Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Ya'kub

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian


"BERUSAHA DAN BERJAYA"[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Ya'kub
Logo SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub
Alamat
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Ya'kub yang terletak di Malaysia
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Ya'kub
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Ya'kub
Lokasi di Malaysia
Jalan Jasin, 77300 Merlimau, Melaka, Malaysia
Melaka
Malaysia
Koordinat2°9′30.3156″N 102°25′41.0304″E / 2.158421000°N 102.428064000°E / 2.158421000; 102.428064000
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoBerusaha dan Berjaya
(Strive for Success)
Autoriti pendidikanPPD Jasin
SesiPagi
Nombor sekolah06-2631407
Kod sekolahMEA1061
Pengerusi PIBGEn. Azlan bin Mokhtar
PengetuaEn. Baharin bin Selamat
JantinaLelaki dan Perempuan
Kelas ditawarkanPeralihan, Tingkatan 1-5 (Aliran Perdana, Aliran Agama)
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab
WarnaKuning, Merah, Biru
            
Faks06-2636019


Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Sekolah Dato' Abdul Rahman Ya'kub, Merlimau Melaka atau ringkasnya SMKDARY, merupakan sekolah aliran Melayu yang paling awal di Merlimau. Sejarahnya bermula pada bulan Januari 1965 dengan bilangan pelajarnya seramai 282 orang dan menumpang sementara di Sekolah Dang Anum yang terletak bersebelahan dengan sekolah ini. SMK Dang Anum pada masa itu merupakan Sekolah Menengah Aliran Inggeris. Mulai tahun 1968, SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub telah mendapat bangunannya sendiri dan keluasan sekolah ini dianggarkan 17 ekar. Pada awalnya, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Merlimau dan mulai 12 September 1969, sekolah ini ditukarkan namanya kepada Sekolah Dato' Abdul Rahman Ya'kub, sempena nama YB Dato' Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. Beliau merupakan tokoh yang merasmikan sekolah ini pada masa tersebut.

YB Dato' Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub

Perkembangan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sewaktu mula dibuka dalam tahun 1968, sekolah ini mempunyai 5 blok bangunan yang menempatkan bilik-bilik darjah, makmal sains, bengkel seni perusahaan, satu bangunan asrama, perpustakaan, pejabat dan kantin. Kekurangan bilik darjah dan kemudahan lain pada masa itu menyebabkan sekolah ini terpaksa mengadakan sesi pagi dan sesi petang.

Masalah ini telah diatasi pada tahun 1973, setelah mendapat satu blok bangunan tambahan yang telah didirikan bersama sebuah Dewan Besar. Pada tahun 1981 pula, sebuah dewan yang dikenali sebagai ASPURY telah dibina. Terdapat juga sebuah rumah pengetua didirikan dalam kawasan sekolah ini.

Sekolah Dato' Abdul Rahman Ya'kub merupakan sekolah lelaki dan perempuan sejak ditubuhkan sehinggalah sekarang. Sehingga tahun 1970 sekolah ini hanya menumpang murid-murid aliran sastera sahaja. Bermula pada tahun tersebut, satu kelas Tingkatan Empat Aliran Sains diwujudkan. Pada tahun 1978, sekolah ini telah menerima murid-murid Peralihan dari SRJK (C) dan SRJK (T) dari sekitar Merlimau. Dua kelas peralihan telah diwujudkan bagi menampung kira-kira 75 murid dari sekolah tersebut. Keputusan SPM yang semakin menggalakkan dari tahun ke tahun telah membolehkan sekolah ini mengadakan kelas Tingkatan Enam Sastera buat pertama kalinya pada tahun 1981. Kumpulan pertama seramai 33 orang pelajar Tingkatan Enam Sastera mula belajar dalam sebuah kelas pada bulan Mei. Pada tahun ini bilangannya telah bertambah menjadi 4 kelas.

Selari dengan penambahan bilangan pelajar. jumlah tenaga pengajar di sekolah ini juga turut bertambah dari tahun ke tahun. Sewaktu mula dibuka pada tahun 1968, sekolah ini hanya mempunyai 36 orang guru dan jumlahnya kini semakin meningkat kepada 111 orang. Sementara kakitangan sokongan pula telah meningkat daripada 5 pada tahun 1988 kepada 16 orang pada tahun 2018.

Pada tahun 1979, SMKDARY diberi kepercayaan oleh JPM melalui Unit Pendidikan Islam membuka kelas Aliran Agama (KAA). Sebanyak 2 buah kelas dibuka iaitu Tingkatan 1 Ali dan 1 Aisyah. KAA dibuka sehingga Tingkatan Tiga. Selepas itu pelajar boleh melanjutkan pelajaran dalam tingkatan 4 KAA di sekolah lain. Kini pelajar KAA tersebut boleh melanjutkan pelajaran ke Kelas Tingkatan 4 dan 5 Aliran Agama yang baru dibuka pada tahun 2010 yang dikenali sebagai Kelas Ibnu Sina.

Pada tahun 2001, SMKDARY telah mendapat satu blok bangunan 2 tingkat yang menempatkan dua bilik Makmal Komputer yang selesa memandangkan jumlah pelajar yang ramai. Pada tahun 2004, SMKDARY telah membuka aliran Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Seni Reka Tanda untuk pelajar lepasan PMR dan seterusnya membuka aliran MPV Penghawa Dingin dan Udara pula pada tahun 2008. Kedua-dua aliran ini dibawah Bidang Teknik & Vokasional. Pada tahun 2010, SMKDARY telah mendapat blok asrama baharu untuk pelajar perempuan dan rumah guru yang kini sudah siap diduduki.

