Dungun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Daerah Dungun
Flag of Dungun, Terengganu.svg
Geografi
Status Daerah
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Terengganu
Daerah Dungun
Keluasan N/A

Dungun merupakan sebuah daerah dalam negeri Terengganu. Namanya dipercayai berasal daripada nama pokok Dungun, sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar.[1]

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Menurut Mubin Sheppara dalam Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society Vol.XXII Part.3 pada pertengahan abad ke 14 Masehi, Dungun yang telah wujud pun bersama-sama Terengganu menjadi jajahan takluk kepada Kerajaan Majapahit:-

Daftar ini, yang ditulis pada tahun 1365 dalam Negarakretagama termasuk bukan hanya nama Terengganu tetapi juga Paka dan Dungun, dua sungai di selatan negeri yang pada masa kini hanyalah sebesar perkampungan nelayan

Sejarah awal pemerintahan Dungun kabur, namun begitu dipercayai telah ada pembesar Daerah (kalangan kerabat diraja Terengganu) menguasai kawasan Dungun. Ini berdasarkan kepada campurtangan Tengku Wook Dungun dalam pergolakan antara Tengku Omar dan Tengku Mansur untuk menguasai takhta Kerajaan Terengganu.

Campur tangan ini tidak berhenti setakat ini saja malah berlarutan hingga kepada anakanda Sultan Mansur II iaitu Sultan Muhamad I (1837 - 1839 Masehi) yang meminta bantuan dari Tengku Hitam Dungun memerangi Sultan Omar untuk merampas balik takhta kerajaan.[perlu rujukan]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Penemuan bijih besi, Daerah Dungun merupakan Daerah termaju di Negeri Terengganu ketika itu, malah ianya terkenal di kalangan Negara-Negara luar khususnya negara pengimpot besi seperti Jepun, Korea dan sebagainya.

Penutupan Lombong Biji Besi Dungun menjadi malap. Pada tahun 1973 KETENGAH diperbadankan dimana aktiviti utamanya tertumpu kepada penempatan semula dan industri Pertanian (kelapa sawit). Manakala pada awal tahun 1994 Daerah Dungun mula menerima limpahan pembangunan industri dari Daerah Kemaman dengan pembukaan Gas Prosessing Plant (GPP) 5 dan 6 di Kawasan Tok Arun, Mukim Kuala Paka oleh PETRONAS dan Janakuasa letrik di Paka.

Dijangka Dungun akan terus berkembang maju dalam bidang industri berasaskan gas dan petrolium. Dalam masa yang sama faktor-faktor lain seperti pendidikan, agama, pertanian , perikanan, kesihatan dan pelancongan juga akan diberi keutamaan sesuai dengan dasar.

Peta Dungun mengikut Mukim dan keluasannya

Mukim[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Kuala Jengai
  2. Mukim Besol
  3. Mukim Paka
  4. Mukim Jerangau
  5. Mukim Sura
  6. Mukim Kuala Dungun
  7. Mukim Kuala Abang
  8. Mukim Rasau

Senarai kampung[sunting | sunting sumber]

  1. Kampung Nibong
  2. Kampung Tanah Lot
  3. Kampung Molek
  4. Kampung Seberang Pintasan
  5. Kampung Pulau Serai Dungun
  6. Kampung Kuala Talam, 23000 Dungun
  7. Kampung Lubuh Panjang, 23000 Dungun
  8. Kampung Besul Baharu, Dungun
  9. Kampung Durian Mentagau, Dungun
  10. Kampung Lecah, Dungun
  11. Kampung Durian Takilan, Dungun
  12. Kampung Seren, Dungun
  13. Kampung Paya Kemudi, Dungun
  14. Kampung Bukit Bauk, Dungun
  15. Kampung Serdang, Dungun
  16. Kampung Santong, Dungun
  17. Kampung Wa, Dungun
  18. Kampung Batu Tujuh, Dungun
  19. Kampung Binjai, Dungun
  20. Kampung Batu Enam, Dungun
  21. Kampung Lintang, Dungun
  22. Kampung Che Lijah, Dungun
  23. Kampung Dendang, Dungun
  24. Kampung Paya Balai Besar, Dungun
  25. kampung Bukit Merah,Dungun
  26. Kampung Tersusun Rantau Panjang, Dungun
  27. Kampung Alor Mak Bak, Dungun
  28. Kampung Panchur, Dungun
  29. Kampung Pak Sabah, Dungun
  30. Kampung Alor Rokam, Dungun
  31. Kampung Tanjung, Dungun
  32. Kampung Batu, Dungun
  33. Kampung Alur Tembesu, Dungun
  34. Kampung Sura Hujung, Dungun
  35. Kampung Jerangau, Dungun
  36. Kampung Teluk Bedara, Dungun
  37. Kampung Baru Kuala Abang, Dungun
  38. Kampung Kertas Pulas, Dungun
  39. Kampung Pasir Raja, Dungun
  40. Kampung Sungai Buaya, Dungun
  41. Kampung Pelandang, Dungun
  42. Kampung Padang Pulut, Dungun

