Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam, Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search


Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam
Moto"Rajin Usaha Jaya"
JenisSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahMBA2025
Lokasi Malaysia Km 13, Tanjong Kling, Melaka 76400, Tg. Kling,, Melaka Bandar Bersejarah, Malaysia
Telefon6063511160
Faks6063511160


Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam atau nama ringkasnya SK Kampong Gelam, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 13, Tanjong Kling, Melaka.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam memiliki 525 pelajar lelaki dan 488 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1013 orang. Ia mempunyai seramai 65 orang guru.2009

Sekolah Melayu Kampong Gelam yang terletaknya di Tanjung Keling, Melaka dibina pada tahun 1884 di atas arahan Pengelola Sekolah pada masa itu, iaitu Tuan Hj. Abdul Jalil. Bangunan pertama sekolah ini hanya berdinding papan, berlantaikan tanah dan beratap nipah. Jumlah murid pada ketika itu cuma 50 orang dengan tiga orang guru sahaja. Guru Besar pertamanya ialah Cikgu Sahudin.

1889 - 1928[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1889, sekolah pertama ini dirobohkan kemudian digantikan dengan bangunan berbentuk baru. Tiang batunya dibina setinggi empat kaki sahaja. Atapnya daripada genting dan berdinding separuh jalan sahaja. Jumlah murid pada ketika itu telah mencapai 100 orang. Antara Guru Besar yang pernah berkhidmat pada masa itu ialah:

  1. Cikgu Khamis
  2. Cikgu Hassan
  3. Cikgu Md Saad
  4. Cikgu Husin
  5. Cikgu Baba
  6. Cikgu Salleh
  7. Cikgu Maarof.

1928 -1988[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1928 pula, sebuah bangunan sekolah yang lebih baik telah didirikan, iaitu bangunan dua tingkat; bertiang batu penuh, memiliki tingkat berkisi, beratap genting, berlantai simen pada tingkat bawah dan berlantai kayu/papan pada tingkat atas. Tingkat bawahnya tidak berdinding, cuma yang nampak tiang-tiang batunya sahaja. Sebuah rumah guru telah dibina di dalam kawasan sekolah. Antara Guru Besar yang pernah berkhidmat pada ketika itu ialah:

  1. Cikgu Rahman b Nayan
  2. Cikgu Baba b Omar
  3. Cikgu Zainal b Yusof
  4. Cikgu Jaafar b Alang
  5. Cikgu Haji Haron b Haji Ali
  6. Cikgu Md. Amin b Md Saad
  7. Cikgu Ismail b Haji Md. Nor
  8. Cikgu Ismail b Haji Md. Som
  9. Cikgu Md. Amin b Ab. Hamid
  10. Cikgu Latif b Bujang.

Pada tahun 1956, sekolah telah mendapat bangunan tambhan empat bilik darjah dan dua buah rumah guru berkembar. Bangunan rumah guru ini, sekarang telah diubahsuai kepada sebuah bilik untuk Kemahiran Hidup dan sebuah lagi sebagai Bilik Muzik pada tahun 1992.

Pada tahun 1975 pula, sekolah telah mendapat satu lagi bangunan batu dua tingkat yang boleh menampung sembilan buah bilik darjah.

1988 - 1998[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1988, sekolah ini telah mendapat satu lagi bangunan yang didirikan setinggi empat tingkat bagi menggantikan bangunan lama — bangunan tahun 1928 dan tahun 1956 yang telah dirobohkan. Antara Guru Besar yang telah berkhidmat sejak daripada tarikh tersebut ialah:

  • Tn. Haji Hashim b Rauf
  • Tn. Haji Husin b Kassim
  • Tn. Haji Omar b Muhammad (sehingga 31 Disember 1988)
  • Tn. Haji Othman b Haji Samat PBM, PBB (1 Januari 1989-30 September 1989)
  • Tn. Haji Md Yassin b Haji Ab. Ghani (1 Oktober 1989-15 Ogos 1991)
  • Tn. Haji Ab. Kahar b Dato' Tamby Chik PMC,BKT,PJK (16 Ogos 1991-2 Januari 1997)
  • Tn. Haji Amzah b Omar (3 Januari 1997-6 Mac 1998)
  • En. Hamzah b Othman (1 April 1998- )

Sejak 1998[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Ogos 1998, sebuah bangunan tambahan 3 tingkat telah mula didirikan. Bangunan ini telah siap sepenuhnya pada bulan Mei 1999 dan ia telah mula digunakan pada penggal kedua sesi persekolahan 1999. Bangunan ini mengandungi 12 bilik darjah. Blok bangunan ini mengandungi:

  • sebuah bilik komputer;
  • sebuah makmal sains;
  • sebuah kedai buku;
  • sebuah bilik untuk kanak-kanak khas (akan dimulakan pada sessi persekolahan 2000);
  • sebuah bilik stor sukan/spbt;
  • beberapa bilik tandas untuk kegunaan murid and guru; dan
  • 10 bilik darjah.

Bangunan ini juga dilengkapi dengan kemudahan pemadam api jika berlakunya kebakaran.

Motto Sekolah[sunting | sunting sumber]

"Rajin Usaha Jaya"

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam
Km 13, Tanjong Kling, Melaka
76400, Tg. Kling
Melaka, Malaysia
Telefon = 6063511160
Fax = 6063511160

Pautan luar[sunting | sunting sumber]