Sekolah Kebangsaan Maukab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Maukab
Lokasi
 Malaysia SK . Maukab, Jalan Randagong Himbaan, Ranau., 89300, Ranau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahXBA5418
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Maukab atau nama ringkasnya SK Maukab, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di SK . Maukab, Jalan Randagong Himbaan, Ranau..

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Maukab memiliki 29 pelajar lelaki dan 36 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 65 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SK Maukab mula ditubuhkan pada awal tahun 60-an dengan sebuah bangunan sekolah yang dibuat daripada buluh dan atap nipah di Gusug, Maukab dan dibina atas kerjasama penduduk kampung yang ingin melihat anak-anak mereka bersekolah dekat dengan kediaman memandangkan sebelum kewujudannya, kanak-kanak dari Maukab dan Sumalang terpaksa berjalan kaki merentasi bukit dan sungai selama berjam-jam ke SK Randagong sejauh lebih 10KM.Kemudahan pembelajaran adalah sangat daif dan asas. Pertengahan 70-an akhirnya kerajaan telah membina sebuah sekolah yang baru di Lolobuyon,terletak di pertengahan Maukab dan Sumalang. Terdapat Dua buah bangunan yang dibuat pada peringkat awal dan rumah guru pula masih dibuat daripada buluh dan beratap zing.

Walaupun sekolah ini hanya menampung jumlah pelajar yang kecil ( atas faktor geografi dan keadaan jalan perhubungan yang teruk, ramai golongan muda yang bekerja tidak mahu tinggal di sana untuk menyekolahkan anak-anak mereka), namun sekolah ini telah menghasilkan ramai graduan yang sekarang telah berjaya dalam bidang masing-masing samada dalam sektor kerajaan ataupun swasta.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Maukab
SK . Maukab, Jalan Randagong Himbaan, Ranau.
89300, Ranau
Sabah, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]