Sekolah Kebangsaan Sayong Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sayong Pinang
Lokasi
Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Jalan Kota Tinggi-Kluang, Bandar Tenggara, 81440 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Hidup Berjaya
Ditubuhkan (1980-01-02) 2 Januari 1980 (umur 44)
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahJBA8022/JBA3067
Pengerusi PIBGNoorhaizam Bin Nordin
PengetuaZainuren Bin Md. Din (2023- sekarang)
GPK Pentadbiran dan AkademikNoor Faraziela Bt. Yahya
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridRozalita Bt. Khalid
Penolong Kanan KokurikulumNur Adreena Bt. Abdullah
FaksTIADA
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Sayong Pinang atau nama ringkasnya SK Sayong Pinang, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Ia mempunyai tujuh kelas termasuk satu kelas prasekolah dan bersidang waktu pagi sahaja. Dari segi waran perjawatan, sekolah ini layak mendapat 12 guru dan 3 kakitangan sokongan. Walaupun lebih hampir kepada daerah Kota Tinggi, sekolah ini adalah di bawah seliaan Pejabat Pelajaran Daerah Kulai.

SK Sayong Pinang dilabelkan sebagai sekolah kurang murid gred B (SKM B). Feeder enrolmen sekolah ini terdiri daripada 3 buah perkampungan Orang Asli: Kampung Sayong Pinang, Kampung Pasir Intan dan Kampung Kempas Menang. Masyarakat Orang Asli kampung-kampung terdiri dari suku kaum Jakun. Majoritinya masih berpegang teguh kepada adat dan pantang larang nenek-moyang; selebihnya telah memeluk agama Islam sama ada melalui perkahwinan ataupun kerelaan sendiri.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Bermula sebagai sebuah sekolah cawangan kepada SK LKTP Sungai Sayong dan ianya menumpang di Balai Raya Kampung Orang Asli Sayong Pinang. SK Sayong Pinang telah dibangunkan di tanah rezab Orang Asli dalam daerah Kota Tinggi dengan PTD 2387, PHRKT (RES) 18/82.

Pada Tahun 1984, sekolah ini telah mendapat bangunan baru yang dibiayai oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Nombor JKR1248 dan 1249. Pada tahun 1992, SK Sayong Pinang telah dinaiktarafkan dengan berpentadbiran sendiri. Encik Jamaluddin bin Hassan sebagai Guru Besar Pertama dan dibantu oleh empat orang guru pada ketika itu. Berikut adalah peristiwa-peristiwa penting sekolah:

Era Jamaluddin bin Hassan, 1992 - 1995[sunting | sunting sumber]

  • Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sayong Pinang dengan rasminya dibentuk pada tahun 1992.

Era Abdul Rashid bin Idris, 1995 - 1999[sunting | sunting sumber]

Era Mansor bin Haron, 1999 - 2011[sunting | sunting sumber]

  • Bekalan Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mula diterima (2004)
  • Bilik guru diubahsuai menjadi bilik komputer untuk menampung bekalan komputer KOMNAS. Ekoran ini, sekolah tidak mempunyai bilik guru. (2005)
  • Dua orang guru dari Sabah ditempatkan di sekolah ini: Encik Azlan bin Maridum dan Encik Mohd. Hazanafiq Harun (2006)
  • Guru Prasekolah yang pertama, Puan Zakiyah bt Clivon ditempatkan di sekolah ini (2007)
  • Blok bangunan prasekolah siap dibina. Ia dinamakan Prasekolah Az-Zahra (2007)
  • Cik Nurul Azfahani bt Aziman ditempatkan di sekolah ini sebagai guru pemulihan yang pertama (2007)
  • Bangunan sekolah dirobohkan. Pengajaran dan pembelajaran dipindahkan ke kabin sementara dan balai raya kampung (2009)
  • Puan Zakiyah bt Clivon bertukar ke Pontian (2010)
  • Bekas murid SK Sayong Pinang, Encik Kasim bin Ibrahim berpindah masuk dari SK Felcra Sungai Ara (2009)
  • Kumpulan guru Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) yang pertama ditempatkan di sekolah ini. Mereka ialah Mohamad Fendi Rozaimi bin Mat Hasli, Mohamad Ezuwan bin Mohamad Sarian dan Azri bin Abdul Razak. Kesemuanya berasal dari Perak (2011)
  • Guru yang paling lama berkhidmat (22 tahun), Encik Amerudin bin Tahir dilantik menjadi Guru Penolong Kanan Kokurikulum DG32 Hakiki dan ditempatkan di SK LKTP Bukit Ramun. Beliau tidak sempat merasa bangunan baru. (2011)
  • Blok bangunan gantian empat tingkat diserahkan pada 2 Februari 2012
  • Tuan Haji Mansor bin Haron ditukarkan ke SK Ladang Fraser (2012)

Era Normah bt Haron, 2011 - 2014[sunting | sunting sumber]

  • Puan Normah bt Haron ditukarkan ke sekolah ini dari SK Ladang Fraser (2011)
  • Encik Kasim bin Ibrahim dinaikkan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan Kokurikulum DG32 Hakiki dan ditempatkan di SK (Felda) Air Tawar 5 (2011)
  • Persaraan Pembantu Am Rendah, Encik Kamsani bin Rahman diraikan (2012)

Era Tn Hj Mohamad Noh bin Sapar, 2014 - 2018

• Persaraan Tuan Guru Besar, Tuan Haji Mohamad Noh Bin Sapar diraikan (2018)

• Cik Mastra Irfa A/P Nasrun, seorang guru masyarakat Orang Asli Jakun ditempatkan ke sekolah ini

Era Azmi Bin Wahid, 2018 - 2020

• Encik Alfian Bin Mansor dinobatkan sebagai Ikon Guru Prasekolah PDPR Johor Darul Ta'zim

Era Zahrol Bin Amat Isnin, 2020 - Julai 2023

• Encik Faizal Anuar Bin Mohd Sani selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran berpindah ke SK (F) Inas untuk menjawat jawatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (Hakiki).

Era Zainuren Bin Md. Din, Ogos 2023 - sekarang

• Encik Mohamed Zawawi Bin Husin selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran berpindah ke Kelantan pada Mac 2024

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini terletak di koordinat X:103.689651 Y:1.839207. Sekolah rendah yang terhampir adalah SK LKTP Penggeli Timur; Sekolah Menengah terhampir pula SMK Linggiu. Kawasan ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Tinggi tetapi dari segi pendidikan ia adalah di bawah PPD Kulai. Pusat Kegiatan Guru terhampir ialah PKG Sayong. Mukim kawasan ialah Ulu Sungei Johor. Sekolah ini terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Panti dan Parlimen Tenggara.

Kemudahan

Isu-isu[sunting | sunting sumber]

Trend Enrolmen Yang Menurun[sunting | sunting sumber]

Enrolmen tahunan diperhatikan menurun dengan kecerunan landai. Antara faktor-faktor yang mungkin menyumbang kepada trend ini termasuklah penghijrahan dan berkurangnya kes perkahwinan usia remaja.

Tiada Talian

Ponteng Sekolah[sunting | sunting sumber]


[sunting | sunting sumber]

===

Alamat Surat Menyurat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sayong Pinang
Peti Surat 18
81440, Kota Tinggi
Johor,  Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]