Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
国民型华文中学
Lokasi
MalaysiaMalaysia
Maklumat
Nama lainSMJK (华中)
JenisPendidikan menengah
Autoriti pendidikanKementerian Pendidikan Malaysia
GredPeralihan, Tingkatan 1 - 6
Jumlah penuntut
Bahasa pengantarBahasa Melayu
Bahasa Cina
Bahasa Inggeris
Kampus
Laman sesawang
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dalam Tulisan Cina Ringkas (atas) dan Tulisan Cina Tradisional (bawah)
Tulisan Cina Tradisional國民型華文中學
Tulisan Cina Ringkas国民型华文中学

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina Ringkas: 国民型华文中学; Cina Tradisional: 國民型華文中學; pinyin: Guómínxíng Huáwén Zhōngxué, singkatannya SMJK atau SMJK(C), Cina Ringkas: 华中; Cina Tradisional: 華中; pinyin: Huázhōng) merujuk kepada subset sekolah menengah awam kerajaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Malaysia.

Perkembangan sekolah Cina bermula sejak abad ke-19. Sekolah menengah yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantara turut diasaskan. Sejak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, kebanyakan sekolah menengah Cina menukar statusnya kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan menggunakan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Sekolah Menengah Cina Chung Ling merupakan sekolah menengah Cina pertama yang menerima bantuan kewangan kerajaan untuk menukar status menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.

Sekolah Menengah Cina yang tidak menerima skim penstrukturan semula tidak akan mendapat bantuan kewangan, mempunyai kuasa autonomi dan tidak tertakluk kepada pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Disebabkan oleh penstrukturan semula sekolah menengah Cina, maka muncul sekolah-sekolah baharu yang dinamakan sebagai “Sekolah Menengah Persendirian Cina” (华文独立中学) untuk menampung pelajar yang tidak dapat masuk ke sekolah-sekolah Cina selepas penstrukturan (juga dikenali sebagai SMJK). Selepas itu, sekolah-sekolah yang tidak menerima bantuan kewangan ini dikenali sebagai “Sekolah Menengah Persendirian Cina”.

Sebaliknya, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJK) menerima bantuan tahunan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (kecuali bantuan pembangunan) dan SMJK dikawal sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, termasuk kurikulum, tenaga pengajar dan pengambilan pelajar. Lembaga pengelola sekolah dibentuk mengikut keperluan kementerian, namun hak milik tanah sekolah tetap milik asal pihak yang memiliki tanah tersebut.

Gelaran SMJK tetap digunakan dalam nama sekolah untuk membezakan antara 81 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan.

Latar Belakang Pendidikan Cina Sebelum dan Selepas Perang Dunia Kedua

[sunting | sunting sumber]

Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, kerajaan hanya menyediakan bantuan kewangan kepada sekolah aliran Inggeris. Pendidikan dalam bahasa lain, termasuk bahasa ibunda pelbagai kaum, dibiayai sepenuhnya oleh komuniti masing-masing untuk menubuhkan sekolah serta membayar gaji guru. Pendidikan Cina pada ketika itu kebanyakannya mengikut sistem pendidikan dari negara China, termasuk penggunaan buku teks dan sukatan pelajaran dari negara tersebut.

Pada tahun 1942, serangan Jepun ke atas Tanah Melayu telah menyebabkan banyak sekolah Cina ditutup. Selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, sekolah-sekolah berkenaan dibuka semula. Sebelum perang, pendidikan Cina di Tanah Melayu hanya tertumpu pada peringkat rendah. Selepas itu, pendidikan menengah mula berkembang dan sekolah menengah Cina yang baharu turut ditubuhkan. Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, terdapat lebih daripada 60 buah sekolah menengah Cina di seluruh negara.

Perkembangan Dasar Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1949, Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk. Bagi melaksanakan dasar pemerkasaan bangsa melalui pendidikan, Laporan Barnes diterbitkan pada tahun 1950. Kerajaan British kemudian mencadangkan sistem pendidikan yang berasaskan bahasa Inggeris. Pada tahun 1952, sistem "Bantuan Kewangan" diperkenalkan, di mana sekolah akan menerima bantuan kewangan dan tertakluk kepada kawalan kerajaan.

