Sekolah Kebangsaan Tenaga Setia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tenaga Setia
Lokasi
Parit Baru,Sri Medan, 83400, Batu Pahat, [Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBina Masyarakat
Ditubuhkan1960
Nombor sekolah6074858005
Kod sekolahJBA0076
Pengerusi PIBGEn Januri bin Parno
Guru besarCikgu Mohammad Nawawi bin Suib
GPK Pentadbiran dan AkademikCikgu Md Rozi bin Jab
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridCikgu Rosli bin Abdul Jabar
Penolong Kanan KokurikulumCikgu Zaiton binti Ismail
Faks6074858005
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Tenaga Setia atau nama ringkasnya SK Tenaga Setia, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Parit Baru,.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tenaga Setia memiliki 165 pelajar lelaki dan 154 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 319 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejajar dengan keperluan penduduk tempatan, permohonan untuk mendirikan sebuah sekolah telah diluluskan pada tahun 1959. Lantas pada tahun 1960, penduduk-penduduk Kampung Parit Baru telah sama-sama bergotong-royong membinanya, tanpa bantuan daripada kerajaan. Berkat kesungguhan ini, maka terbinalah sebuah sekolah untuk memenuhi keperluan penduduk yang sebelum ini terpaksa bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Sejati.


Pada bulan Jun 1961, sekolah ini telah dibuka sebelum perasmiannya setelah mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Pelajaran Johor ketika itu , iaitu Encik Abdul Majid bin Osman. Beliau bersama-sama Pengelola Sekolah-sekolah Kebangsaan Kluang, telah membuat lawatan ke sekolah ini pada tarikh tersebut. Pada 3 Julai 1961, sekolah ini telah dirasmikan oleh Encik Mohamad bin Dato' Ahmad, Pengelola Sekolah-sekolah Johor. Memandangkan kekurangan keperluan asas yang masih dihadapi pada ketika itu, maka pada tahun 1964, Jabatan Kerja Raya, Batu Pahat telah memberikan bantuan membina lantai simen, tangki air serta membaiki dinding yang diperbuat daripada papan. 
              

Nama Sekolah[sunting | sunting sumber]

Nama sekolah ini diberikan oleh, Allahyarham Encik Abdul Majid bin Osman, Ketua Pengarah Pelajaran  Johor sempena taat setia penduduk kampung ini kepada Kerajaan Negeri Johor dalam melawan komunis sehingga tertangkapnya Muhammad Indera, pada tahun 1952 di kawasan ini. Bersatu dan bersetia menjalankan kerja sukarela secara bergotong-royong membersihkan kawasan asal.Mengumpulkan wang secara "Tek Yan" (Yuran bulanan). Mendirikan bangunan sekolah secara bergotong-royong.



Penyumbang Kawasan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kawasan sekolah ini, pada asalnya adalah tapak masjid. Keluasan asalnya adalah 2 ekar 1 rod, hadiah daripada  Pak Beladang. Penduduk kampung hanya membayar upah tebang.
Berikutnya, seorang penderma kawasan ini, Embah Moden telah menghadiahkan 0.5 ekar menjadikan luas  tapak sekolah ini ialah 2.75 ekar.Pada tahun 1977 pula, tapak sekolah ini telah mendapat tambahan seluas 1/8 ekar yang dihadiahkan oleh  Encik Rosdi bin Abdul Samad, salah seorang tukang kebun sekolah pada ketika itu. Pada hari ini, luas kawasan sekolah ialah 2 ekar 3 rod 20 pol.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tenaga Setia
Parit Baru,
83400, Seri Medan
Johor, Malaysia
Telefon = 6074858005
Fax = 6074858005

Pautan luar[sunting | sunting sumber]