Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga, Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga
Lokasi
Jalan Tan Jit Seng, 11200, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerjasa
Nombor sekolah6048908377
Kod sekolahPEE1092
Pengerusi PIBGEncik Abdul Wahab Bin Tahir
PengetuaHaji Azman Bin Lot
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Chew Siew Ghee
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridCik Ding Mooi Choi
Penolong Kanan KokurikulumCik Rosmah Bt Mansor
Faks6048902927


Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga atau nama ringkasnya SMK Tanjong Bunga, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Tan Jit Seng.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga memiliki 263 orang pelajar orang pernah bersekolah di sini

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah SMK Tanjong Bunga ditubuhkan pada tahun 1967. Berikut ialah sejarah sekolah ini yang lebih lanjut.

Pada tahun 1965, En. G. L Johnson dilantik menjadi guru besar yang pertama dengan tiga kelas tingkatan peralihan dan dua kelas tingkatan satu yang menumpang bangunan Sekolah Rendah Tanjong Bunga pada sebelah petang.

Pada tahun 1968, sekolah ini telah didaftarkan dengan dua buah sekolah, iaitu Sekolah Kebangsaan Tanjong Bunga dan Tanjong Bunga English School (Secondary). Pada tahun yang sama, sekolah ini telah mendapat dua buah blok bangunan sendiri dan mula beroperasi dengan nama Sekolah Menengah Tanjong Bunga. Perasmian dilakukan oleh Tan Sri Mohd Khir Johari, iaitu Menteri Pelajaran waktu itu. Sebuah blok tambahan yang mengandungi perpustakaan, bilik-bilik darjah dan makmal sains dibina bagi menampung bilangan pelajar yang semakin ramai. Memandangkan bangunan yang sedia ada tidak terdaya untuk menampung para pelajar, maka sebuah lagi blok, iaitu Blok Sri Anggun dibina kemudiannya.

Pada tahun 1990 melalui usaha PIBG dan JKKK Tanjong Bunga, sekolah ini mendapat sebuah surau bagi kemudahan pelajar-pelajar Islam. Beberapa buah gelanggang permainan dan gelanggang serba guna juga berjaya disediakan oleh pihak sekolah.

Pada tahun 1991, sekolah ini telah mengambil alih bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Tanjong Bunga yang kemudiannya diberi nama Blok Sri Diwangsa. Pengambilalihan ini memungkinkan pengoperasian sekolah satu sesi.

Pada tahun 1997, YAB Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Ketua Menteri Pulau Pinang, merangkap ADUN kawasan Tanjong Bungah telah merasmikan Bilik Multimedia dan Makmal Komputer SMTB. Koperasi sekolah didaftarkan dengan anggota seramai seratus lima belas orang. Jawatankuasa Jualan dan Pengurusan Kedai turut ditubuhkan.

Pada tahun 1999, kedai swasta di sekolah telah diambil alih oleh Koperasi Sekolah. Pusat Sumber telah dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Pusat Sumber Utama yang dimuatkan bahan pembelajaran dan pengajaran serta Bengkel Pusat Sumber.

Pada tahun 2000, pihak sekolah telah melengkapkan Pusat sumber dengan sebuah komputer dan alat pencetak bagi meringankan tugas guru. Sekolah telah dipilih sebagai Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang, kategori Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar.

Pada tahun 2001, pintu pagar dan tembok sekolah dibaiki di samping dibina sebuah pondok pengawal keselamatan di pintu masuk utama sekolah.

Pada tahun 2002, sebuah bangunan baharu yang terdiri daripada sebuah makmal sains, dewan serba guna, bangunan pentadbiran dan kawasan meletak motosikal mula dibina. Padang sekolah turut diberi wajah baru. Bilik makan guru yang berasingan daripada pelajar juga dibina. Lagu sekolah iaitu “Bintang Harapan” dicipta dengan lirik ditulis oleh Pn Nancy Teng, En Teh Yew Teik dan En Chew Siew Ghee.

Pada tahun 2003, tapak perhimpunan diberikan nama Dataran Sri Tanjung oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Shafie b. Hashim. Pejabat pentadbiran baru mula digunakan. Dua buah makmal komputer baru juga diubahsuaikan.

Pada tahun 2004, nama rumah sukan telah berubah; Rumah Jati (Kuning), Rumah Cengal (Hijau), Rumah Merbau (Biru) dan Rumah Meranti (Merah). SMKTB buat pertama kali mempunyai bilik gerakan untuk guru-guru bermesyuarat. Pelajar Tingkatan 4 ditawarkan mata pelajaran vokasional “Hiasan Dalaman”.

Pada tahun 2005, Ikrar sekolah digubalkan. Bilik guru dipasang pendingin air.Tempat letak berbumbung siap dipakai oleh pentadbir-pentadbir sekolah.

Pada tahun 2006, PIBG memberi sumbangan pendingin air kepada pelajar untuk menjamin kesihatan pelajar. Kakitangan sekolah mula menggunakan mesin penebuk kad untuk merakamkan waktu masuk setiap hari bekerja. Sistem Automasi Pengurusan Perpustakaan dimulakan dengan menggunakan komputer sumbangan daripada PIBG SMKTB. SMK Tanjong Bunga adalah antara 40 buah sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang yang terpilih terlibat dalam perlaksanaan Program Pembestarian Sekolah bagi tahun 2006 oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada tahun 2007, Pusat Akses telah diwujudkan.

Sekolah ini mempunyai program Pendidikan Khas Integrasi

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2023....

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga
Jalan Tan Jit Seng
11200, Tanjung Tokong
Pulau Pinang,  Malaysia
Telefon = +6-04-8908377
Faks = +6-04-8902927

Pautan luar[sunting | sunting sumber]