Pada tahun 1954, kerajaan Persekutuan mengemukakan Kertas Putih Pendidikan yang mencadangkan agar sekolah-sekolah Cina ditukar kepada Sekolah Jenis Kebangsaan. Cadangan ini merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan Ordinan Pendidikan 1952. Menteri Pelajaran ketika itu, Tun Abdul Razak, menyokong cadangan tersebut dan mengumumkan bahawa semua sekolah menengah Cina akan ditukar kepada Sekolah Kerajaan. Pada 7 Disember 1956, kerajaan mula melaksanakan perubahan bahasa pengantar daripada bahasa Cina kepada bahasa Inggeris di sekolah menengah Cina.

Penukaran Status Sekolah Menengah Cina

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1955, Sekolah Menengah Chung Ling di Pulau Pinang memohon secara rahsia kepada kerajaan untuk menukar status kepada "Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan". Pada Jun 1956, Chung Ling menjadi sekolah menengah Cina pertama yang menerima bantuan penuh kerajaan dan menukar sistem pentadbiran, sukatan pelajaran serta bahasa pengantar. Pengetua sekolah ketika itu turut menjadi pengerusi Lembaga Sekolah Menengah Cina, sekali gus mempengaruhi sekolah-sekolah lain. Pada tahun 1957, Sekolah Menengah Yuk Choy di Ipoh, Perak, yang sebelum ini menolak bantuan kerajaan, akhirnya bersetuju selepas dua sekolah utama menerima perubahan tersebut.

Selepas kelulusan Akta Pendidikan 1961, Menteri Pelajaran menekankan bahawa pemimpin masyarakat Cina seperti Lee Siok Yew serta akhbar-akhbar Cina memuji manfaat perubahan sistem ini, antaranya pengurangan yuran, pengurangan beban kewangan ibu bapa, kebajikan guru terjamin, dan penggunaan bahasa Cina bagi separuh masa pengajaran.

Kerajaan menggunakan pendekatan lunak dengan menawarkan insentif kewangan untuk menggalakkan sekolah menengah Cina menukar status kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Pada tahun 1962, dua aliran pendidikan sekolah menengah Cina muncul:

  1. Menolak bantuan dan kekal sebagai Sekolah Menengah Persendirian Cina.
  2. Menerima bantuan dan menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.

Sekolah yang menerima bantuan akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuk gaji guru. Lembaga pengelola sekolah diberikan kuasa untuk menguruskan hal ehwal sekolah. Yuran pelajar tingkatan satu ditetapkan sebanyak RM5 dan RM7.50 bagi tingkatan empat. Sekolah juga dibenarkan memohon pengecualian yuran bagi pelajar yang kurang berkemampuan. Sehingga dekad 1980-an, semua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, dan yuran persekolahan menengah telah dimansuhkan.

Sekolah menengah Cina yang menukar status kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan pada tahun 1962 dikehendaki menerima pelajar lepasan SJKC dalam had umur yang telah lulus Peperiksaan Darjah Enam (MSSEE). Walau bagaimanapun, kerajaan membenarkan penubuhan "kelas persendirian" dalam kawasan sekolah yang sama, diadakan pada sesi petang. Kelas ini menampung pelajar yang melebihi umur atau gagal peperiksaan darjah enam, dan pengajaran dijalankan dalam bahasa Cina. Gaji guru bagi kelas ini tidak ditanggung oleh kerajaan.

Lembaga pengelola perlu menanggung segala perbelanjaan dan pelajar diwajibkan membayar yuran. Beberapa tahun kemudian, lepasan Sekolah Rendah Cina boleh secara automatik menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Begitu juga pelajar menengah rendah boleh naik ke tingkatan empat tanpa halangan. Di kawasan luar bandar, kerana kekurangan pelajar dan sumber kewangan, sekolah terpaksa mengekalkan sistem "kelas persendirian". Namun, di kawasan bandar, lembaga pengelola mempunyai keupayaan kewangan untuk membina sekolah baharu dan membuka lebih banyak kelas.

Sistem Pendidikan Selepas Penukaran Status

[sunting | sunting sumber]

Selepas penukaran status, bahasa pengantar ditukar kepada bahasa Inggeris, namun mata pelajaran Bahasa Cina masih diajar dalam bahasa asalnya. Tempoh persekolahan ialah lima tahun, iaitu Tingkatan Satu hingga Tiga sebagai peringkat menengah rendah dan Tingkatan Empat hingga Lima sebagai menengah atas. Pelajar Cina lepasan sekolah rendah perlu memasuki kelas peralihan selama satu tahun untuk menyesuaikan diri dengan bahasa pengantar baharu.

