Kuala Kubu Bharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar Kuala Kubu Baharu
Balai Polis Kuala Kubu Bharu
Geografi
Status Bandar
Asal nama Kuala Kubu
Negara  Malaysia
Negeri  Selangor
Daerah Daerah Hulu Selangor
Mukim Ampang Pechah
Keluasan 177 hektar

Kuala Kubu Bharu ialah bandar di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Bandar ini terletak di atas puncak bukit. Ia ialah ibu daerah Hulu Selangor. Di kalangan penduduknya, Kuala Kubu Bharu juga dikenali dengan singkatan KKB.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kuala Kubu Bharu yang pada mulanya dikenali sebagai Kuala Kubu diletakkan di dalam Pentadbiran Residen-Residen British yang pertama iaitu Presiden Frank Athelstane Swettenham, diikuti oleh J.P Rodger dan Edward Maxwell. Pada masa itu, Kuala Kubu menjadi pintu masuk ke Negeri Pahang. Oleh kerana banjir besar yang melanda, pihak British telah memindahkan pusat pentadbiran mereka ke Kuala Kubu Bharu pada 6 Mei 1931.

Pada tahun 1975, tertubuhnya Majlis Daerah Hulu Selangor yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan membuat perubahan di dalam kawasan jagaannya terutama Kuala Kubu Bharu. Banyak perubahan dan pengubahsuaian telah dilakukan dari semasa ke semasa untuk keselesaan dan kemudahan penduduk. Pekan Kuala Kubu Bharu yang dahulunya sunyi kini bertukar corak menjadi pekan yang ceria, bersih dan indah dnegan landskap yang menyejukkan mata memandang. Pada tanggal 15 Januari 1994, Pejabat Pentadbiran Majlis Daerah Hulu Selangor yang dahulunya terletak di bekas Pasar Lama di dalam pekan Kuala Kubu Bharu juga telah bertukar ke kawasan yang lebih luas dan selesa. Pejabat tersebut yang bertempat di Jalan Bukit Kerajaan telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Haji Muhammad Haji Muhd Taib, Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Kuala Kubu Bharu terletak di bahagian timur laut negeri Selangor iaitu kira-kira 21 kilometer dari Tanjung Malim, Perak dan 66 kilometer dari Kuala Lumpur melalui Jalan Kuala Lumpur-Rawang-Tanjung Malim Jkr-ft1.svg. Bandar ini juga berhubungkan ke Bukit Fraser dan Kuala Lipis melalui Jalan Pahang Jkr-ft55.png. Dari Lebuhraya Utara-Selatan Mes-e1.png AH 2 melalui susur keluar Tanjung Malim EXIT 121.

Ekonomi dan pelancongan[sunting | sunting sumber]

Pusat pelancongan Bukit Fraser mempunyai impak yang baik kepada kegiatan ekonomi Kuala Kubu Bharu menjadikan sebagai lokasi untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan kerana aktiviti perniagaan di Bukit Fraser adalah terhad dan tidak mempunyai kepelbagaian pilihan. Antara aktiviti perniagaan yang menjadi pemintaan yang tinggi adalah perniagaan runcit dan perkhidmatan.

Senarai tempat perlancongan di sekitar Kuala Kubu Bharu:

  • Bandar Kubu Bharu (merupakan bandar hijau pertama di Malaysia)
  • Perkampungan orang asli sekitar Jalan Pahang
  • Santuari Ikan Kelah Sungai Chiling
  • Bukit Besi
  • Kolam Air Panas Kuala Kubu Bharu

Pengakutan awam[sunting | sunting sumber]

Perhentian Bas Dan Teksi Kuala Kubu Bharu merupakan terminal utama bas dan teksi bersebelahan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pejabat Telekom Malaysia (TM). Laluan bas di Kuala Kubu Bharu menghubungkan ke bandar-bandar tertentu iaitu Rasa, Bukit Sentosa dan Tanjung Malim. Stesen Kereta Api Kuala Kubu Bharu menggunakan perkhidmatan Kereta Api Komuter menghubungkan bandar-bandar utama sekitar Lembah Klang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

[1]Keunikan sejarah dan alam