Menjelang tahun 2018, pelajar-pelajar Tingkatan Enam telah berpindah ke SMK Tun Syed Zahiruddin bersama-sama guru-guru Tingkatan Enam. Maka kini jumlah kelas yang ada adalah sebanyak 52 dengan bilangan pelajar mencecah 961 orang beserta kekuatan guru seramai 111 orang bawah pimpinan pengetua baharu iaitu En. Baharin bin Selamat.

Barisan Pentadbir[sunting | sunting sumber]

Barisan Pentadbir SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub
Jawatan Nama Pentadbir
Pengetua En. Baharin bin Selamat
GPK Pentadbiran En. Abd. Karim bin Shaari
GPK Hal Ehwal Murid Tn. Hj. Yusri bin Mohamad
GPK Kokurikulum Pn. Hanifah binti Juraimi
GKMP Bahasa Pn. Hjh Habibah binti Akop
GKMP Sains & Matematik Pn. Hjh Noriah binti Sahari
GKMP Kemanusiaan Pn. Sabariah binti Sariff
GKMP Teknik & Vokasional Pn. Hjh Sunizah binti Jaihan

Warna Sekolah[sunting | sunting sumber]

Merah: Semangat menyala/membara/waja mencapai misi kurikulum dan kokurikulum.

Biru: Beretika, bersahsiah dalam jasmani, emosi, rohani. dan intelek.

Kuning: Mendaulatkan peraturan dan disiplin murid. Jusfikasi yang adil.

Simbol Sekolah[sunting | sunting sumber]

Obor: Pendidikan sebagai penyuluh hidup dan membakar semangat untuk mencapai kejayaan.

Gear, Jangka, Tabung Uji: Melambangkan teras bidang ilmu yang menjadi tunggak kecemerlangan insan.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Marilah kita belajar

Marilah mengejar cita

SDARY kitalah tempat belajar sedar

Ayuh kawan maju segera


Jangan malu jangan segan

Membela nusa dan bangsa

Tuntutlah ilmu segera

Penuhkan dada  

Berusaha dan berjaya


Mari segera aturkan barisan

Kita maju serentak

Majulah...Majulah...


Tetapkan hala tujumu

Tunjukkan kesetiaanmu

Ayuh maju serentak

Pantang Mundur sejejak

Ayuh kawan

Pastikan Berjaya

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

Slogan Sekolah[sunting | sunting sumber]

"SDARY Sehati Sevisi Generasi Sukses"

Etos Sekolah[sunting | sunting sumber]

"Melahirkan  Juara-juara Sukan dan Tokoh Badan Beruniform"

Piagam Sekolah[sunting | sunting sumber]

  1. Kami berjanji akan mendukung sepenuhnya kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  2. Menjamin untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu kepada semua pelajar SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub, tanpa mengira agama dan latar belakang keluarga.
  3. Kami berjanji memahami, memimbing dan memajukan bakat, minat dan potensi melalui perancangan kurikulum yang sempurna.
  4. Menjamin untuk mewujudkan iklim sekolah, yang harmoni sesuai dengan konsep sekolah dan masyarakat penyayang melalui kerjasama ibu bapa dan masyarakat setempat.

Rumah Sukan[sunting | sunting sumber]

     Tuah: Mengambil inspirasi dari kepahlawanan Hang Tuah
     Jebat: Mengambil inspirasi dari kepahlawanan Hang Jebat
     Nadim: Mengambil inspirasi dari kepahlawanan Laksamana Hang Nadim dan juga kebijaksanaan Hang Nadim
     Kasturi: Mengambil inspirasi dari kepahlawanan Hang Kasturi
     Lekir: Mengambil inspirasi dari kepahlawanan Hang Lekir
     Lekiu: Mengambil inspirasi dari kepahlawanan Hang Lekiu

Badan Beruniform[sunting | sunting sumber]

  1. Kadet Bomba
  2. Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan (Kadet JPJ)
  3. Pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia
  4. Kadet Remaja Sekolah (KRS)
  5. Silat
  6. Taekwando
  7. Pandu Puteri
  8. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)
  9. Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA)
  10. Pengakap Program Pendidikan Khas Integrasi (Pengakap PPKI)
  11. Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
  12. Pergerakan Puteri Islam Malaysia

Kelab dan Persatuan[sunting | sunting sumber]

  1. Kelab Keselamatan Jalan Raya
  2. Kelab Keusahawanan PPKI
  3. Kelab Koperasi Sekolah
  4. Kelab Nyanyian & Drama
  5. Kelab Pelancongan
  6. Kelab Quarter Master
  7. Kelab Rukun Negara
  8. Persatuan Bahasa Arab
  9. Persatuan Agama Islam
  10. Persatuan Bahasa Inggeris
  11. Persatuan PSV
  12. Persatuan Sivik & Moral

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Ya'kub
Jalan Jasin,
77300, Merlimau
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-2631407
Faks = 06-2636019

Alumni[sunting | sunting sumber]

  • YB Dr. Muhamad Akmal bin Saleh doktor pediatrik yang merupakan satu-satunya penterjemah rasmi Bahasa Rusia bagi media dalam pasukan penyiasat Malaysia untuk tragedi nahas pesawat penerbangan MH17 di Ukraine. Beliau juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Ketua Pemuda UMNO Jasin dan Ketua Pemuda UMNO Melaka
  • Datuk Rabuan bin Pit pemenang pingat emas dalam acara 100 Meter di Sukan Asia 1982
  • Datin Zamidah Hashim penulis rencana, puisi, cerpen, novel, skrip drama radio dan TV
  • Datuk Koh Chin Han pengerusi Malacca Port Authority Malaysia (MPAM), setiausaha perhubungan MCA Melaka

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]