Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub
Ditubuhkan 1964
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua En. Nayan b. Mahmood
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Pn. Marina bt. Yaakob
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Mior Ibrahim b. Abdul Rahman
Penolong Kanan Kokurikulum En. Mustafa Kamal b. Mohd Yunus
Kod sekolah AEE8702
Lokasi  Malaysia Bota Kanan 32600, Bota, Perak Darul Ridzwan, Malaysia
Telefon 6053761626
Faks 6053763894


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub atau nama ringkasnya SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di pekan Bota Kanan, Negeri Perak. Sekolah ini terletak berhampiran dengan pejabat penghulu Bota Kanan dan perpustakaan Desa Bota Kanan dan terletak lebih kurang 37 kilometer dari Ipoh.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub memiliki 619 orang pelajar lelaki dan 706 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1325 orang. Ia mempunyai seramai 95 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada 1964 dengan Tn. Hj. Mohd. Nor b. Alang Harun sebagai pengetua pertama. Muridnya terdiri daripada murid-murid sekolah rendah di sekitar seperti Sekolah Kebangsaan Bota Kanan, Sekolah Kebangsaan Padang Tenggala, Sekolah Kebangsaan Padang Changkat, Sekolah Kebangsaan Telok Bakong dan beberapa sekolah lain. Murid-murid ini merupakan lepasan peperiksaan darjah enam yang terakhir pada masa itu. Mereka dikenali sebagai murid sekolah anika jurusan.

Pada awal tahun 1965, murid-murid baru dari sekolah rendah sekitarnya memulakan persekolahan mereka dan murid-murid sekolah anika jurusan dipindah ke Sekolah Menengah di Parit. Dari itu, bermulalah era Sekolah Menengah Rendah di Bota Kanan ini. Murid-murid ini meneruskan pendidikan dari sekolah Kebangsaan (Sekolah Rendah) tanpa melalui peperiksaan darjah enam.

Keinginan penduduk setempat untuk mendapatkan sebuah institusi pengajian tinggi di kawasan Bota Kanan telah wujud sejak negara ini dalam zaman penjajahan lagi. Hal ini kerana kebanyakan penduduk setempat tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke bandar bagi mendapatkan pendidikan yang baik dan sempurna di mana-mana sekolah Inggeris.

Di kawasan pekan Bota Kanan sememangnya tidak terdapat sekolah menengah. Oleh yang demikian, penduduk tempatan terpaksa menghantar anak mereka ke sekolah menengah yang hanya terdapat di pekan Parit iaitu Sekolah Menengah Iskandar Shah. Jarak perjalanan dari Bota Kanan ke Parit ialah 16 km. Memandangkan itu sahaja sekolah menengah yang ada ketika itu, ia menyebabkan Sekolah Menengah Iskandar menjadi tumpuan ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah walaupun jaraknya agak jauh. Pada masa itu, kemudahan pengangkutan amat kurang. Perjalanan ke Sekolah Menengah Iskandar Shah Parit menjadi satu kesulitan; yang mana terdapat pelajar-pelajar lelaki berbasikal di awal pagi.

Tapak sekolah tersebut dibeli oleh Kerajaan daripada seorang penduduk (Ketua Kampung) yang bernama Kulup Sohor bin Alang Lamit di awal tahun 1960-an. Tanah tersebut merupakan dusun durian keluarga tersebut.

Sekolah Menengah Rendah ini menyediakan dua aliran pendidikan iaitu Aliran Melayu terus ke tingkatan satu dan Aliran Inggeris dikenali sebagai 'Remove Class'. Terdapat 36 buah kelas yang disediakan.

Kakitangan[sunting | sunting sumber]

  • Guru Kanan Bahasa: Pn. Salina bt. Pandak Saaid
  • Guru Kanan Sains dan Matematik: Pn. Anom Hamimi bt. Azumu
  • Guru Kanan Teknik dan Vokasional: Pn. Rosilawati bt. Jaafar
  • Guru Kanan Kemanusiaan: Pn. Fasihah bt. Marsom

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub
Bota Kanan
32600, Bota
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6053761626
Faks = 6053763894

Pautan luar[sunting | sunting sumber]