Pelajar menengah rendah perlu menduduki peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE). Lulus LCE membolehkan pelajar naik ke Tingkatan Empat. (Pada awalnya, pelajar boleh terus naik ke Tingkatan Empat, tetapi kemudian diwajibkan lulus LCE dahulu.)

Pelajar menengah atas perlu menduduki peperiksaan Malaysian Certificate of Education (MCE). Ketika itu, bahasa pengantar kebanyakannya ialah bahasa Inggeris, kecuali mata pelajaran Bahasa Cina yang masih dijawab dalam bahasa Cina. Selepas peralihan ke sistem pendidikan kebangsaan, semua mata pelajaran kecuali Bahasa Cina dijawab dalam bahasa Melayu. Peperiksaan lain termasuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi Tingkatan Tiga dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Selepas penukaran status, subjek Bahasa Cina diajar sebanyak tujuh kali seminggu (setiap sesi 40 minit). Subjek seperti pendidikan jasmani, seni lukis, dan muzik dibenarkan diajar dalam bahasa ibunda. Buku teks Bahasa Cina terbahagi kepada tiga komponen: tulisan dan pemahaman (peringkat menengah atas dikenali sebagai "Kesusasteraan Cina"), sejarah Cina, dan karangan. Pelajar turut digalakkan membaca buku bacaan tambahan dan dikehendaki menyediakan laporan bacaan dua buah buku sastera setiap tahun – satu semasa sesi persekolahan dan satu semasa cuti persekolahan.

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Di bawah peruntukan Akta Pendidikan 1996, walaupun Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, SMJK masih mengekalkan ciri-ciri khas tertentu yang membezakannya dengan SMK biasa. Perbezaan utama termasuk:

  • Pengetua dan pentadbir sekolah harus memiliki kelayakan bahasa Cina, kecuali di kawasan yang kurang penduduk Cina.
  • Pihak sekolah menggunakan nama SMJK dalam papan tanda sekolah.
  • Lembaga pengelola SMJK mengurus harta sekolah yang berbeza dengan SMK yang diurus sepenuhnya oleh kerajaan.
  • Kebanyakan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan mempunyai majoriti pelajar Cina dan guru.
  • SMJK menetapkan Bahasa Cina sebagai mata pelajaran wajib di mana semua pelajar diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki mata pelajaran Bahasa Cina pada peringkat SPM.
  • Waktu pembelajaran setiap minggu yang ditetapkan adalah 5-7 waktu dengan peruntukan masa selama 200-280 minit.
  • Kelas Bahasa Cina akan diaturkan dalam jadual waktu umum.
  • Pengumuman dan notis sekolah sentiasa menggunakan dwibahasa (iaitu bahasa Melayu dan bahasa Cina)
  • Pelajar SMJK majoritinya berasal dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
  • SMJK biasanya mempunyai lembaga pengelola, PIBG dan alumni yang aktif membangunkan sekolah.
  • Sekolah mengekalkan identiti budaya Cina melalui persatuan bahasa, muzik tradisional, tarian dan aktiviti seni.
  • Aktiviti seperti kaligrafi, penulisan sastera Cina, seni bela diri, dan tarian singa dianjurkan secara aktif.

Senarai Mata Pelajaran

[sunting | sunting sumber]

Mata pelajaran yang ditawarkan dalam Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan tidak mempunyai perbezaan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan, di mana kurikulum persekolahan yang dilaksanakan adalah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, kecuali mata pelajaran Bahasa Cina ditetapkan sebagai mata pelajaran wajib kepada semua pelajar.

Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)

[sunting | sunting sumber]
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Sejarah
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Moral/Pendidikan Islam
  • Geografi
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Asas Sains Komputer
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Menengah Atas (Tingkatan 4-5)

[sunting | sunting sumber]

Mata Pelajaran Wajib

[sunting | sunting sumber]
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Matematik
  • Sejarah
  • Pendidikan Moral/Pendidikan Islam
  • Sains (bagi pelajar bukan aliran STEM)

Mata pelajaran Aliran STEM

[sunting | sunting sumber]
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Sains Komputer

Mata pelajaran Aliran Sastera dan Kemanusiaan

[sunting | sunting sumber]
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi
  • Perniagaan

