Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek
Ditubuhkan NH
Jenis Sekolah Agama Menengah, Sekolah kerajaan
Kod sekolah BFT5001
Lokasi Kampung Sg Selisek
Kuala Kubu Bharu
,
 Selangor
,
 Malaysia
Telefon 6054541632
Faks 6054541632


Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek atau nama ringkasnya SAM Sungai Selisek, merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Kampung Sg Selisek.

Pada 2009, Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek memiliki 149 pelajar lelaki dan 162 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 311 orang. Ia mempunyai seramai 25 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek telah didirikan pada tahun 1962. Sebelum sekolah ini dikenali sebagai samses, pada mulanya ia adalah satu peringkat pendidkan yang diberi nama Darjah Khas (Tahun 1) . Sukatan pelajaran ketika itu berteraskan agama dan darjah khas ditubuhkan, wujud pula SAMR pada tahun 1973 yang mana pelajaran akademik turut dimasukkan pada tahun 1997 darjah khas telah dihapuskan dan SAMR telah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk kampung dan masyarakat.

SAMR bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sahaja, kemudian para pelajar akan menyambungkan pelajaran ke sekolah lain. Pada masa itu dalam tahun 1963 hanya terdapat satu bangunan sahaja. Satu bangunan lagi ditambah (di bahagian atas) pada tahun 1974 yang menelan belanja RM50,000. Ia telah diusahakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kebajikan Masyarakat. Tapak pembinaan sekolah ini dikongsi bersama dengan tapak masjid. Keadaan bangunan pada masa itu hanyalah berdindingkan separuh papan kayu dan separuh jaring dawai dan hanya berbumbungkan zink, antara kemudahan yang ada ketika itu kerusi, meja dan papan hitam yang telah disumbangkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pada masa yang sama juga SAMR telah berkongsi bangunan dengan Sekolah Rendah Agama Sungai Selisek (SRASS). SAMR pada sesi pagi dan pada sesi petang ialah SRASS. Pada tahun 1977, JAIS telah mengambil alih pentadbiran sekolah dan tiga tahun berikutnya Kerajaan Negeri Selangor dan JAIS telah membeli tanah untuk membina sebuah lagi bangunan sekolah dan sebuah bangunan asrama. Pembinaan kedua-dua bangunan ini telah menelan belanja sebanyak RM400,000. Kos pembinaan ini telah disampaikan oleh Tan Sri Muhammad Bin Hj. Muhammad Taib. Sumbangan tersebut adalah daripada Syarikat BP.

Pada tahun 1980-an beberapa kemudahan telah disumbangkan oleh JAIS dan kerajaan tetapi agak terhad. Seterusnya pada tahun 1984 SAMR telah ditutup beberapa tahun kerana semua pelajar berpindah ke sekolah baru JAIS iaitu Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu (SAMT KKB) bagi memenuhkan pelajar sekolah tersebut. Selepas sekolah itu mendapat sambutan yang cukup baik daripada orang ramai dan masyarakat setempat, SAMR kembali dibuka sehingga sekarang. Pembinaan sekolah ini adalah usaha gigih daripada jawatankuasa sekolah dengan mendapat sumbangan dan bantuan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tan Sri Muhammad Bin Hj. Muhammad Taib sendiri. Pada tahun 1993 sebuah lagi bangunan tiga tingkat baru dibina bersebelahan asrama putera dan serentak dengan itu, status SAMR telah dinaiktarafkan sebagai Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek (SAMSES) yang mempunyai pelajar tingkatan 4 dan 5.

SAMSES  diberi nafas baru apabila kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil alih pentadbiran sekolah sepenuhnya pada tahun 2006 dan diberi gelaran SABK. SAMSES telah mendapat peruntukan daripada pihak kerajaan atas nama sekolah bantuan penuh kerajaan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Takraw-mssd

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek
Kampung Sungai Selisek
Selangor,  Malaysia
Telefon = 6054541632
Fax = 6054541632

Pautan luar[sunting | sunting sumber]