Sekolah Menengah Kebangsaan Mukah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Mukah
Lokasi
 Malaysia Jalan Bestari, 96400, Mukah, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Berakhlak Beriltizam
Ditubuhkan1991
Nombor sekolah084873806
Kod sekolahYEA3402
PengetuaAbang Djohan bin Abang Isa
GPK Pentadbiran dan AkademikAbdul Rahman bin Sallehuddin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNoor Azam bin Abdul Rahman
Penolong Kanan KokurikulumBelum diisi
Faks084872134


Sekolah Menengah Kebangsaan Mukah atau nama ringkasnya SMK Mukah, ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Bestari, Mukah, Sarawak.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Mukah memiliki 758 pelajar lelaki dan 694 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1452 orang. Ia mempunyai seramai 82 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Mukah merupakan sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang ketiga di Mukah selepas SMK St. Patrick dan SMK Three Rivers. Selain itu, ia merupakan SMK yang terbaharu, paling moden, yang pertama dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan tempatan (SMK St. Patrick dibiayai oleh mubaligh Kristian dan SMK Three Rivers dibiayai oleh Rancangan Colombo pada abad ke-20 sehingga pengambilalihan kedua-dua sekolah oleh kerajaan pada awal 1990an) di bandar Mukah dan ketiga dari 10 di Parlimen Mukah . Sejarah sekolah adalah seperti berikut :


1991 - SMK Mukah dibina. Perlaksanaan ini disempurnakan oleh Triomac Engineering Sdn Bhd dan dibina oleh Sarahon Construction Sdn Bhd. Ia bertujuan untuk mengurangkan kesesakan pelajar di SMK St. Patrick dan SMK Three Rivers. Kedua-dua sekolah tersebut tidak mampu menampung jumlah pelajar yang terlalu ramai pada masa itu.


2001 - Sekolah tersebut siap dibina dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Turut hadir Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.


2002 - Sesi pertama dibuka. Pelajar belum melapor diri kerana menunggu senarai nama dari SMK St. Patrick. Seramai 19 guru belum melapor diri atas sebab tertentu. Senarai AKS belum disenaraikan.


2003 - 4 buah kelas tingkatan 1 & 2 dibuka. Seramai 238 pelajar telah melapor diri.


2004 - Mesyuarat staf pertama diadakan di Dewan Sri Utama. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran / Pemangku Pengetua, Anthony Poon Teck Huat bersama 7 guru yang telah melapor diri. Pelancaran logo dan lagu sekolah - Berilmu, Berakhlak, Beriltizam disempurnakan oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah Sibu, Ringgit @ Gawan ak Saut.

2019 - Tingkat tiga asrama lelaki terbakar. Ia melibatkan empat dormitori kosong. 168 penghuni asrama terselamat kerana kesemua mereka hanya berada di tingkat bawah. Jumlah kerugian dianggarkan lebih RM1 Juta.

2020 - Tingkat atas asrama yang terbakar telah dibaikpulih. Sekolah terpaksa ditutup akibat pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sesi persekolahan akan dibuka semula pada 24 Jun 2020, terhad kepada calon SPM sahaja. Pada 15 Julai 2020, Peralihan, PPKI dan tingkatan 1 Anggun - 4 Sains Harmoni kembali ke sekolah selepas 3 bulan bercuti.

2021 - Sekolah kembali dibuka, hanya untuk calon - calon SPM 2020. Peperiksaan itu bermula pada pertengahan Februari hingga Mac.

Selepas berakhirnya SPM, pelajar - pelajar lain, termasuk pelajar Tingkatan 1 yang baru (lahir 2008), memulakan sesi persekolahan pada April. Pada bulan Mei, ianya terpaksa ditutup sekali lagi akibat penularan wabak COVID-19 di institusi pendidikan. Sekolah terus ditutup ekoran pelaksanaan PKP 3.0 yang diisytiharkan pada bulan Jun.