Mata pelajaran elektif

[sunting | sunting sumber]
  • Pendidikan Seni Visual
  • Kesusasteraan Cina
  • Kesusasteraan Inggeris
  • Bible Knowledge

Pra-Universiti (Tingkatan 6)

[sunting | sunting sumber]
  • Pengajian Am
  • Mathematics T
  • Physics
  • Chemistry
  • Biology
  • Perakaunan
  • Ekonomi
  • Pengajian Perniagaan
  • Bahasa Cina
  • MUET

Senarai Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan

[sunting | sunting sumber]

JPN Kedah

[sunting | sunting sumber]
Kod Sekolah Logo Sekolah Nama Sekolah Nama Bahasa Cina Tahun Penubuhan PPD Poskod Moto Sekolah
KEB2094 SMJK Keat Hwa 1 吉华国民型华文中学 1970 Kota Setar 05400 Kesopanan, Ketatasusilaan, Kesucian, Keinsafan (礼义廉耻)
KEA2097 SMJK Keat Hwa II 吉华国民型华文中学二校 1985[3] Kota Setar 06600 Sopan, Setia, Bersih, Bermaruah (礼义廉耻)
KEB3051 SMJK Sin Min 新民国民型华文中学 1957[4] Kuala Muda 08000 Ke Kemuncak Kecemerlangan (止于至善)
KEB5025 SMJK Chio Min 觉民国民型华文中学 1957[5] Kulim/Bandar Baharu 09000 Taat, Amanah, Setia, Hormat (忠信笃敬)

JPN Pulau Pinang

[sunting | sunting sumber]
Kod Sekolah Logo Sekolah Nama Sekolah Nama Bahasa Cina Tahun Penubuhan PPD Poskod Moto Sekolah
PEB0045 SMJK Jit Sin 日新国民型华文中学 1918[6] Seberang Perai Tengah 14000 Sopan santun, Kasih Sayang, Tekun dan Rendah Hati (敬爱勤朴)
PEB1093 SMJK Perempuan China Pulau Pinang 槟华女子国民型华文中学 1919[7] Timur Laut 10350 Kesusilaan, Kejujuran, Kerajinan, Kesederhanaan (庄诚勤朴)
PEB1096 SMJK Chung Ling 锺灵国民型华文中学 1917[8] Timur Laut 11400 Sayangi Chung Lingku(爱吾锺灵)
PEB1095 SMJK Chung Hwa Confucian 孔圣庙中华国民型华文中学 1904[9] Timur Laut 11600 敬诚勤朴
PEB1103 SMJK Heng Ee 恒毅国民型华文中学 1957[10] Timur Laut 11600 Berusaha dan Berbakti (勤学敬业)
PEB1108 SMJK Phor Tay 菩提国民型华文中学 1954[11] Timur Laut 11700 Kasih Sayang, Rajin, Cermat, Gigih (仁慎勤毅)
PEB1098 SMJK Convent Datuk Keramat 柑仔园修道院国民型华文中学 1947[12] Timur Laut 10150 Tulus Dengan Fadilat, Azam Dengan Bakti.(纯朴于德行, 勇毅于任务)
PEB1113 SMJK Union 协和国民型华文中学 1928[13] Timur Laut 10450 Keharmonian, Keikhlasan, Kehormatan (和诚敬)
PEB3036 SMJK Sacred Heart 圣心国民型华文中学 1956[14] Barat Daya 11000 Kerajinan, Jimat Cermat, Kejujuran, Kesederhanaan (勤俭诚朴)
PEA2056 SMJK Chung Ling Butterworth 北海锺灵国民型华文中学 1986 Seberang Perai Utara 13400 Sayangi Chung Lingku (爱吾锺灵)
PEA4011 SMJK Jit Sin II 威南日新国民型华文中学 2017 Seberang Perai Selatan 14120 Sopan santun, Kasih Sayang, Tekun dan Rendah Hati (敬爱勤朴)
PEB1103 SMJK Heng Ee Cawangan Bayan Baru 恒毅国民型华文中学峇央峇鲁分校 2017 Barat Daya 11900 Berusaha dan Berbakti (勤学敬业)

