Sekolah Kebangsaan Sungai Penipah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sungai Penipah
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Mukah, 96400, Mukah, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6084730600
Kod sekolahYBE3410
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Sungai Penipah atau nama ringkasnya SK Sg Penipah, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Mukah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Penipah memiliki 101 orang pelajar lelaki dan 84 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 185 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Para penduduk kampung Penipah telah memohon sebuah bangunan sekolah daripada Majlis Daerah Mukah.

Dengan semangat gotong-royong penduduk kampung serta masyarakat Iban yang tinggal berdekatan kampung Penipah, akhirnya wujudlah sebuah sekolah pondok yang atapnya dibuat daripada daun nipah dan dindingnya daripada kulit kayu dan batang nibong. Sekolah itu didirikan pada tahun 1962, bilamana Guru Besar pertama ketika itu ialah En. Awang Morni Awang Lai.

Murid-murid sekolah pada masa itu terdiri daripada anak-anak penduduk kampung Penipah dan orang-orang Iban dari Ulu Sungai Penipah dan Mateding. Murid-murid Iban yang bersekolah pada ketika itu menumpang di rumah Mak Cik Uput. Dua tahun kemudian, sebuah asrama pondok didirikan dan Mak Cik Uput sendiri yang menjadi tukang masaknya.

Dari tahun ke tahun, bilangan murid-murid sekolah bertambah. Empat orang Guru Besar telah berkhidmat semenjak sekolah pondok itu didirikan. Mereka ialah En. Awang Morni Awang Lai (1962), En. Yusuf Marsal (1967), En. Awang Hassan Awang Ubi (1968) dan En. Sussex Luka (1971).

Pada tahun 1972, bangunan sekolah baru telah dibina. Guru Besar pada ketika itu ialah En. Abdul Ghani Haji Drahman. Sekolah baru itu dilengkapi dengan bangunan asrama, bilik amah, bilik masak dan dewan makan. Bangunan itu dibuka dengan rasminya oleh Senator Haji Latip Haji Dris pada 22 Jun 1972, manakala bangunan asramanya pula dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Senator Haji Salleh Jafaruddin pada 23 Ogos 1977. Cik Sadiyah Saman dilantik menjadi tukang masak yang baru.

Pada tahun 1973, En. Besiri Haji Keri dilantik menjadi Guru Besar. Pada tahun itu jugalah Kerajaan Persekutuan mengambil alih pentadbiran sekolah daripada pihak Majlis Daerah. Dalam tahun 1982 hingga pertengahan tahun 1983, Guru Besarnya ialah En. Sazali Morshidi. Bilangan murid ketika itu adalah sebanyak 120 orang dengan empat orang tenaga pengajar. Bagi kemudahan pentadbiran di peringkat sekolah, pejabat sekolah telah didirikan pada akhir tahun 1982. Pada bulan Julai 1983, En. Sazali Morshidi telah berpindah tugas menjadi Pegawai Kebudayaan Belia dan Sukan Daerah Mukah. Maka, En. Ronnie Alphonsus Rais dilantik memangku jawatan tersebut.

Seperti sekolah-sekolah lain dalam daerah Mukah, SK Sungai Penipah membuka kelas KBSR Tahun Satu pada tahun 1983. Setelah itu, terdapat tiga buah kelas KBSR dan dan satu kelas KLSR. Dalam bidang akademik, murid-murid sekolah hanya mampu mendapat 1A dalam Peperiksaan Penilaian Darjah Lima pada tahun 1984 iaitu mata Pelajaran Bahasa Malaysia. Dalam kegiatan kokurikulum, murid-murid pernah mengambil bahagian dalam pertandingan kebudayaan dan sukan anjuran MSSR Daerah Mukah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Penipah
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Mukah
96400, Mukah
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Faks = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]