Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah
Lokasi
Jalan Hamzah, KUALA KUBU BHARU, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah360644109
Kod sekolahBEA5068[1]
Faks360644108


Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah

Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah atau nama ringkasnya SMK Ampang Pecah, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Hamzah.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah memiliki 526 pelajar lelaki dan 428 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 954 orang. Ia mempunyai seramai 65 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah (Semekap) ialah sebuah sekolah menengah di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Ampang Pecah telah ditubuhkan pada 3 Januari 2001. Pada awalnya menumpang di SK Ampang Pecah selama enam bulan sebelum berpindah ke bangunan baru pada 6 Jun 2001. Sekolah mula beroperasi dengan bilangan pelajar seramai 168 orang dan 10 orang guru termasuk pentadbir sekolah serta seorang kerani yag mengurus hal ehwal pejabat.

Sekolah ini terdiri daripada empat blok utama yang bersambung antara satu dengan lain, membentuk segiempat bujur di kawasan tengahnya yang dinamakan Laman Ilmu sebagai tempat perhimpunan rasmi pada setiap minggu. Selain itu, bangunan khas yang berasingan dari blok utama termasuklah surau, kantin sekolah, bilik persalinan pelajar, blok ERT dan Kemahiran Hidup serta Pendidikan Moral. Selain daripada pendidikan kelas formal biasa, kelas pendidikan khas juga dijalankan untuk mereka yang istimewa.

Pada Januari 2002, Jabatan Pelajaran Pendidikan Selangor membenarkan Penubuhan kelas muzik perintis dalam daerah Hulu Selangor dan pada tahun 2004 sekolah ini telah menghantar kumpulan pelajar pertama mengambil peperiksaan Teori ABRSM Gred 1 di Shah Alam. Pada tahun 2003, SMK Ampang Pecah telah menghasilkan keputusan sulung PMR bagi pelajar-pelajar perintis dengan peratus kelulusan 70.21%.

Pada tahun 2009, SMK Ampang Pecah telah dipilih sebagai sekolah bestari luar bandar di bawah program pembestarian sekolah bersama 15 buah sekolah yang lain di Malaysia. SMK Ampag Pecah juga telah dipilih sebagai wadah sekolah bestari luar bandar bagi program pembestarian ini.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah
Jalan Hamzah
Selangor, Malaysia
Telefon = 360644109
Fax = 360644108

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]