2022-2023 - Sekolah beransur kembali kepada keadaan normal dan pendaftaran pelajar baru yang lahir pada tahun 2009 dan 2010 serta pelaksanaan ujian SPM 2021 yang berlangsung pada tahun 2022 dan SPM 2022 pada tahun 2023. Pada tahun 2022, kejohanan sukan tahunan sekolah kembali dipertandingkan setelah 2 tahun tertangguh akibat pandemik COVID-19.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi[sunting | sunting sumber]

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memnuhi aspirasi negara

Pengetua sekolah[sunting | sunting sumber]

  1. Anthony Poon Teck Huat (2003-2003)
  2. Esther Fong Hui Lan (2003-2004)
  3. Zakiah binti Abdul Hamid (2004-2012)
  4. Awet bin Gapor (2013-2014)
  5. Mohd. Shazwan bin Seun (2015-2020)
  6. Mastura binti Mohd. Mansor (2020-2023)
  7. Abang Djohan bin Abang Isa (2023-)

Logo sekolah[sunting | sunting sumber]

Molekul[sunting | sunting sumber]

Melambangkan keupayaan SMK Mukah memberi penekanan untuk melahirkan warga pelajar yang progresif dalam bidang sains dan teknologi.

Buku[sunting | sunting sumber]

Mencerminkan SMK Mukah sebagai pusaka ilmu pengetahuan yang berkualiti, berilmu dan berkemampuan menyumbangkan kepada keharmonian serta kesejahteraan dan kemakmuran.

Lingkaran kuning[sunting | sunting sumber]

Mewakili kecemerlangan dalam bidang ko-kurikulum yang tidak diabaikan bagi melengkapkan insan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seiring dengan bidang akademik.

Bulatan[sunting | sunting sumber]

Bulat melambangkan permuafakatan dalamm menuju era globalisasi. Kata sepakat dan kerjasama dapat dicapai kerana adanya permuafakatan dalam setiap warga sekolah kearah kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Terendak[sunting | sunting sumber]

Mewakili motif budaya setempat sebagai lambang kesejagatan dan pelindung serta menjamin warga SMK Mukah sentiasa berakhlak, berilmu, beriltizam, berbudaya dan berwawasan.

Hitam (Tradisi warisan budaya)[sunting | sunting sumber]

melambangkan tradisi warisan budaya masyarakat setempat. Kecekalan dalam menggembleng tenaga kearah memajukan pendidikan anak watan serta membentuk insan pelajar yang cemerlang dan berbudaya serta memenuhi pengisian wawasan sekolah.

Kuning (Kedaulatan)[sunting | sunting sumber]

Berpaksikan dengan prinsip rukun negara yang kedua iaitu 'KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA', warga SMK Mukah bertekad dalam menaikkan dan mengharumkan nama sekolah dalam apa jua bidang.

Merah (Kecekalan & kegigihan)[sunting | sunting sumber]

Demi kemajuan sekolah, pelajar SMK Mukah sanggup berjuang dengan berbekalkan kegigihan dan kecekalan hati biarpun mengharungi rintangan dan dugaan dalam apa jua bidang sama ada akakdemik mahupun ko-kurikulum, berbekalkan kegigihan, kejayaan matlamat sekolah.

Biru (Keharmonian & kesepaduan)[sunting | sunting sumber]

Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN), sekolah kita berhasrat untuk melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berkemampuan untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kehrmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara berlandaskan kepercayaan kerpada Tuhan.

Moto sekolah[sunting | sunting sumber]

Berilmu, Berakhlak, Beriltizam

Motto & Logo dicipta oleh: Abang Djohan Bin Abang Isa (2002)

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Berilmu, Berakhlak, Beriltizam

Kami putera-puteri harapan bangsa
Berihimpun di SMK Mukah
Menimba ilmu demi kemajuan
Berteras Rukun Negara
Berilmu, berakhlak, beriltizam
Membentuk insani cemerlang
Demi mencapai hasrat wawasan
Pasti kami mahkotakan
SMK Mukah indah namamu
Bakal melahirkan insan sempurna
Kreatif, inovatif, berbudaya
Itulah visi kami
Kreatif, inovatif, berbudaya
Itulah visi kami

Gubahan : Abang Djohan Bin Abang Isa
Lirik : Allahyarham Osman Bin Gumanti Yahya

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Mukah
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Mukah
96400, Mukah
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084-873806
Faks = 6084-872134

Pautan luar[sunting | sunting sumber]