JPN Perak

[sunting | sunting sumber]
Kod Sekolah Logo Sekolah Nama Sekolah Nama Bahasa Cina Tahun Penubuhan PPD Poskod Moto Sekolah
AEB0038 SMJK Choong Hua 中华国民型华文中学 1955[15] Batang Padang 35500 Ikhlas, Amanah, Setia, Rasional (诚信笃实)
AEB0043 SMJK Katholik 公教国民型华文中学 1959[16] Muallim 35900 Berakhlak Mulia, Rajin Berusaha, Sedia Membantu, Berbakti kepada nusa dan bangsa (立德,勤学,振人,兴邦)
AEB1031 SMJK Nan Hwa 南华国民型华文中学 1935[17] Manjung 32000 礼义廉耻
AEB1033 SMJK Dindings 天定国民型华文中学 1954[18] Manjung 32200 Ilmu Suluh Hidup (礼义廉耻)
AEB1034 SMJK Ayer Tawar 爱大华国民型华文中学 1959 Manjung 32400 Berusaha Untuk Kemajuan (勤学修身,力求上进)
AEB2051 SMJK Perempuan Perak 霹雳女子国民型华文中学 1932[19] Kinta Utara 30250 Kejujuran, Kesopanan, Kerajinan, Kesederhanaan (诚朴勤俭)
AEB2052 SMJK Ave Maria Convent 圣母玛利亚国民型华文中学 1948[20] Kinta Utara 30250 Tulus dengan Fadilah, Azam dengan Bakti (力求简朴,忠于职守)
AEB2053 SMJK Sam Tet 三德国民型华文中学 1952[21] Kinta Utara 30300 Amanah, Harapan, Cinta (信望爱)
AEB2054 SMJK Poi Lam 培南国民型华文中学 1955[22] Kinta Utara 30000 Kesopanan, Kewajaran, Bersih dan Amanah, Rendah Diri (礼义廉耻)
AEB2055 SMJK Yuk Choy 育才国民型华文中学 1924[23] Kinta Utara 30010 Kesopanan, Keadilan, Kejujuran, Kemuliaan (礼义廉耻)
AEB2065 SMJK Yuk Kwan 育群国民型华文中学 1934[24] Kinta Selatan 31000 Rajin dan tekun, Berjimat cermat, Jujur dan amanah, Gagah dan berani (勤俭诚勇)
AEB9002 SMJK Pei Yuan 培元国民型华文中学 1941 Kinta Selatan 31900 自强不息
AEB3042 SMJK Krian 吉辇国民型华文中学 1959[25] Kerian 34200 Sopan, Adil, Amanah, Mulia (礼义廉耻)
AEB4073 SMJK Tsung Wah 崇华国民型华文中学 1952[26] Kuala Kangsar 33000 Sopan, Adil, Amanah, Mulia (礼义廉耻)
AEB4076 SMJK Shing Chung 兴中国民型华文中学 1923[27] Kuala Kangsar 31100 Bersikap Mesra, Berkasih Sayang, Bersemangat Gigih, Berjujur Ikhlas (亲爱精诚)
AEB5170 SMJK San Min 三民国民型华文中学 1929[28] Hilir Perak 36000 Berdisiplin, Berbukti, Berbakti (爱吾三民)
AEB6054 SMJK Hua Lian 华联国民型华文中学 1947[29] Larut, Matang dan Selama 34008 Kesopanan, Ketatasusilaan, Kesucian, Keinsafan (礼义廉耻)

JPN Selangor

[sunting | sunting sumber]
Kod Sekolah Logo Sekolah Nama Sekolah Nama Bahasa Cina Tahun Penubuhan PPD Poskod Moto Sekolah
BEB0100 SMJK Chung Hwa 中华国民型华文中学 1929[30] Klang 40470 Sopan, Murni, Jujur, Keterampilan(礼义廉耻)
BEB0103 SMJK Kwang Hua 巴生光华国民型华文中学 1955[31] Klang 41150 Kejujuran, Ketekunan, Jimat Cermat, Keazaman (诚勤俭毅)
BEB8653 SMJK Katholik 公教国民型华文中学 1956[32] Petaling Utama 46000 Taat dan Berusaha (忠诚勤朴)
BEB4070 SMJK Yu Hua 育华国民型华文中学 1929[33] Hulu Langat 43000 Kesetiaan, Keberanian, Kejujuran, Kecekalan (忠勇诚毅)
BEB6047 SMJK Yoke Kuan 育群国民型华文中学 1959 Sabak Bernam 45400 Kerajinan, Kesederhanaan, Inovatif, Kecemerlangan (勤俭精进)

