Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
SMK Bandar Seri Putra
(SMKBSP)
Motoberilmu beramal berbakti
Dirasmikan1 januari 2011
Jenismenengah
Pengetuapn radin hashimah
Kod sekolahBEA4633[1]
LokasiBandar Seri Putra Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Nama singkatanSMKBSP
Laman sesawangSekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra (Blog)
Telefon(+6)03-8926 5675
Faks(+6)03-8926 5682


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SMKBSP) terletak di Persiaran Seri Putra 1, Bandar Seri Putra. SMKBSP siap dibina pada Disember 2010 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2011.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bandar Seri Putra yang dibangunkan oleh pemaju Bangi Heights Developments Sdn Bhd yang telah memperuntukkan tapak untuk pembinaan dua buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah. SMKBSP pada awalnya dijadualkan siap pada Oktober 2009. Akibat beberapa faktor dan masalah kontraktor, kerja pembinaan hanya tamat pada Disember 2010.

Tuan Syed Ismail Syed Mohamad dan En Rozman Hj Abdul Kadir dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) sebagai penjaga bagi memantau proses akhir pembinaan terutama dalam penyediaan sekolah untuk menerima kemasukan murid-murid sesi persekolahan 2011. 37 orang guru dihantar dalam proses penempatan guru pertama oleh PPDHL.

Sebelum pelantikan pengetua, pengurusan sekolah di bawah tanggungjawab dan kelolaan Tuan Syed Ismail sebagai Penolong Kanan, Puan Che Tom Ahmad sebagai PK Hal Ehwal Murid dan En babun sebagai PK Kokurikulum.

Kehadiran SMKBSP telah dinantikan sekian lama oleh bukan sahaja penduduk Bandar Seri Putra, malahan penduduk Bukit Mahkota dan Bangi. Jumlah murid meningkat secara drastik. Sesi taklimat untuk ibu bapa dan penjaga bagi penubuhan Jawatankuasa Protem PIBG menyaksikan pelantikan Dato' Zakaria Hussin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Protem PIBG.

Misi dan visi[sunting | sunting sumber]

  • Misi sekolah ialah melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
  • Visi sekolah ialah Pendidikan berkualiti, Insan terdidik, Negara sejahtera

Senarai pentadbir[sunting | sunting sumber]

Rumah sukan[sunting | sunting sumber]

harimau(Merah)

seladang (Kuning)

rajawali (Ungu)

kijang (Hijau)

helang (Biru)

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Lencana dan bendera sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra.png

Rasional lambang lencana SMKBSP:

  • Warna Merah: Semangat kental untuk mengejar ilmu pengetahuan
  • Warna Kuning: Kesetiaan dan perpaduan warga SMKBSP
  • Warna Hijau: Persekitaran sekolah yang sihat
  • Perisai: Keteguhan disiplin diri dengan lima prinsip rukunegara
  • Sepasang tangan menjulang bintang: Berusaha untuk mencapai kejayaan dengan Berilmu - Beramal - Berbakti
  • Buku: Ilmu yang dituntut
  • Lima Gelung: Sukan untuk kesihatan dan kecerdasan

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]