Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
SMKA TENGKU AMPUAN HAJJAH AFZAN PAHANG
Moto BACA, AMAL, HAYATI
Ditubuhkan (1984-01-08) 8 Januari 1984 (umur 33)
Dirasmikan (1988-09-27) 27 September 1988 (umur 29)
Jenis Sekolah menengah kebangsaan Agama, Sekolah kerajaan
Pengetua S. MAHDZIR BIN S. NORDIN
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik MAHYUDIN BIN ABDUL MAJID
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SYED OTHMAN BIN SYED JAAFAR
Penolong Kanan Kokurikulum ABDUL LATIF BIN HARUN
Pengerusi PIBG DATO' JALALUDDIN BIN HJ GHAZALI
Kod sekolah CRA2001
Lokasi JERANTUT , Pahang Darul Makmur,  Malaysia
Nama singkatan SMKA TAHAP
Laman sesawang https://beritasmkatahap.blogspot,my
Telefon 6092663330
Faks 6092667472


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang atau nama ringkasnya SMKA TAHAP, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jerantut.

Pada tahun 2017, SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang memiliki 323 pelajar lelaki dan 402 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 725 orang. Ia mempunyai seramai 68 orang guru.2009

Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut lebih dikenali dengan nama SMKA TAHAP. Terletak kira-kira 5 Km dari Bandar Jerantut. Sekolah ini mula dibuka pada 8 Januari 1984 dengan nama Sekolah Menengah Agama Pahang. Pada mulanya sekolah ini menumpang di Sekolah Menengah Jerantut dengan pelajar seramai 120 orang. Guru perintis sekolah ini ialah seramai 11 orang . Tuan Haji Mansor Bin Haji Abdul Kadir merupakan pengetua yang pertama. Pengetua yang terkini adalah Ustaz S. Mahdzir bin S. Nordin.


Awal tahun 1988, sekolah ini telah berpindah ke bangunan yang ada sekarang. DYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah telah berkenan merasmikan sekolah ini pada 27 September 1988. Nama sekolah ini telah ditukarkan nama kepada SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TENGKU AMPUAN HAJJAH AFZAN PAHANG, sempena nama sultanah Pahang iaitu Al-Marhumah DYMM Tengku Ampuan Pahang iaitu Al-Marhumah Tengku Ampuan Hajjah Afzan ibni Al-Marhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad.

Bermula tahun 1999 sehingga 2004, sekolah ini telah menjadi Sekolah Bestari Rintis dan menjadi Sekolah Bestari Perdana sehingga sekarang. Pada tahun 2009, sekolah ini telah menyambut Jubli Perak sempena penubuhan selama 25 tahun di persada pendidikan di Malaysia.

Pencapaian
Alamat
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang,
Km 4, Jalan Jerantut-Temerloh,
27000, Jerantut,
Pahang, Malaysia
Telefon : 6092663330
Fax : 6092667472
Pautan luar