Parit Sulong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parit Sulong (ڤاريت سولوڠ)
Pekan
Parit Sulong (ڤاريت سولوڠ) yang terletak di Malaysia
Parit Sulong (ڤاريت سولوڠ)
Koordinat: 1°58′54″N 102°52′42″E / 1.98167°U 102.87833°T / 1.98167; 102.87833Koordinat: 1°58′54″N 102°52′42″E / 1.98167°U 102.87833°T / 1.98167; 102.87833
Negara  Malaysia
Negeri  Johor
Daerah  Batu Pahat
Poskod 83500
Pandangan atas Pekan Parit Sulong

Parit Sulong adalah salah sebuah pekan di Daerah Yong Peng, Johor, Terletak kira-kira 25 KM dari Bandar Batu Pahat, Parit Sulong terletak di tengah-tengah jalan utama dan Sungai Simpang Kiri sebagai sempadan antara Bandar Muar dan Pekan Yong Peng. Jambatan bersejarah Parit Sulong dibina ketika Perang Dunia Kedua adalah satu ciri yang utama di dalam pekan ini.

Dengan kedudukan yang strategik dan pembangunan yang kian pesat di Parit Sulong semakin menarik perhatian pengunjung dari dalam Johor dan luar Johor yang tidak pernah putus untuk menyinggah dan membeli belah. Pasar harian, pasar awam (Setiap hari Sabtu) dan pasar tani (setiap hari Rabu) sentiasa menjadi pilihan.

Terdapat banyak perkampungan disini dan Getah serta Kelapa Sawit merupakan sumber mata pencarian utama penduduk di sekitar pekan ini.

SEJARAH[sunting | sunting sumber]

ASAL-USUL NAMA "PARIT SULONG"[sunting | sunting sumber]

Ianya bermula pada tahun 1901 apabila Datuk Bentara Luar (Datuk Mohd Salleh Bin Perang) melawat ke kampung-kampung setelah membuka Bandar Penggaram. Melihat banyak tanah-tanah yang terbiar dan tidak ditanam dengan tanaman yang mendatangkan hasil maka beliau menyarankan semua penduduk kampung membina sistem peparitan, dan parit-parit itu akan dinamakan dengan mereka yang mengusahakan parit tersebut. Untuk menyahut seruan ini, maka ramailah penduduk kampung berlumba-lumba membuka tanah dengan menggali parit-parit. Masalahnya ialah perkerja, dengan itu ramailah orang-orang dari Jawa dibawa masuk untuk membantu kerja-kerja ini. Orang-orang dari serata pelusuk datang berduyun-duyun, dari Siak, dari Jambi, dari Palembang, dan juga dari Banjar datang membuka tanah dan membuat penempatan disepanjang Sungai Simpang Kiri.

Di Senangar, kampung berhampiran Sungai Senangar salah satu cabang sungai Simpang Kiri, terdapat seorang bernama Sulong Bin Gantang yang banyak hartanya. Selain ada kebun, beliau menternak lembu dan kerbau. Beliau juga memiliki kedai dan pengkalan bot untuk para pekerjanya.

Mendengar seruan Datuk Bentara Luar itu, maka Sulong Bin Gantang bersama Kadir Bin Tar, atas nasihat Pawang Dollah mula menggali parit terusan air dari berhampiran pengkalan botnya hingga kedarat kemudian dinamakan parit itu sebagai Parit Sulong.

Dengan terbinanya parit ini rantau Senangar tidak lagi disebut orang, sebaliknya dikenali sebagai Parit Sulong sahaja. Selepas itu, pada tahun 1917, Sulong Bin Gantang telah dilantik oleh Penghulu Saat, Penghulu Simpang Kiri ketika itu sebagai Ketua Kampung (Naib Penghulu) Parit Sulong. Pelbagai pembangunan dapat dinikmati oleh penduduk tempatan sepanjang Sulong Bin Gantang menjadi Ketua Kampung.

DETIK HITAM DI PARIT SULONG SEMASA PERANG[sunting | sunting sumber]
Tugu Peringatan Sejarah Parit Sulong

Semasa Penjajahan Jepun di Tanah Melayu, anggota pasukan Division ke 8 Australia (Australian 8th Division) dan Brigade Infantri ke-45 India (Indian 45th Infantry Brigade) sedang berundur sambil berjuang apabila mereka dikepong berhampiran dengan jambatan di Parit Sulong. Pasukan Berikat bertempur dengan pasukan Jepun yang lebih besar selama dua hari sehingga mereka kekurangan bekalan peluru dan makanan.

Pembunuhan beramai-ramai 161 tentera Australia oleh tentera Jepun berlaku di Parit Sulong pada 22 Januari 1942. Tentera Jepun telah menendang dan memukul tahanan dengan senapang pangkal. Mereka memaksa tahanan masuk ke dalam kandang penuh sesak dan tidak melayan mereka yang meminta makanan, air dan rawatan perubatan. Pada waktu matahari terbenam pula, mereka semua diikat dan diarah berjalan beramai-ramai. Tentera Jepun juga mengumpul petrol dari kenderaan Bersekutu yang telah terkandas, menembak tahanan, melemparkan petrol dan dibakar. Leftenan Ben Hackney adalah antara tahanan perang yang terselamat dari tragedi berdarah itu.

Pegawai yang mengarahkan pembunuhan beramai-ramai, Leftenan Jeneral Takuma Nishimura, telah dibicarakan dan disabitkan atas jenayah perang dan dilaksanakan hukuman mati pada 11 Jun 1951.