Sekolah Kebangsaan Jasin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Jasin
Lokasi
 Malaysia Jalan Aman, 77000, Jasin, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6065291279
Kod sekolahMBA1001
Faks6065294484


Sekolah Kebangsaan Jasin atau nama ringkasnya SK Jasin, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Aman.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Jasin memiliki 272 orang pelajar lelaki dan 237 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 509 orang. Ia mempunyai seramai 40 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Jasin ditubuhkan pada tahun 1860 dan diasaskan oleh Allahyarham Demang Haji Abu, Allahyarham Haji Yusof Omar dan Allahyarham Datuk Penghulu Nanu.

Sekolah ini pernah dijadikan hospital semasa penjajahan jepun di tanah melayu.Ia berada di tempat yang terpencil sekali.Pada zaman itu jasin mempunyai dua buah hospital.Nama hospital yang telah ditukar:

A)Hospital Besar Jajahan Inggeris = SK Air Baruk

B)Hospital Besar Jasin = SK Jasin

Tanah lapang hospital ini telah di bom oleh jepun.Kedatangan jepun membuatkan pekan ini huru hara dengan bunyi das senapang dan letupan bom.5 bangunan hospital telah diletupkan habis habisan. Militer yang berkenaan:

A)Orang Kampung Terlatih = 16 orang

B)Polis = 255 orang

C)Militer Inggeris = 86 orang

Militer yang terkorban:

A)Orang kampung terlatih = 16 maut

B)Polis = 200 maut 55 ditangkap

C)Militer Inggeris = 80 maut 6 hilang

Bilangan Musuh

Tentera Imperial Jepun = 4458 orang

Tiada yang maut 14 cedera

Bangunan baru sekolah ini kemudiannya dibina dan ia telah dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak Bin Husin pada 2 Febuari 1961, ketika itu Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu.

Pada tahun 1972, sekolah ini telah dipertingkatkan lagi dengan pembinaan sebuah bangunan dua tingkat, yang dirasmikan oleh YB Datul Abdul Rahman bin Haji Arshad. Pada tahun 2004, dua blok Pejabat Pendidikan Daerah Jasin telah diserahkan semula kepada pentadbiran sekolah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2019 - (Perak) Melaka School Football President Cup

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Jasin
Jalan Aman
77000, Jasin
Melaka, Malaysia
Telefon = 6065291279
Faks = 6065294484

Pautan luar[sunting | sunting sumber]