Sekolah Kebangsaan Tanjung Surat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tanjung Surat
Lokasi
Peti Surat 18, Bandar Penawar, 81930, Kota Tinggi,, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUsaha Maju Jaya
Ditubuhkanawal 1880-an
Nombor sekolah0199959517
Kod sekolahJBA3022
Guru besarEn. TUAN MOHD RIDZUAN BIN TUAN SOH
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. HAIRUL AZIZI BIN ALI
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. SOFIUDDIN BIN ABDUL MUTHALIB
Penolong Kanan KokurikulumEn. YAZED BIN KOSNAN
FaksTIADA
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Tanjung Surat atau nama ringkasnya SK Tanjung Surat, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 18, Bandar Penawar.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tanjung Surat memiliki 25 pelajar lelaki dan 25 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 50 orang. Ia mempunyai seramai 7 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah dibina pada awal tahun 1880-an di Tanjung Langsat oleh Kerajaan Johor. Beberapa tahun kemudian, apabila Tanjung Surat menjadi Pusat Tadbir bagi kawasan Perairan Sungai Johor, Sekolah Melayu Tanjung Langsat telah dipindahkan ke Tanjung Surat. Sekolah ini telah diasaskan oleh Dato' Timur iaitu Dato' Wan Jaffar bin Wan Nong Yahya. Sekolah ini didirikan di Tanjung Mas, Kampung Nior, Tanjung Surat. Guru yang mula-mula bertugas di sekolah ini ialah Tuan Hj. Abd. Majid.

Pada tahun 1926, sekolah ini telah dipindahkan ke Kampung Tanjung Surat keran telah mendapat sebuah bangunan baru yang didirikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Johor. Bilangan murid pada masa itu seramai 70 orang dengan 3 orang guru sebagai tenaga pengajar. Kebanyakan murid-murid sekolah ini datang dari kawasan yang berhampiran iaitu Tanjung Langsat, Perigi Aceh, Tanjung Buai, Tanjung Serindit, Tanjung Pinang, Air Bentan, Kampung Linting dan Tanjung Surat. Kebanyakan mereka bersampan ke sekolah. Matapelajaran yang diajar pada masa itu ialah Pengetahuan Am, Penimbul Akal, Baji Akal, Sejarah Johor dan lain-lain. Pakaian seragam mereka ialah baju kemeja putihh, seluar pentelon kuning dan bersongkok.

Pada tahun 1949, sekolah ini telah mendapat bangunan tambahan dari seorang ahli dermawan Inggeris iaitu Mr. Catchfall, seorang AO yang bermastautin di Tanjung Surat. Bangunan ini berharga lebih kurang $500.00 dan pembinaannya dibuat secara bergotong-royong oleh penduduk tempatan.

Pada bulan November 1984, sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan baru 3 tingkat tetapi kerja-kerja pembinaan terbengkalai. Pada bulan Jun 1986, kerja-kerja pembinaan sekolah ini disambung semula dan telah siap dibina pada bulan Mac 1987. Pada bulan April 1987, bangunan baru telah dibuka bagi digunakan. Bangunan baru ini mempunyai 6 bilik darjah, sebuah pejabat, sebuah perpustakaan, sebuah bilik guru, dewan, makmal sains dan bilik pandang dengar. Sebuah kantin baru juga telah disediakan di bahagian hadapan bangunan baru ini.

Pada bulan September 2006, sekolah ini telah mendapat bangunan baru bagi Pra-Sekolah beserta taman permainan kanak-kanak dan telah siap pada penghujung tahun. Mulai tahun 2007, kelas Pra-Sekolah telah dibuka kepada kanak-kanak yang berusia 6 tahun dan 5 tahun. Seramai 11 orang kanak-kanak telah mendaftar dan mengikuti program ini yang dikendalikan seorang guru Pra-Sekolah kelulusan KPLI dengan dibantu oleh seorang pembantu pengurusan murid pra-sekolah.[1]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tanjung Surat
Peti Surat 18, Bandar Penawar
81930, Kota Tinggi
Johor, Malaysia
Telefon = +601-97779069
Fax = TIADA

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]