Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang
JenisSekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
PengetuaEn. Tee Kim Thieng (PJK, BKT)
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikEn Md Nor bin Md Yusuf
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Pang Nan Chang
Penolong Kanan KokurikulumPn. Sarina Hussein
Pengerusi PIBGMR. Chong Han Kong
Kod sekolahMEB0078[1]
Lokasi Malaysia Pulau Sebang 73000, Tampin Pos,, Melaka Bandar Bersejarah, Malaysia
Laman sesawanghttp://www.Portal.mmu.edu.my/SMK P.Sebang
Telefon06-4411346
Faks06-4419187


Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang (普罗士邦国民型华文中学) atau nama ringkasnya SMJK Pulau Sebang, merupakan sebuah Sekolah yang terletak di sempadan daerah Tampin dan Pulau Sebang. SMJKPS ditubuhkan pada tahun 1961. Ia juga merupakan salah satu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan di Daerah Alor Gajah.


Pengasas-pengasas sekolah ini terdiri daripada (普中创办人):

  • Encik Ho Yoke Kwei
  • Encik Ng Chai Yee
  • Encik Ong Chin Boo
  • Encik Lung Chow Kong
  • Encik Yew Kay
  • Encik Ng Kim Fong

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini merupakan satu-satunya Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan di Daerah Alor Gajah, Melaka, Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1961 dan kini setelah 37 tahun penubuhannya sekolah ini telah berjaya melahirkan 34 kali lepasan menengah rendah sebanyak 32 kali lepasan menengah atas. Pekan Tampin dan Pulau Sebang terletak Bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Melaka. Kedua-dua pekan ini begitu maju dan majoriti penduduknya berbangsa Cina dan berpendidikan Cina . Di pekan ini, selain dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Pay Chee dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua, terdapat banyak lagi SRJK(C) di sekitarnya. Penduduk-penduduk Cina tempatan bersikap positif dan sedia menderma untuk tujuan pendidikan. Sebelum tahun 1961, Sekolah Menengah Cina tidak wujud di pekan ini dan cuma terdapat Sekolah Menengah Tunku Besar yang merupakan sebuah Sekolah Menengah Inggeris yang tunggal.Keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar lepasan Sekolah Inggeris. Oleh itu tempatnya terhad. Yakni, pelajar-pelajar lepasan Sekolah Rendah Cina terpaksa belajar ke Sekolah Menengah Cina yang lain, khususnya Sekolah Menengah Persendirian Pay Fong dan Sekolah Menengah Yok Min Melaka, Sekolah Menengah Chung Hua Seremban dan Sekolah Menengah Chung Hua Kuala Pilah. Anak-anak didik dari keluarga miskin terpaksa berhenti sekolah dan ini menimbulkan masalah sosial yang serius. Lantaran itu, peminpin-peminpin tempatan bercadang untuk menubuhkan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina dan ini mendapat respon dan sambutan yang baik di kalang masyarakat tempatan. Maka, tertubuhlah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Pulau Sebang.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang
73000 Tampin Pos,
Melaka, Malaysia.
Telefon = 06-4411346
Fax = 06-4419187

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]