Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1)
Lokasi
Jalan P11 J1, Presint 11,, 62300 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Berbudi
Nombor sekolah+603-88887100
Kod sekolahWEA2004
Pengerusi PIBGEn. Kharul Anuar b. Arsib
PengetuaDatin Siti Norbaya bt Mansur
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Sh Zukhaireen Shahabudin bt Syed Zulflida
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridDatin Mas'amah bt Ibrahim
Penolong Kanan KokurikulumPn. Salwa bt Mohd Taib
Faks+603-88888359
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Presint 11, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Putrajaya Presint 11(1) telah mula dibina pada bulan Oktober 2002 dan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran pada 3 November 2004. Sekolah ini telah mendapat CF (Sijil layak menduduki) pada 9 November 2004. Sekolah menengah yang keempat ditubuhkan di Putrajaya ini telah beroperasi pada 3 Januari 2005. Pada peringkat awal penubuhannya, bilangan pelajar adalah seramai 339 orang. Bilangan tenaga pengajar pula adalah seramai 45 orang termasuk 3 orang pentadbir. Pentadbir sekolah telah diterajui oleh Puan Sri Halimah Bt. Abdul Majid sebagai Pengetua dan Puan Rosnah Bt. Wan Ibrahim selaku Penolong Kanan Akademik dan En. Zaini B. Harun sebagai PK HEM dan Pn. Azizah Azid selaku Penolong Kanan Kokurikulum. Pada masa itu, hanya terdapat seorang Pembantu Tadbir dengan dibantu oleh seorang Pembantu Am Rendah dan seorang Pembantu Makmal.

Bangunan yang bercirikan reka bentuk kolonial ini dilengkapi dengan 50 bilik darjah. Keluasan kawasan sekolah ialah 4.5 hektar. Selain bangunan itu, sekolah ini turut dilengkapi 5 buah Makmal Komputer, Makmal Sains, Makmal Teknologi Kejuruteraan, Bilik Masakan, Bilik Jahitan, Bilik Akses Kendiri, Bilik Kokurikulum, 2 buah Surau untuk guru dan 1 Surau Utama, Dewan Utama, Lif, sebuah Bilik Pendidikan Seni Visual, Bilik Muzik, Bilik Karel, Pusat Sumber Elektronik, Bilik Multimedia, Bilik Kaunseling, Bilik Audio Visual dan beberapa kelengkapan lain.

Selain itu, keistimewaan sekolah ini ialah penawaran Kelas Pendidikan Khas dan merupakan satu-satunya sekolah di Putrajaya yang mempunyai program ini. Pada tahun 2006, bilangan pelajar telah meningkat kepada 554 orang yang terdiri daripada 6 kelas tingkatan 1, 6 kelas tingkatan 2, 3 kelas tingkatan 3, 3 kelas tingkatan 4, 2 kelas tingkatan 5 serta Kelas Pendidikan Khas. Sekolah ini juga merupakan satu-satunya sekolah di Putrajaya yang menawarkan Kelas Aliran Agama. Kelas ini dimulakan dengan 1 kelas tingkatan 1 dan 1 kelas tingkatan 2 pada tahun 2006.

Pada awal tahun 2007, sekolah mula menawarkan pelbagai aliran di tingkatan 4. Aliran Sains menawarkan subjek elektif iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Lukisan Kejuruteraan, Sains Tambahan, Prinsip Akaun dan Matematik Tambahan manakala aliran Sains Sosial menawarkan Pendidikan Seni Visual, Perdagangan, Ekonomi Asas dan Tasawwur Islam. Sekolah juga telah berjaya menubuhkan satu pasukan Orkestra Alat Tali pada awal 2007 dan persembahan sulung adalah pada hari PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang pada Mac 2007. Pada awal tahun 2010, sekolah telah menawarkan aliran Tingkatan 4 Sains KAA dan 1 kelas MPV Katering dan Penyajian manakala Tingkatan 1 Ibnu Hayyan diwujudkan mata pelajaran Seni Pendidikan Muzik.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

SMK Putrajaya Presint 11 (1),
Jalan P11 J1, Presint 11,
62300 Putrajaya.
Tel: +603-88887100
Faks: +603-88888359

Pautan luar[sunting | sunting sumber]