JPN Wilayah Persekutuan

[sunting | sunting sumber]
Kod Sekolah Logo Sekolah Nama Sekolah Nama Bahasa Cina Tahun Penubuhan PPW Poskod Moto Sekolah
WEB0212 SMJK Confucian 尊孔国民型华文中学 1924 Bangsar Pudu 50150 Kerajinan, Kesederhanaan, Keberanian, Kecekalan, (勤朴勇毅)
WEB0247 SMJK Chong Hwa 中华国民型华文中学 1939[34] Sentul 53000 Kesopanan, Keadilan, Integriti, Kesedaran (礼义廉耻)

JPN Kelantan

[sunting | sunting sumber]
Kod Sekolah Logo Sekolah Nama Sekolah Nama Bahasa Cina Tahun Penubuhan PPD Poskod Moto Sekolah
DEB1138 SMJK Chung Cheng 中正国民型华文中学 1959[35] Kota Bharu 15300 Kerajinan, Kebijaksanaan, Kehermatan, Kesederhanaan (勤谨俭朴)
DEB1139 SMJK Chung Hwa 中华国民型华文中学 1934[36] Kota Bharu 15300 礼义廉耻

JPN Terengganu

[sunting | sunting sumber]
Kod Sekolah Logo Sekolah Nama Sekolah Nama Bahasa Cina Tahun Penubuhan PPD Poskod Moto Sekolah
TEB3093 SMJK Chung Hwa Wei Sin 中华维新国民型华文中学 1949 Kuala Terengganu 21100 Taat, Amanah, Usaha, Hormat (忠信笃敬)

JPN Pahang

[sunting | sunting sumber]
Kod Sekolah Logo Sekolah Nama Sekolah Tahun Penubuhan Nama Bahasa Cina PPD Poskod Moto Sekolah
CEB0020 SMJK Katholik 1957 公教国民型华文中学 Bentong 28700 Taat Jujur (忠诚)
CEB0021 SMJK Khai Mun 启文国民型华文中学 Bentong 28700
CEB3039 SMJK Chung Hwa Lipis 立卑中华国民型华文中学 Lipis 27200 Kecemerlangan Berkualiti
CEB4036 SMJK Tanah Puteh 1952 丹那布爹国民型华文中学 Kuantan 25100
CEB6029 SMJK Chung Ching 1947 中竞国民型华文中学 Raub 27600
CEB7071 SMJK Hwa Lian 1958[37] 华联国民型华文中学 Temerloh 28400 Usaha Jaya
CEB0072 SMJK Triang 1955 直凉国民型华文中学 Bera 28300

JPN Negeri Sembilan

[sunting | sunting sumber]
Kod Sekolah Logo Sekolah Nama Sekolah Nama Bahasa Cina Tahun Penubuhan PPD Poskod Moto Sekolah
NEB4094 SMJK Chan Wa 振华国民型华文中学 1935[38] Seremban 70200
NEA4119 SMJK Chan Wa II 振华二校国民型华文中学 2005 Seremban 70200
NEB6001 SMJK Chi Wen 启文国民型华文中学 1957[39] Jempol 72100 Ilmu Suluh Hidup (知识照亮人生)
NEB1083 SMJK Chung Hua 中华国民型华文中学 1948[40] Kuala Pilah 72000

JPN Melaka

[sunting | sunting sumber]
Kod Sekolah Logo Sekolah Nama Sekolah Nama Bahasa Cina Tahun Penubuhan Daerah Poskod Moto Sekolah
MEB2099 SMJK Katholik 公教国民型华文中学 1958[41] Melaka Tengah 75200 Berilmu, Berakhlak, Berwawasan (勤学业、重功德、富理想)
MEB2100 SMJK Notre Dame Convent 圣母女子国民型华文中学 1960[42] Melaka Tengah 75200 Simple in Virtue, Steadfast in Duty (纯德坚义)
MEB2101 SMJK Yok Bin 育民国民型华文中学 1947[43] Melaka Tengah 75050 Ilmu obor kemajuan (智慧是前进的明灯)
MEB2104 SMJK Tinggi Cina Melaka 马六甲华文国民型高等中学 1960 Melaka Tengah 75250 Disiplin Usaha Jaya (德智体群美)
MEB0078 SMJK Pulau Sebang 普罗士邦国民型华文中学 1961[44] Alor Gajah 73000 I Love PSSS (爱吾普中)

