Tanjung Bungah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar Tanjong Bungah
بندر تانجوڠ بوڠه
Pp-crest.jpg
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Pulau Pinang
Daerah Daerah Timur Laut
Mukim Bandar Tanjong Bungah
Keluasan N/A

Tanjung Bungah merupakan sebuah bandar bukit dan bandar pantai satelit George Town di Pulau Pinang, Malaysia. Ia terletak 10 km dari George Town dan di bahagian utara Bandaraya Georgetown. Ia juga merupakan salah satu daripada banyak bandar seperti Batu Ferringhi yang memiliki daya tarikan pelancongan yang popular. Terdapat banyak hotel yang mana ia lebih murah berbanding di Batu Ferringhi, terletak di Tanjung Bungah. Ia juga merupakan salah satu daripada banyak tempat yang mengecapi pembangunan yang pesat, terutama memiliki apartmen dan kondominium kelas sederhana dan tinggi. Kampus Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) cawangan George Town, Pulau Pinang terletak di bandar ini.

Tanjung Bungah juga kaya dengan rumah mewah di Pulau Pinang. Di sini juga macam Hong Kong dekat Ocean Park sana ada rumah yang berhadapan dengan gunung dan laut di depan. Tanjung Bungah Beach Hotel merupakan hotel pertama dekat sini menyokong Tanjung Bungah. Hotel lain yang besar tinggi di sini ialah Paradise Sandy Beach Resort dan Crown Hotel.

Gurney Plaza, Island Plaza, dan Penang City Mall juga terletak dekat Tanjung Bungah ini.

Pantai Tanjung Bungah merupakan pantai pertama tiba di Pulau Pinang.