Pontian
Daerah | |
![]() Daerah Pontian di Johor | |
Moto: | |
Lagu: Lagu Bangsa Johor لاڬو بڠسا جوهر (Johor State Anthem) | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Pontian |
Pusat Pentadbiran | Pontian Kechil |
Pihak Berkuasa Tempatan | Majlis Perbandaran Pontian |
Majlis Perbandaran | 31 Julai 2021 |
Kerajaan | |
• Pegawai Daerah | Haji Kamalludin bin Haji Jamal[1] |
Luas | |
• Jumlah | 1,346.99 batu persegi (919.9 km2) |
Penduduk (2010[2]) | |
• Jumlah | 155,541 |
Pontian ialah salah satu daerah di Johor, Malaysia. Ibu daerah Pontian ialah Pontian Kechil. Kebanyakan kawasan di sini adalah terdiri daripada Paya bakau. Menangkap ikan masih merupakan aktiviti utama penduduk di daerah ini. Ia ditadbir oleh Majlis Perbandaran Pontian.
Pontian diduduki oleh kaum Melayu yang berketurunan suku Melayu, Bugis dan Jawa. Melayu dan Bugis di kawasan pesisiran manakala Jawa di kawasan pedalaman. Kebanyakan Cina di Pontian adalah berketurunan Teochew.
Tanjung Piai terletak di Mukim Serkat, Pontian dan merupakan titik yang paling selatan di benua Asia.
Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]
Ahli Parlimen
No. | Kawasan DUN | Nama Ahli Parlimen | Mewakili Parti |
---|---|---|---|
P164 | Pontian | Datuk Ahmad Maslan | BN (UMNO) |
P165 | Tanjung Piai | Wee Jeck Seng | BN (MCA) |
Ahli Dewan Undangan Negeri
No. | Kawasan DUN | Nama ADUN | Mewakili Parti |
---|---|---|---|
N53 | Benut | Hasni Mohammad | BN-UMNO |
N54 | Pulai Sebatang | Taqiuddin Che Man | PH-Amanah |
N55 | Pekan Nanas | Yeo Tung Siong | PH-DAP |
N56 | Kukup | Othman Yusof | BN-UMNO |
Bandar & Pekan di Kawasan Daerah Pontian[sunting | sunting sumber]
- Pontian Besar
- Pekan Nenas
- Benut
- Sanglang
- Ayer Baloi
- Pulai Sebatang
- Api-api
- Rambah
- Rimba Terjun
- Kukup
- Penerok
Sebanyak 11 mukim di daerah Pontian. Berikut adalah mukim-mukim yang terdapat dalam daerah Pontian.
- Mukim Benut - Utara
- Mukim Sungai Pinggan - Utara
- Mukim Ayer Baloi - Utara
- Mukim Api-Api - Tengah
- Mukim Pontian - Tengah
- Mukim Jeram Batu - Timur
- Mukim Pengkalan Raja - Timur
- Mukim Rimba Terjun - Selatan
- Mukim Air Masin - Selatan
- Mukim Sungai Karang - Selatan
- Mukim Serkat - Selatan
Pontian boleh dihubungi melalui Lebuhraya Utara Selatan. Pengunjung dari arah utara boleh menggunakan susur keluar tol Simpang Renggam ataupun susur keluar tol Sedenak untuk ke Pontian.
Pontian juga boleh dihubungi melalui Lebuhraya Nusajaya dan Lebuhraya Iskandar Johor. Pengunjung dari arah Johor Bahru dan Gelang Patah boleh menggunakan susur keluar tol Perling atau Lima Kedai untuk ke Pontian.
Pontian tidak mempunyai perkhidmatan kereta api tetapi boleh berbuat demikian dengan menggunakan stesen terdekat KTM Kulai untuk berbuat demikian.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata ‘Perhentian’. Perhentian yang dimaksudkan itu ialah Sungai Pontian Besar iaitu tempat berteduh dari gelora Selat Melaka bagi kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang menyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar adalah tempat perhentian nelayan memunggah tangkapannya, sementara Pontian Kechil menjadi bandar utama bagi daerah Pontian.[3]
Pusat membeli-belah[sunting | sunting sumber]
Hospital dan Klinik Kesihatan[sunting | sunting sumber]
Hospital Pontian terletak di Daerah Pontian Kedudukan Hospital Pontian adalah di sebelah kiri Jalan Alsagoff jika dari arah Batu Pahat dan di sebelah kanan jika dari arah Johor Bahru. Bersebelahan dengan Hospital Pontian adalah Pejabat Kesihatan Daerah dan Klinik Pergigian Daerah Pontian.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ http://www.mdpontian.gov.my/ms/mdp/pengurusan/profil-ydp
- ^ [1]
- ^ "Asal-usul nama tempat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-04. Dicapai pada 2014-11-22.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pontian |