Pergi ke kandungan

Sekolah Kebangsaan Taman Melawati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Taman Melawati
Lokasi
Malaysia Jalan F-13, Taman Melawati, Gombak, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan Sekolah Kluster Kecemerlangan
MotoBERTEKUN BERJAYA
Ditubuhkan1983
Autoriti pendidikanGombak
Nombor sekolah0341078763
Kod sekolahBBA7214
Pengerusi PIBGDato Ir Fauzi bin Omar
Guru besarEn Abdul Malek bin Mohamed
Tenaga pengajar87
Jumlah penuntut1501
Kelas42
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Yang binti Md Saad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Nurul Rafida binti Abd Razak
Penolong Kanan KokurikulumPn Norzila binti Shariff
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangPn Nurhafizah binti Mohamed Jaafar
Faks0341055169
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Taman Melawati atau nama ringkasnya SK Taman Melawati, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan F-13, Taman Melawati terletak di dalam daerah Gombak di dalam negeri Selangor.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Melawati memiliki 812 pelajar lelaki dan 700 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1512 orang. Ia mempunyai seramai 97 orang guru.2017 Sekolah ini merupakan sekolah kluster kecermelangan. Prestasi sekolah ini amat hebat dalam pencapain UPSR pelajar di sini.

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI

Sekolah Kebangsaan Taman Melawati atau nama ringkasnya SKTM merupakan sebuah sekolah yang terletak di Jalan F-13, Taman Melawati, Gombak, Selangor Darul Ehsan. SKTM ditubuhkan  pada 1 April 1983 merupakan sekolah berstatus gred A, kategori bandar. Bilangan murid SKTM pada 2024 ialah seramai 1490 orang murid dengan 88 orang guru terlatih dan 4 orang AKP. SKTM dijalankan dalam dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi bagi murid-murid Tahap 2 manakala sesi petang bagi murid-murid tahap 1. Maklumat dan perkembagan terkini sekolah boleh dilayari di laman web rasmi berikut : https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/sk-taman-melawati/laman-utama

Pada awal pembukaannya, sekolah ini hanya mempunyai dua blok bangunan tiga tingkat yang kini dikenali sebagai Blok Angsana dan Blok Bellis serta sebuah kantin. Ketika itu,hanya terdapat lima kelas sahaja dibuka bagi setiap aliran iaitu Anggerik, Bakawali, Cempaka, Dahlia dan Gandasuli. Saban tahun, terdapat pertambahan murid di sekolah ini dan kelas-kelas baharu terpaksa dibuka bagi menampung pertambahan ini.

Pada 1997, dewan tertutup dengan pembiayaan sepenuhnya oleh PIBG SKTM dibina dan telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Toh Puan Mahani Idris.. Dewan yang agak moden pada ketika itu telah dinamakan sempena nama beliau yang merupakan isteri kepada Yg. Bhg. Tun Daim Zainuddin. Ketika itu SKTM satu-satunya sekolah di Zon Hulu Kelang yang memiliki dewan tertutup seperti ini. Pada tahun 2004, SKTM telah mendapat satu blok bangunan empat tingkat yang kini dikenali sebagai Blok Cemara bagi menampung pertambahan murid. SKTM juga telah beberapa kali menukar penggunaan nama kelas dan kini kelas-kelas di sekolah inii dinamakan dengan Sukses, Karisma, Takwa, Mesra, Efisien, Proaktif dan Dedikasi bersempena dengan sambutan SKTM 40 Tahun Dihatiku pada 2023.

Pada masa kini, antara kelengkapan prasarana yang disediakan di sekolah ini ialah  22 buah bilik darjah fizikal, sebuah prasekolah, dua buah makmal komputer, kantin, dewan tertutup, dewan  terbuka serta surau. Selain itu, sekolah juga dilengkapi dengan Pusat Sumber, Bilik J-Qaf,  Bilik RBT, Bilik SAL, Makmal Sains, Bilik TS 25, Galeri Kegemilangan SKTM, Bilik Seni, Studio Kesenian dan Bilik ‘Green Screen’ serta beberapa bilik lagi untuk kegunaan warga sekolah SKTM.

