Pergi ke kandungan

Sekolah Kebangsaan Kuala Jengai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Kebangsaan Kuala Jengai, 23000 Dungun, Terengganu telah didirikan secara gotong-royong pada pertengahan tahun 1952. Kerja itu diketuai oleh Che Wan Selat bin Mahmud iaitu Ketua kampung Kuala Jengai. Sekolah ini dulunya dikenali dengan nama Sekolah Rakyat. Satu pembaharuan telah dibuat dan nama sekolah ini telah ditukar dengan nama yang ada sekarang. Sekolah ini telah didirikan di kawasan tanah kepunyaan kerajaan yang dulunya adalah bekas tapak mahkamah Kuala Jengai.

Sejarah Pra-Merdeka

[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini pada mulanya merupakan sebuah bangsal yang besarnya cuma 36 kaki x 20 kaki. Buatannya hanya terdiri daripada kayu bulat dan buloh sahaja.Manakala atapnya pula dibuat daripada daun palas,dan berlantaikan simen bekas tapak mahkamah. Masyarakat kampung menyediakan 10 buah bangku sementara menantikan bantuan dari kerajaan

Ketika dibuka oleh kerajaan ,sekolah ini cuma ditempatkan 2 orang guru sahaja (1 lelaki dan 1 wanita), iaitu Cikgu Yusof bin Abdul Rahman dan dan seorang guru wanita. Manakala muridnya 40 orang. (Bilangan murid perempuan lebih ramai dari lelaki). Rumah guru pula dibina dengan pakatan penduduk kampung.

Sekolah ini telah banyak mengalami perubahan akibat dari kerosakan seperti atap bocor, meja kerusi rosak dan sebagainya. Lantaran itu pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Hinggalah pada 12 Oktober 1959, Sekolah Rakyat telah roboh dipukul ribut. Serambi masjid Kuala Jengai mengambil alih sebagai tempat belajar sementara menanti bangunan baru siap sementara menunggu bangunan baru siap. Bangunan baru besarnya 24.3 kaki x 41.11 kaki persegi dan merupakan satu bangunan moden ketika itu dan boleh memuatkan pelajar kira-kira 100 0rang murid. Ini berdasarkan dari Pendaftaran Undang Pelajaran tahun 1957.

Sejarah lepas Merdeka 1957 - 1973

[sunting | sunting sumber]

Sekolah baru siap dibina oleh kerajaan dan dibuka secara rasminya pada 10 Julai 1960. Sekolah baru dirasmikan oleh Dato Haji Ali (Ketua Pegawai Belia Negeri Terengganu). Turut hadir ialah Penghulu En. Ngah, Guru Agama dan Cikgu Muda Mohd. Serentak dengan itu permainan sukan diadakan pada sebelah petang nya dan diikuti pertunjukkan wayang gambar di sebelah malamnya.

Seterusnya sekolah ini telah didaftarkan mengikut Undang-Undang Pendaftaran dengan memakai No. Pendaftaran 0021.Tarikh diluluskan pada 24 Mei 1960.Keramaian murid semakin bertambah dari setahun hingga ke setahun hingga sekarang ini menjadi 287 orang.

Sekolah ini mengalami perubahan lagi dengan pembinaan bangunan tambahan dan tapak binaannya diubah dari bekas Mahkamah lama ke tempat baru iaitu bersebelahan dengan Masjid Kuala Jengal. Bangunan baru ini mula dibina pada tahun 1976 beserta dengan bangunan asrama dan siap sepenuhnya pada akhir tahun 1980. Mula digunakan sepenuhnya pada 01 Februari,1982 dengan kemasukan murid ke asrama secara berkelompok dari Kg. Pasir Raja, Shukor, Jongok Batu, Kuala Jengal, Minda , Talong ,dan Tepus.Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada 17 Julai 1983 oleh YAB Dato' Seri Amar Di Raja Menteri Besar Terengganu.

Sekali lagi Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal mendapat bangunan tambahan baru (2 blok 3 tingkat) yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden seperti makmal komputer, makmal sains, kantin,padang,dan sebagainya bersesuaian dengan era globalisasi.. Ia mula dibina pada 1 Januari 2002, dan siap pada awal Tahun 2003.