Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SK Seksyen 6 Kota Damansara
Pintu B di Jalan Cecawi 6/19.
Lokasi
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara is located in Bumi
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara (Bumi)
Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Malaysia
Koordinat3°09′23″N 101°34′34″E / 3.156303°N 101.575983°E / 3.156303; 101.575983Koordinat: 3°09′23″N 101°34′34″E / 3.156303°N 101.575983°E / 3.156303; 101.575983
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan; Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0361566424
Kod sekolahBBA8250
Guru besarEn. Ooi Ban Aik @ Muhd Umar Abdullah
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Norbaiti binti Ramli
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Norazian binti Ab. Rahman
Penolong Kanan KokurikulumEn. Che Ramli bin Tausa
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangPn. Hasni Yusop
Faks0361571325
Map

Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara atau nama ringkasnya SKS6KD, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Cecawi 6/26, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.[1][2]

Kod sekolah bagi sekolah ini ialah BBA8250. Pada Jun 2020, Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 1433 orang dan termasuk 89 orang guru dan 9 orang AKP yag bertugas.Kami ada 3 aliran iaitu aliran perdana, pra sekolah dan PPKI.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SK Seksyen 6 Kota Damansara mula beroperasi pada pertengahan tahun 2000 dan diterajui oleh Tn. Hj. Mohamad b. Hj. Ibrahim sebagai Guru Besar. Beliau dibantu oleh 2 orang Penolong Kanan iaitu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Penolong Kanan Kokurikulum. Sekolah ini bermula dengan murid seramai 315 orang sahaja. Terdiri daripada murid tahun 1 hingga 5. Hanya 7 kelas sahaja dibuka. Tahun berikutnya juga merupakan tahun pertama bagi sekolah ini mempunyai calon murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR.

Pada tahun 2017, SK Seksyen 6 Kota Damansara telah mengadakan Karnival Komuniti Keusahawanan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).[3] Sebanyak 5000 orang mengunjungi sekolah ini untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik serta mendapat maklumat daripada pelbagai agensi swasta dan kerajaan. Selain itu, terdapat 45 gerai dengan pelbagai jenis makanan serta 65 gerai pameran daripada kerajaan atau swasta. Pengunjung juga boleh menjalani pemeriksaan kesihatan. Turut hadir artis istimewa seperti, Kefli AF3, Fadzli Farest, Mia Sara.[4]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2019[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara telah terpilih menjadi antara satu daripada lima buah sekolah yang terletak di Selangor yang akan mejadi perintis kepada program akar umbi di bawah Persatuan Bola Sepak Selangor.[5]

2020[sunting | sunting sumber]

  • Johan dalam Bola Jaring U12 MSSD Petaling Utama 2020
  • Tempat Ke-3 dalam Bola Sepak, U12 MSSD Petaling Utama 2020

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". moe.gov.my. Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2021.
  2. ^ Majlis Bandaraya Petaling Jaya. "Sekolah di Petaling Jaya". mbpj.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-03. Dicapai pada 30 September 2020.
  3. ^ "PIBG anjur karnival masyarakat". Harian Metro. 15 Februari 2017. Dicapai pada 2021-06-06
  4. ^ "5,000 kunjungi karnival SK Seksyen 6 Kota Damansara". Harian Metro. 27 Februari 2017. Dicapai pada 6 Jun 2021.
  5. ^ Berita RTM (30 September 2019). "N5-PERSATUAN BOLA SEPAK SELANGOR-LANCAR PROGRAM AKAR UMBI FAS SOCCER SCHOOL [30 SEPT 2019]". YouTube. Berita RTM. Dicapai pada 12 Februari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]