Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Yunos Sulaiman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Yunos Sulaiman
Lokasi
Jalan Sawah, 85100 Pekan Nenas,, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah07-6991831
Kod sekolahJEA 6010
Faks07-6996833


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Yunos Sulaiman atau nama ringkasnya SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Sawah, 85100 Pekan Nenas, Pontian, Johor Darul Takzim.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan sekolah ini bertitik tolak daripada desakan para penduduk sekitar Pekan Nanas yang berpendapat sekolah sedia ada terlalu padat bagi menampung para pelajar yang semakin bertambah.[sunting | sunting sumber]

Kewujudan sekolah ini direalisasikan pada bulan Mei 1983 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Pekan Nanas.Buat permulaan,para pelajarnya menumpang di Sekolah Menengah Pekan Nanas.Akhirnya,pada 1 Januari 1984 sekolah ini memulakan pentadbiran sendiri di bawah pimpinan pengetua pertama iaitu Encik Zakaria bin Atan berpadu tenaga dengan Yang Dipertua PIBGnya iaitu Encik Selamat Bin Othman.[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 1985,sekolah ini mencipta sejarahnya apabila seramai 93 orang pelajar menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan pada November 1994,seramai 91 orang pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Encik Zakaria Atan menamatkan perkhidmatan sebagai pengetua pada akhir tahun 1991 dan diganti dengan Tuan Haji Sufaat Bin Tumin.Beliau telah mencadangkan nama sekolah ditukar.Nama Allayarham Dato’Mohd Yunos Sulaiman yang banyak sumbangan baktinya terhadap rakyat Johor telah dipersetujui untuk dijadikan nama sekolah ini. Apabila Tuan Haji Sufaat berpindah ke sekolah lain pada 1994 ,tempat beliau digantikan Tuan Haji Haron bin Kamil.Beliau menyokong cadangan pertukaran nama sekolah ini.Pada tahun 1995,Sekolah Menengah Rendah Pekan Nanas dengan rasminya di tukar namanya kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Yunos Sulaiman.[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1998 sekolah ini mendapat pengetua baru iaitu Cik Lim Jit Eng di samping Yang Dipertua PIBG yang baru dipilih iaitu Tuan Haji Abd. Wahab bin Ahmad.Pada masa yang sama sekolah ini telah dinaik taraf menjadi sekolah gred A.Hal ini demikian kerana sekolah ini telah mengalami peningkatan dalam pelbagai aspek termasuklah pertambahan pelajar dan kelas.Selain itu,sekolah ini telah mendapat sebuah dewan besar,asrama harian,rumah guru dan lain-lain prasarana moden untuk kemudahan pelajar dan penduduk tempatan.

Pada bulan November 2004,sekolah ini telah menerima pengetua keempatnya iaitu Tuan Haji Ramli Bin Yusoff.Sebagai bekas pegawai pendidikan dan pengetua berpengalaman,sekolah di bawah kepimpinannya ini terus berkembang dari segi fizikal dan maju dalam bidang kurikulum dan kokurikulumnya.

Mulai Januari 2007 sekolah menerima kehadiran pengetua baru iaitu Puan Rohayah Binti Haji Bajuri.Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan 1 di SMK Sri Kukup.Di bawah dominasi kepimpinannya,SMK Dato’Mohd Yunos Sulaiman semakin gah dengan mencipta kejayaan demi kejayaan.Pada tahun 2009, sekolah kita telah mencatat kejayaan 100% kelulusan dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2008.Hal ini merupakan satu kejayaan yang menjadi kenangan terindah buat warga SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman.Pada tahun 2009,sekolah telah berjaya melahirkan dua orang perfect score dalam STPM dan seorang dalam peperiksaan SPM.Sesungguhnya,kejayaan ini memperlihatkan bahawa kualiti pembelajaran di sekolah ini semakin meningkat pada setiap tahun. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada mereka yang telah memperoleh kejayaan dalam bidang akademik.

Tidak lupa juga kepada kejayaan sekolah yang diperoleh kejayaan dalam temasya olahraga peringkat daerah dengan mendapt johan keseluruhan pada tahun 2008.Banyak atlet berbakat telah dilahirkan di SMKDMYS.

Sejarah sekolah semakin menampakkan sinar gemilangnya bertepatan dengan 25 tahun penubuhannya iaitu pada tahun 1984-2009. Sambutan 25 tahun Jubli Perak disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Semoga SMKDMYS terus unggul mempamerkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan melahirkan pelajar yang berguna.syabas kepada mereka yang menjadi penggerak usha mengembleng tenaga dalm menaikkan nama sekolah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Mohd Yunos Sulaiman

Pautan luar[sunting | sunting sumber]