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  1. UITM Dungun, kampus utama Terengganu
  2. UITM Dungun, Kampus Bukit Besi Dungun
  3. SMA Sultan Ismail Dungun
  4. SMKA Kuala Abang
  5. Imtiaz Dungun
  6. Sekolah Kebangsaan Ladang Gajah Mati
  7. Sekolah Kebangsaan Kerteh Bandar B1
  8. Sekolah Kebangsaan Durian Mas 2
  9. Sekolah Kebangsaan Bukit Besi
  10. Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Rasau
  11. Sekolah Kebangsaan Kampung Wa
  12. Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kuala Abang
  13. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rasau
  14. Sekolah Menengah Kebangsaan Ketengah Jaya
  15. Sekolah Menangah Kebangsaan Durian Mas
  16. Sekolah Menangah Kebangsaan Bukit Besi
  17. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar
  18. Kolej Ketengah
  19. Tabika Kemas Dungun
  20. Pusat Giat Mara Dungun
  21. Sekolah Kebangsaan Batu 7
  22. Sekolah Kebangsaan Pusat
  23. Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun
  24. Sekolah Kebangsaan Bandar
  25. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG PULUT

Pejabat kerajaan/swasta[sunting | sunting sumber]

  1. Pejabat FELDA Kerteh 1
  2. Pejabat FELDA Kerteh 2
  3. Pejabat FELDA Kerteh 6
  4. Jabatan Pendaftaran Negara, Bandar Al-Muktafibillah Sah
  5. Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
  6. Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Bukit Besi
  7. Jabatan Pengangkutan Jalan Bukit Besi
  8. PUSPAKOM Dungun
  9. Irrigation Department Dungun
  10. Pusat Veterinar dan Pemuliharaan Haiwan Dungun
  11. Pejabat Tabung Haji Dungun
  12. Pejabat Pelajaran Dungun
  13. Jabatan Kerja Raya Dungun
  14. Dungun Municipal Council
  15. Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun
  16. Pejabat Perkeso Dungun
  17. Pejabat KWSP Dungun
  18. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Dungun
  19. Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun
  20. Balai Polis Durian Mas
  21. Balai Polis Bukit Besi
  22. Balai Polis Jerangau
  23. Balai Polis Rantau Abang
  24. Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Dungun (AADK)
  25. Pusat Khidmat Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Dungun ( CCSC)

Institusi kewangan[sunting | sunting sumber]

  1. CIMB Bank Dungun
  2. Hong Leong Bank Dungun
  3. Bank Islam Dungun
  4. Bank Rakyat Dungun
  5. Bank Simpanan Nasional Dungun
  6. Maybank Dungun


Hospital/klinik[sunting | sunting sumber]

  1. Hospital Daerah Dungun
  2. Klinik Kesihatan AMBS, Dungun
  3. Klinik Pergigian AMBS, Dungun
  4. Klinik Desa Kuala Jengal, Dungun
  5. klinik Desa Jonggok Batu, Dungun
  6. Klinik Desa Pasir Raja, Dungun
  7. Klinik kesihatan Paka.Dungun
  8. Klinik Desa Kampung Durian Mentagau, Dungun
  9. Klinik Desa Kampong Nyior, Dungun
  10. Klinik Kesihatan Bukit Besi, Dungun
  11. Klinik Desa Padang Pulut, Dungun
  12. Klinik Desa Delong, Dungun
  13. Klinik kesihatan ketengah Jaya
  14. Klinik Desa Felda Kerteh 1, Dungun
  15. Klinik Kesihatan Jerangau,Dungun
  16. Klinik Desa Dendang, Dungun
  17. Klinik Desa Nerang,Dungun
  18. Klinik Kesihatan Kuala Dungun
  19. Klinik Desa Sura, Dungun
  20. Klinik Desa Padang Jambu, Dungun
  21. Klinik Kesihatan Kuala Abang
  22. Klinik Desa Pulau Serai, Dungun
  23. Klinik Desa Seberang Pintasan,Dungun

Hotel/rumah tumpangan[sunting | sunting sumber]

  1. Hotel UiTM Dungun
  2. Hotel Kasniya Dungun
  3. Hotel Sri Dungun
  4. Ulek Beach Resort Dungun
  5. Teluk Gadung Beach Dungun
  6. Teluk Bedara Beach Dungun
  7. Kuala Abang Beach Dungun
  8. Awang's Beach Bungalow Dungun
  9. Mayangsari Resort, Jalan Pantai Kampung Sura Tengah, Dungun
  10. Tanjung Jara Resort Dungun
  11. Turtle De Village Chalets, Dungun
  12. YY Gemilang Beach Chalet
  13. The Qamar Paka, Terengganu

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]