Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang, Perlis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang
Lokasi
Kampong Rama, 02800, Simpang Empat,, Perlis Indera Kayangan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6049809316
Kod sekolahREA0079 [1]
Faks6049805816
Laman sesawang
Map

Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang atau nama ringkasnya SMK Sanglang, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampong Rama.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang memiliki 219 pelajar lelaki dan 188 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 407 orang. Ia mempunyai seramai 46 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang memulakan sesi persekolahannya pada Disember 1991 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Sanglang, Perlis. Ia dibuka dengan tujuan untuk memberi kemudahan kepada para pelajar di sekitar kawasan Sanglang yang selama ini terpaksa menyambung pelajaran menengah mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi, Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang, Kedah dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam, Kedah.

Bilangan tenaga pengajar pada sesi 91/92 ialah 11 orang guru. Bilangan pelajar pada tahun itu ialah 79 orang. Pada 6 Julai 1996 pelajar SMK Sanglang telah berpindah ke bangunan baru yang dibina atas tapak seluas 4.2 hektar. Mulai sesi 1997 juga sekolah ini membuka kelas empat aliran teknikal. Kumpulan pertama yang mengambil peperiksaan SPM di sekolah ini ialah pada tahun 1997 iaitu seramai 65 orang.

Pada 26 Jun 1998 bersamaan 2 Rabiulawal 1419H, pembukaan SMK Sanglang telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak ( Menteri Pendidikan Malaysia)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang
Kampong Rama
02800, Simpang Empat
Perlis, Malaysia
Telefon = 6049809316
Fax = 6049805816

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]