Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Othman Abd Wahab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Othman Abd Wahab atau nama ringkasnya SMKA SHOAW, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan merupakan sekolah pertama di Sarawak yang menawarkan kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Lokasi sekolah ini terletaknya di Taman Matang Jaya, Kuching.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Othman Abdul Wahab Tahfiz Model Ulul Albab
Lokasi
Matang Jaya, Jalan Matang,, 93050 Petra Jaya, Kuching,, Sarawak
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan Agama,TMUA
Motoالعارف والخير والتقوى
Al-arif, Al-khayr, Al-taqwaa
Berilmu, Beramal dan Bertakwa
Nombor sekolah082-648053
Kod sekolahYRA1301
Pengerusi PIBGTuan Rahmat bin Sabang
PengetuaTuan Haji Ja'afar bin Belal
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Rohani binti Tuah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Razimandy bin Abu Gasah
Penolong Kanan KokurikulumEncik Saiful Busfari bin Saie
Faks082-648095
Laman sesawang


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dimulakan pada tahun 1976 yang pada ketika itu menumpang di Sekolah Menengah Kerajaan Bandar Kuching No. 2 di Bintawa. Pada tahap ini, hanya aliran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diwujudkan. Pada 3 Januari 1977, sekolah ini telah dipindahkan ke tapaknya yang tersendiri di Batu 14 Jalan Matang, Kuching. Pada waktu tersebut, nama sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kerajaan Matang. Setahun kemudian, iaitu pada tanggal 29 Mei 1978, nama sekolah telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kerajaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab.

Bermulanya Aliran Agama[sunting | sunting sumber]

Proses untuk memulakan pengajian aliran agama bermula sebelum nama sekolah ini ditukar daripada SMK Matang kepada SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab. Pada waktu itu, iaitu pada tahun 1977, selepas mendiami tapak kekalnya, dua buah kelas aliran agama tingkatan satu telah dibuka secara rasmi oleh Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Jafarudin, TImbalan Menteri Pelajaran ketika itu. Pembukaan kelas aliran agama telah membolehkan sekolah ini mewujudkan tiga aliran iaitu aliran Bahasa Malaysia, aliran Bahasa Inggeris dan aliran agama.

Bersesuaian dengan penubuhan kelas agama tersebut, nama sekolah telah ditukarkan kepada SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab. Pembukaan rasmi tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Musa Hitam, Menteri Pelajaran ketika itu. Perubahan nama tersebut membawa pengertian yang besar kerana buat pertama kalinya negeri Sarawak mendapat sebuah sekolah aliran agama. Kewujudan sekolah ini, pada waktu tersebut, memberi kesempatan kepada penduduk seluruh Sarawak untuk menghantar anak-anak mereka mendalami pengajian agama Islam. Pembukaan tersebut membuka lembaran baru kerana SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab akan memberi laluan kepada penubuhan lebih banyak sekolah agama di Sarawak dan sekaligus meningkatkan proses penyebaran agama Islam di Sarawak.

Nama Sheikh Haji Othman dipilih sebagai penghormatan kerana beliau menjadi ulama Sarawak yang berketrampilan. Beliau bukan sahaja mendapat pendidikan asas di Masjidil Haram, Makkah, seterusnya menjadi tenaga pengajar di masjid tersebut; penghargaan yang bukan kecil bagi seorang Melayu dari rantau Asia Tenggara. Peranan beliau juga adalah begitu besar dalam transformasi sosial di Alam Melayu apabila mampu melahirkan ramai tokoh ulama terkenal seperti Dr. Abdul Karim Amrullah (Buya HAMKA) dan Abdullah Fahim (Datuk kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi).

Kenali Sheikh Haji Othman Abdul Wahab[sunting | sunting sumber]

Nama lengkapnya ialah Sheikh Othman bin Abdul Wahhab bin Ahmad bin Abdullah bin Petinggi Amir bin Datuk Akbar bin Datuk Qaim bin Petinggi Betung bin Bandar Tanduk bin Petinggi Kuntum bin Patih Malang bin Patih Mengadi bin Merpati Jipang. Beliau lahir di Kampung Sinjan, Sarawak pada tanggal 10 Muharram 1281 Hijriyah/15 Jun 1864 Masihi. Asal usulnya adalah golongan kaum bangsawan di Jawa.

Sheikh Othman mulai belajar di Mekah pada tahun 1299 Hijriyah/1881 Masihi. Para gurunya ketika belajar di Mekah sangat ramai, di antaranya ialah Sheikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah Al-Makki, Sheikh Mustofa bin Muhammad Al-'Afifi, Sheikh Abdul Karim Daghistani, Sheikh Umar Ba Junaid dan ramai lagi.Guru-guru beliau di Madinah pula ialah Sayyid Falih bin Muhammad Az-Zhahiri, Sayiid Muhammad Ali bin Zhahir Al-Witri dan Sayyid Muhammad Amin bin Ahmad Ridhwan. Manakala guru-guru beliau di Mekah Al-Mukarromah yang merupakan ulama-ulama terkenal yang berasal dari dunia Melayu pula ialah Sheikh Abdul Karim Al-Bantani, Sheikh Muhammad Zainuddin Al-Badawi Al-Sumbawi, Sheikh Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga, Sheikh Ahmad Al-Fathani dan ramai lagi.

Memenangi mssm bola sepak pada tahun 1989

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Othman Abd Wahab
TAMAN MATANG JAYA, JALAN MATANG
93050, KUCHING SARAWAK
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082648053
Fax = 6082648095