konvokesyen, mak Johan menyuruh Johan mencari apa-apa kerja part time daripada buang masa keluar dengan kawan-kawan. Entah bagaimana sedang dia duduk di sebuah restoran, sebuah insiden cemas dan lucu memulakan segalanya.

Izzati (Mimi Lana) cucu Tok Ayah (Razak Ahmad) sedang bersiar-siar dan sedang berjalan menuju ke restoran yang sama. Merasakan sesuatu yang istimewa, Johan jatuh cinta padang pertama. Namun sebelum sempat Izzati melangkah masuk, Tok Ayah jatuh ditolak penjenayah yang sedang melarikan diri daripada pihak polis.

Tok Ayah rebah. Johan menjerit, “saya jururawat, saya jururawat” dan segera membantu Tok Ayah. Semua cemas tetapi pelik kerana selalunya doktor yang menawarkan diri untuk bantuan sebegini tetapi kali ini jururawat pula beriya. Tok Ayah berjaya dikejarkan ke hospital dan Johan tanpa malu sibuk menguruskan Tok Ayah dan mengikut Izzati. Dalam masa yang sama Johan terdengar bahawa Tok Ayah memerlukan jururawat peribadi untuk menjaganya di rumah.

Johan yang tertawan dengan Izzati berharap Tok Ayah menawarkannya pekerjaan jururawat peribadi. Tetapi masalah utamanya, dia masih belum diiktiraf sebagai jururawat. Johan tahu dia perlu menipu untuk bekerja di rumah Tok Ayah demi mendekatkan dirinya dengan Izzati. Adakah cinta Johan bakal berbalas? Bagaimana jika Tok Ayah mengetahui perkara sebenar bahawa tentang Johan yang sebenarnya belum lagi ditauliahkan sebagai jururawat terlatih?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Muzik[sunting | sunting sumber]

  • "Ragu-ragu" - Syed Shamim dan Tasha Manshahar
  • "Masih Cinta" - Kim Dong Gyun
  • "Mengapa Kau Di Sini" - Anak Panah
  • "Tetap Dirimu" - Selasa Band

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Sekali Aku Jatuh Cinta menghiasi slot Iris Tv3 E-Ryzz (24 April 2016). Dicapai pada 25 April 2016.
  2. ^ Sekali Aku Jatuh Cinta (2016): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 18 Mac 2019.
: Slot Iris, Setiap Isnin - Khamis, 6:30 Petang
Sebelumnya Sekali Aku Jatuh Cinta Berikutnya
Ahli Mesyuarat Tingkap Rumah Kedai