Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin
Lokasi
Jalan Besar Pekan Manong, 33800, Manong,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan, SMK
Nombor sekolah6057438000
Kod sekolahAEE4079
PengetuaEn. Hamidun Bin Hj. Abdullah ACM,AMP
Faks6057438002


Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin atau nama ringkasnya SMK Sultan Tajul Ariffin, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Besar Pekan Manong.

Pada 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin memiliki 295 pelajar lelaki dan 310 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 605 orang. Ia mempunyai seramai 62 orang guru.2009

Kini, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin mempunyai murid seramai 439 orang dengan 60 orang guru dan 13 Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin (SMKSTA), Manong, Perak, satu-satunya sekolah menengah di Mukim Senggang, Kuala Kangsar, Perak, bermula dengan sistem pendidikan aneka jurusan pada Januari 1965. Pelajarnya ketika itu berjumlah 154 orang dengan gurunya sebanyak 7 orang termasuk pengetuanya yang pertama, iaitu Encik Zakaria bin Yassin. Kelasnya terdiri daripada 3 kelas Tingkatan 1 aliran bahasa Melayu dan 1 kelas peralihan aliran bahasa Inggeris yang ditempatkan sementara di Sekolah Kebangsaan Manong. Pelajar sekolah ini terdiri daripada murid lepasan Darjah 6 dari SK dalam Mukim Senggang, iaitu Sekolah Kebangsaan Ulu Kenas, Sekolah Kebangsaan Kuala Kenas, Sekolah Kebangsaan Lempor, Sekolah Kebangsaan Jeliang, Sekolah Kebangsaan Ara Panjang, Sekolah Kebangsaan Ulu Piol, Sekolah Kebangsaan Manong dan Sekolah Kebangsaan Bekor.

Pembinaan bangunan SMKSTA (blok A dan blok B) bermula pada tahun 1966 dan siap pada tahun 1967. Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 dipindahkan ke bangunan baharu dengan nama Sekolah Menengah Rendah Manong, Kuala Kangsar, Perak. Kumpulan pertama Tingkatan 3 mula menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1967 dengan keputusan yang cemerlang apabila seorang pelajar telah berjaya memperoleh 6 agregat. Pelajar lelaki yang berjaya dalam SRP dan LCE menyambung pelajaran Tingkatan 4 ke Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar manakala pelajar perempuan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom (Government English Girl's School), Kuala Kangsar.

Tingkatan 4 aliran sastera di sekolah ini bermula pada tahun 1969 apabila bangunan blok C siap. Pada tahun 1970, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Sultan Tajul Ariffin (SEMESTA). Tingkatan 4 aliran sains pula ditubuhkan pada tahun 1975. Pembangunan sekolah ini diteruskan dengan pembinaan bangunan blok D (1978), blok E, blok F, blok G dan Dewan Besar (2010).

Pengetua sekolah ini terdiri daripada: Encik Abdul Shukor bin Abdullah (1971, ke-2), Encik Azidin bin Mahmud (1973, ke-3), Encik Shaharuddin bin Ahmad Kamal (1976, ke-4), Encik Ahmad Bashah bin Hj. Hashim (1983, ke-5), Pn. Hjh. Zawiyah binti Ahmed (1991, ke-6), Tn. Hj. Kamaruddin bin Abd. Ghani (1993, ke-7), Encik Zainal Abidin bin Manas (1997, ke-8), Tn. Hj. Mohd. Isa bin Yop Hamzah (1998, ke-10), Encik Azam bin Mahmod (ke-11), Pn. Hjh. Norliah binti Mohd. Lazim (ke-12), Tn. Hj. Mohd. Kamil bin Ab. Rahman (2009, ke-13) dan Tn. Hj. Shamsuddin bin Md. Zainal Abidin (2011 hingga kini)

Pencapaian Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

  • Naib Johan Pertandingan Inovasi Kelab Persatuan 2014 (Layak bersama Johan ke peringkat kebangsaan)
  • Ketiga Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014
  • Top 5 Not Quite Right Short Film Competition 2014
  • Naib Johan Pertandingan Kemahiran Kadet Pertahanan Awam Peringkat Negeri Perak 2013
  • 2 tempat saguhati dalam Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013
  • Johan Pertandingan Tandas Bersih Peringkat Negeri Perak 2013
  • Anugerah Pilihan Juri dalam Not Quite Right Short Film Competition 2013
  • Seorang pelajar terpilih mewakili negeri dalam Perkhemahan KRS Kebangsaan 2013
  • Tempat pertama dan ketiga kategori filem pendek Karnival Media Kreatif Kperak 2012
  • Juara pertandingan video 'ICT Duniaku' 2012

Alamat[sunting | sunting sumber]

SMK Sultan Tajul Ariffin
33800 Manong
Perak,  Malaysia
Telefon = 6057438000
Fax = 6057438002
Email = aee4079@1bestarinet.yes.my

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]