Sekolah Kebangsaan Si-Rusa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Si-Rusa
Lokasi
 Malaysia Km 6 Jalan Pantai, Si Rusa, 71050, Port Dickson,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah06-6473094
Kod sekolahNBA2003
Faks06-6473094
Map


Sekolah Kebangsaan Si-Rusa atau nama ringkasnya SK Si-Rusa, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 6 Jalan Pantai, Si Rusa.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Si-Rusa memiliki 247 pelajar lelaki dan 250 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 497 orang. Ia mempunyai seramai 36 orang guru.2009

Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

   Pada tahun 1938 sebuah bangunan sekolah telah ditubuhkan di dalam Kawasan Kem Tentera Askar Melayu Si Rusa.Sekolah ini mempunyai bilik dan di bahagian tengah terletak bilik Guru Besar. Bahagian bawah bangunan sekolah ini tidak berdinding. Sekolah ini dinamakan "Sekolah Anak-Anak Askar Melayu"
     Pada tahun 1941,sekolah ini terpaksa ditutup berikutan serangan Tentera Jepun di Tanah Melayu.Setelah Perang Dunia Ke-2 tamat,sekolah ini dibuka semula pada tahun 1946 dan diberi nama "Sekolah Umum Sirusa".Pada tahun 1947, sekolah ini menukar namanya kepada "Sekolah Melayu Si Rusa".Tidak beberapa lama kemudian, nama sekolah ini ditukar kepada "Sekolah Kebangsaan Si Rusa".
      Pada tahun 1984, Satu bangunan tambahan mengandungi tiga tingkat dan sebuah bangunan kantin dibina. Bangunan tambahan tersebut dirasmikan pada tahun 1985.Bangunan kantin telah diubahsuai menjadi surau.
    Pada tahun 1988, sekolah ini menyambut ulangtahun jubli emasnya yang ke 50 tahun.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Si-Rusa
Km 6 Jalan Pantai, Si Rusa
71050, Port Dickson
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 06-6473094
Fax = 06-6473094

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

* [