Sekolah Kebangsaan Seri Chantek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Seri Chantek
Lokasi
Parit Sentang Batu, Parit Sulong,, 83500 Batu Pahat, [Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6074185818
Kod sekolahJBA0010
Faks6074185818


Sekolah Kebangsaan Seri Chantek merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Parit Sentang Batu, Parit Sulong. Ianya mempunyai enam buah kelas iaitu Darjah 1 Cerdik, 2 Pandai, 3 Pintar, 4 Cemerlang, 5 Gemilang dan 6 Terbilang. Tenaga pengajarnya adalah seramai 18 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seri Chantek telah ditubuhkan pada tahun 1953 dengan peruntukan RM4000  dari Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat dan sumbangan dari penduduk setempat. Didirikan di atas tapak tanah sumbangan Tuan Haji Alias bin Haji Hassan. Pembinaannya telah dilakukan secara  gotong royong.

Bangunan asal terdiri daripada bangunan kayu 20' x 100' untuk bilik darjah,  16' x 16' untuk bangunan  pejabat dan rumah guru 20' x 20'. Pembinaannya adalah atas daya usaha 'Jawatankuasa Lekas  Mungkin' yang  dipengerusikan oleh Tuan Haji  Kiman bin Kasihan.  Pembinaanya hanya memakan  masa selama 41 hari.

Reka  bentuknya yang halus dan menarik  memberi  idea  spontan kepada Tuan Haji Syed Isa bin Syed Alwi Pegawai Pelajaran Batu Pahat/Kluang, semasa  ucapan perasmiannya dengan menamakan sekolah ini sebagai Sekolah Kebangsaan Seri Chantek.

Pada tahun 1981,  bangunan batu telah  didirikan  bagi  menggantikan bangunan  kayu  yang telah uzur. Bangunan baru ini  mempunyai dua blok iaitu :

Blok A : Bangunan sekolah dua tingkat (terdiri daripada pejabat, bilik darjah, stor, bilik air dan tandas)

Blok B :   Bangunan kantin.

Pada tahun 1999,  satu blok baru iaitu  Blok C telah dibangunkan secara gotong-royong. Bangunan ini dijadikan Pusat Sumber sekolah.

Kemudian, pada tahun 2001, satu blok  bangunan telah dibina untuk memuatkan tiga bilik darjah,  iaitu Blok D.

Akhir sekali,  bangunan makmal komputer (Blok E) telah dibina pada tahun 2002 dan siap pada tahun 2003. 

Kini dengan beberapa kali pertambahan, keluasan kawasan sekolah keseluruhannya ialah  3e, 1r, 38.6p.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seri Chantek
Parit Sentang Batu, Parit Sulong
83500, Parit Sulong
Johor,  Malaysia
Telefon = 6074185818
Fax = 6074185818

Pautan luar[sunting | sunting sumber]