Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby
Lokasi
Jalan Deshon, 96000, Sibu,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoWaras dan Mulia
Nombor sekolah6084323419
Kod sekolahYEE3101
Pengerusi PIBGChristcharlynn binti Anthony
PengetuaTan Kok Aun
GPK Pentadbiran dan AkademikAzizah binti Pawi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridStephen Ting Tieu Hock
Penolong Kanan KokurikulumJudy anak Hillary Chukan
Faks6084319578
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby atau nama ringkasnya SMK Rosli Dhoby, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Deshon. Nama asal sekolah ini ialah Sibu Town School pada tahun 1975.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby memiliki 571 pelajar lelaki dan 602 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1173 orang. Ia mempunyai seramai 98 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rosli Dhoby

Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby dinamakan sempena seorang pejuang kemerdekaan Sarawak, Rosli Dhoby. Pada waktu penubuhannya pada tahun 1973, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kerajaan Bandar Sibu yang menumpang di bangunan SMB Tung Hua. Pada tahun 1974, bangunan baharu sekolah telah dibina bersebelahan Kolej Vokasional Sibu dan dirasmikan olek Menteri Pendidikan pada waktu itu, Mahathir Mohamad pada tahun 1975. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di sekolah-sekolah menengah yang lain serta masa perjalanan dari kawasan Jalan Deshon. Oleh itu, sekolah tersebut mempunyai bangunan sendiri. Bersempena dengan majlis perasmian itu, kumpulan pertama pelajar telah melapor diri dan perhimpunan pertama telah diadakan. Kebanyakan bangunan yang dibina adalah daripada kayu dan simen. Pada tahun 2017, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sibu mengesahkan bahawa beberapa bangunan sekolah ketika ini, termasuk asrama lelaki, kelas tingkatan 5 dan 6, serta kelas Ekonomi Rumah Tangga (ERT), tidak selamat untuk digunakan kerana ianya diperbuat daripada kayu selain sesetengah struktur bangunan telah reput dimakan anai-anai. Maka, bangunan itu diletakkan dalam status berisiko tinggi kerana boleh runtuh pada bila - bila masa.

Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan memperuntukkan lebih RM1 juta untuk menggantikan bangunan usang dengan bangunan baru yang keseluruhannya diperbuat daripada simen agar sesi pembelajaran lebih tenang tanpa sebarang masalah. Sebuah kontraktor dari Kuching, Prasarana Sempurna Sdn Bhd, dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek tersebut yang dijadualkan siap pada lewat 2022.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby
Jalan Deshon
96000, Sibu
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084323419
Fax = 6084319578

Pautan luar[sunting | sunting sumber]