Kecemerlangan SKTM dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun pentadbirannya melayakkan SKTM menerima beberapa anugerah sepanjang 40 tahun pembukaannya. Antaranya, Pada tahun 1997, SKTM telah diumumkan antara sekolah yang paling cemerlang dalam pencapaian UPSR di dalam negara oleh Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak di SK Taman Melawati. SKTM pada ketika itu telah mencapai kelulusan sebanyak 100% dan 69 orang murid berjaya memperoleh 5A. SKTM juga telah menerima Anugerah Tawaran Baru atau dikenali sebagai Baiah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2010 dan 2012.

Bukan setakat itu sahaja, SKTM terus mengorak langkah kecemerlangan dengan menerima pengiktirafan sebagai sekolah Kluster Kecemerlangan di bawah kebitaraan Bahasa Inggeris dan Kriket pada tahun 2015. Pada tahun 2019 pula, SKTM telah dipilih sebagai sekolah rintis KBAT daerah Gombak. Seterusnya pada tahun 2019, SKTM juga dipilih sebagai sekolah TS25 bagi kohort 6. Pada tahun 2023, kumpulan tarian sekolah yang dikenali sebagai Kelemayar Mela Dance Group ditubuhkan. Kumpulan tarian sekolah ini sering mendapat undangan daripada pihak berkuasa tempatan MPAJ dalam setiap acara yang dianjurkan mereka.

Dalam tempoh lebih daripada 40 tahun, Sekolah Kebangsaan Taman Melawati telah diterajui oleh seramai 19 orang Guru Besar yang berdedikasi, didahului oleh Tuan Haji Razali bin Baba. Kini, Sekolah Kebangsaan Taman Melawati diterajui oleh Encik Abdul Malek bin Mohamed selaku Guru Besar SK Taman Melawati yang ke-19. Banyak perubahan dan pembaharuan yang dijalankan oleh setiap Guru Besar yang dilantik bagi menjayakan visi dan misi sekolah dalam menjadikan Sekolah Kebangsaan Taman Melawati antara sekolah yang terbaik bukan sahaja di daerah Gombak bahkan juga di negeri Selangor.

Senarai Guru Besar

[sunting | sunting sumber]
No.NamaTempoh Berkhidmat
1Tuan Hj.Razali Bin Baba1 Januari 1983-31 Disember 1984
2En.Hj.Alias Bin Sulaiman1 Januari 1985 – 31 Disember 1985
3En.Hj.Daud Bin Saabin01 Januari 1986 – 27 November 1992
4En.Mohd Yatim Bin Dolir16 Mac 1993 – 30 Jun 1993
5En.Alias Bin Haji Mohd Radzi01 Julai 1993 – 13 November 1995
6Pn.Salmah Binti Yamin1 Disember 1995 – 15 Mac 1996
7Pn.Hindon Binti Abdul Rahman4 November 2000 
8Pn.Hamisaton Binti Iban15 Januari 2001
9Pn. Zalinah Binti Zubir16 Januari 2001 – 18 Julai 2002
10Pn. Khasanah Binti Ibrahim19 Julai 2002 - 2003
11Pn. Ramlah Binti Abdul Halim2003 - 2005
12Pn. Noor Hizan Binti Mohd Salleh2005 - 2006
13Pn. Rohaya Bt Abu Samah2006 - NOV 2013
14Pn. Sharifah Binti YusofNov 2013 - Jun 17
15Pn. Anisah Binti MuskinJun 2017 - Jun 2018
16Pn. Hjh. Rosnah binti Mat YunosJun 2018 - 13 Januari 2020
17 Tn. Hj. Aznam bin Mohamed 31 Januari 2020 - 31 Julai 2022
18 Pn Hjh Sarifah binti Mohamed 01 Ogos 2022 - 31 Mei 2023
19 En Hazeem Bin Mohd Fadhli 06 Jun 2023 - Sekarang

Antaranya adalah sekolah ini telah berjaya melahirkan bintang bolasepak Selangor FA dan Malaysia iaitu Nazmi Faiz Mansor.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]


Lagu Sekolah

[sunting | sunting sumber]

Bertekun dan berjaya,

Mencapai cita-cita,

Berjasa untuk negara, agama bangsa dan nusa,

Sekolah Taman Melawati, kami sanjungi,

Jasa dan bakti kami kenangi,

Belajar jangan jemu,

Berbudi dan bersopan,

Amalkan nasihat guru,

Pasti diberkati Tuhan

Sekolah Kebangsaan Taman Melawati
Jalan F-13, Taman Melawati
Gombak, Selangor, Malaysia
Telefon : 0341078763
Fax  : 0341055169

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]