JPN Johor

[sunting | sunting sumber]
Kod Sekolah Nama Sekolah Nama Bahasa Cina Tahun Penubuhan PPD Poskod Moto Sekolah
JEB4045 SMJK Pai Chee 培智国民型华文中学 1958[45] Mersing 86800 智诚勤勇
JEA9012 SMJK Pei Hwa 培华国民型华文中学 1949[46] Tangkak 84400 礼义廉耻
JEB7030 SMJK Seg Hwa 昔华国民型华文中学 1950[47] Segamat 85009 Usaha Asas Kejayaan (自强不息 厚德载物)

JPN Sarawak

[sunting | sunting sumber]
Kod Sekolah Nama Sekolah Nama Bahasa Cina Tahun Penubuhan PPD Poskod Moto Sekolah
YFB1201 SMJK Tinggi Kuching 古晋高级国民型华文中学 1962[48] Kuching 93100 Keadilan, Ketabahan, Kejujuran, Kesederhanaan (公毅诚朴)
YFB3104 SMJK Tiong Hin 中兴国民型华文中学 Sibu 96000
YFB3105 SMJK Tung Hua 敦化国民型华文中学 Sibu 96007
YFB3106 SMJK Chung Hua 诗巫中华国民型华文中学 1935[49] Sibu 96000 Kejujuran, Kesederhanaan, Cinta, Ketekunan (誠樸愛勤)
YFB3201 SMJK Chung Cheng 中正国民型华文中学 Sibu 96008 Towards Kindness, Towards Betterment (向善向上)
YFB3203 SMJK Kwong Hua Middle 光华国民型华文中学 1923[50] Sibu 96008
YFB4101 SMJK Chung Hua 美里中华国民型华文中学 Miri 98007
YFB6101 SMJK Tinggi Sarikei 泗里街高级国民型华文中学 1939[51] Sarikei 96107 Berdisiplin Berilmu Berwawasan
YFB6301 SMJK Kai Chung 开中国民型华文中学 1953[52] Meradong 96507 Teach The Students How To Fish Instead Of Just Giving Them The Fish[53]
YFB6302 SMJK Tong Hua 东华国民型华文中学 1930[54] Meradong 96507 Kesayangan, Kejujuran, Kerajinan, Kesederhanaan (爱诚勤朴)

JPN Sabah

[sunting | sunting sumber]
Kod Sekolah Nama Sekolah Nama Bahasa Cina Tahun Penubuhan PPD Poskod Moto Sekolah
XFE1021 SMJK Ken Hwa 根华国民型华文中学 1968 [55] Keningau 89007
XFE1306 SMJK Chung Hwa 丹南中华国民型华文中学 1950 Tenom 89907 Sopan, Adil, Amanah, Mulia (礼义廉耻)
XFE2032 SMJK Tiong Hua 山打根中华国民型华文中学 1938 [56] Sandakan 90704 Taat Setia, Hormat, Kemanusiaan, Kasih Sayang, Kepercayaan, Keimanan, Harmoni, Aman (忠孝仁爱,信义和平)
XFE2054 SMJK Sung Siew 双修国民型华文中学 1907 [57] Sandakan 90700 Iman Tekad Cemerlang (信诚优)
XFE4021 SMJK Tinggi Kota Kinabalu 亚庇高级国民型华文中学 1949 Kota Kinabalu 88802
XFE4045 SMJK Shan Tao 善导国民型华文中学 1967 Kota Kinabalu 88450
XFE4027 SMJK Lok Yuk Likas 里卡士乐育国民型华文中学 1934 Kota Kinabalu 88803 Dare to change for a better tommorow (敢于改变,迎接更美好的明天)
XFE5036 SMJK Lok Yuk Kudat 古达乐育国民型华文中学 Kudat 89058

