Sekolah Kebangsaan Tanjung Dawai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tanjung Dawai
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Kod sekolahKBA3019
Map

Sekolah Kebangsaan Tanjung Dawai atau nama ringkasnya SK Tanjung Dawai, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tanjong Dawai terletak di Lot 2339, Mukim Merbok, Daerah Kuala Muda/Yan. Keluasannya ialah 4.9505 ekar yang terdiri daripada bangunan sekolah seluas 2 ekar 440 jemba dan padang dengan keluasan 2 ekar 2R 21P.

Menurut sejarah orang tua yang pernah menjadi penghuni tetap Kampung Tanjong Dawai asalnya terletak di Pekan Tanjong iaitu hanya kurang 1 km dari tapaknya sekarang. Pada asalnya sekolah ini hanya dibina dengan menggunakan kayu bakau sebagai tiangnya dan daun nipah sebagai dinding dan atapnya.

Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, kerajaan telah berusaha untuk membina sebuah sekolah yang berdinding batu di Tanjong Dawai pada tahun 1961. Memandang peningkatan penduduk yang memberangsangkan, sebuah lagi bangunan dibina pada tahun 1982.

Seperti juga sekolah-sekolah lain Sekolah Kebangsaan Tanjong Dawai juga tidak ketinggalan untuk menyediakan kemudahan lain seperti padang, gelanggang, rumah guru, kantin, surau, pusat sumber, tempat meletak basikal dan lain-lain kemudahan untuk kegunaan pelajar dan kakitangan sekolah.

Sehingga kini, sudah 24 orang guru besar telah berkhidmat di sekolah ini dengan guru besar pertamanya iaitu Encik Hashim bin Din dari tahun 1332 H hingga 1335 H.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]