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "EMIS Online Portal". Kementerian Pendidikan Malaysia. Dicapai pada 16 Ogos 2025.
  2. ^ "EMIS Online Portal". Kementerian Pendidikan Malaysia. Dicapai pada 16 Ogos 2025.
  3. ^ "SMJK School Portal - SMJK KEAT HWA II". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  4. ^ "School History - SMJK SIN MIN". sinmin.smjk.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-26.
  5. ^ "SMJK School Portal - SMJK CHIO MIN". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  6. ^ "School History - SMJK JIT SIN". jitsin.smjk.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-26.
  7. ^ "SMJK School Portal - PENANG CHINESE GIRLS' HIGH SCHOOL". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  8. ^ "SMJK School Portal - SMJK CHUNG LING PULAU PINANG". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  9. ^ "SMJK School Portal - SMJK CHUNG HWA CONFUCIAN". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  10. ^ "School History - SMJK HENG EE". hengee.smjk.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-26.
  11. ^ "SMJK School Portal - SMJK PHOR TAY". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  12. ^ "SMJK School Portal - SMJK CONVENT DATUK KERAMAT, PULAU PINANG". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  13. ^ "SMJK School Portal - SMJK UNION". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  14. ^ "SMJK School Portal - SMJK SACRED HEART". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  15. ^ "SMJK School Portal - SMJK CHOONG HUA". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  16. ^ "School History - SMJK KATHOLIK, TANJONG MALIM". katholikpk.smjk.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-26.
  17. ^ "SMJK Nan Hwa南华华中 - Sejarah Sekolah 学校历史". sites.google.com. Dicapai pada 2025-08-26.
  18. ^ "SMJK School Portal - SMJK DINDINGS". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  19. ^ "School History - SMJK PEREMPUAN PERAK". perempuanpk.smjk.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-26.
  20. ^ "SMJK School Portal - SMJK AVE MARIA CONVENT". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  21. ^ "SMJK SAM TET 三德国民型华文中学 - Sejarah Sekolah". www.smjksamtet.com. Dicapai pada 2025-08-26.
  22. ^ "School History - SMJK POI LAM IPOH". poilam.smjk.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-26.
  23. ^ "School History - SMJK YUK CHOY". yukchoy.smjk.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-26.
  24. ^ "SMJK School Portal - SMJK YUK KWAN". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  25. ^ "School History - SMJK KRIAN". krian.smjk.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-26.
  26. ^ "School History - SMJK TSUNG WAH". tsungwah.smjk.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-26.
  27. ^ "SMJK School Portal - SMJK SHING CHUNG". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  28. ^ "School History - SMJK SAN MIN". sanmin.smjk.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-26.
  29. ^ "School History - SMJK HUA LIAN TAIPING". hualian.smjk.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-26.
  30. ^ "SMJK School Portal - SMJK CHUNG HWA". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  31. ^ "SMJK School Portal - SMJK KWANG HUA". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  32. ^ "SMJK KATHOLIK". chspj.edu.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  33. ^ "SMJK Yu Hua - SEJARAH SEKOLAH". www.yuhua.edu.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  34. ^ "School History - SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR". chonghwa.smjk.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-26.
  35. ^ "SMJK School Portal - SMJK Chung Cheng Kota Bharu Kelantan". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  36. ^ "SMJK School Portal - SMJK CHUNG HWA". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  37. ^ "School History - SMJK". hwalian.smjk.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-26.
  38. ^ "SMJK School Portal - SMJK CHAN WA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  39. ^ "School History - SMJK". chiwen.smjk.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-26.
  40. ^ "Sejarah Sekolah".
  41. ^ "School History - SMJK KATHOLIK MELAKA". katholikmk.smjk.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-26.
  42. ^ "SMJK School Portal - SMJK NOTRE DAME CONVENT". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  43. ^ "SMJK School Portal - SMJK YOK BIN MELAKA". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  44. ^ "School History - SMJK". pulausebang.smjk.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-26.
  45. ^ "School History - SMJK". paichee.smjk.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-26.
  46. ^ "SMJK School Portal - SMJK PEI HWA". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  47. ^ "SMJK School Portal - 柔佛昔加末昔华国民型中学". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  48. ^ "SMJK School Portal - SMK KUCHING HIGH". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  49. ^ "SMJK School Portal - SMK CHUNG HUA, SIBU". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  50. ^ "SMJK School Portal - SMK KWONG HUA MIDDLE (CF)". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  51. ^ "SMJK School Portal - SMK Tinggi Sarikei". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  52. ^ "SMJK School Portal - SMK KAI CHUNG". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  53. ^ "SMJK School Portal - SMK KAI CHUNG". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  54. ^ "SMJK School Portal - SMK TONG HUA". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  55. ^ "SMJK School Portal - SMJK KEN HWA KENINGAU SABAH". old.smjk.my. Dicapai pada 2025-08-26.
  56. ^ "School History - SMJK TIONG HUA SANDAKAN". tionghua.smjk.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-26.
  57. ^ "School History - SM SUNG SIEW (CF)". sungsiew.smjk.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-26.