Sekolah Tinggi Kota Kinabalu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Tinggi Kota Kinabalu
Lokasi
Kota Kinabalu,  Sabah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kerajaan
Nombor sekolah+(60-88) 211-788
Faks+(60-88) 219-373
Laman sesawang
Map


Sekolah Tinggi Kota Kinabalu , merupakan sebuah Sekolah menengah yang terletak di Kota Kinabalu,  Sabah, Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Tinggi Kota Kinabalu (STKK) diasaskan pada tahun 1949, merupakan sekolah yang awal ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua. Pengasas sekolah ini terdiri daripada Datuk Wong Tze Fatt dan sekumpulan masyarakat Cina yang amat memandang berat terhadap sistem pendidikan. Pada awalnya sekolah ini merupakan sekolah aliran Cina sepenuhuya. Setelah melalui pelbagai proses perkembangan dan sokongan padu daripada masyarakat tempatan serta kerjasama daripada kerajaan, akhirnya sekolah ini wujud sebagai sebuah sekolah beraliran kebangsaan yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar yang pelbagai kaum dan etnik.

Sepuluh tahun kemudian satu blok bangunan yang bertingkat tiga, perpustakaan dan makmal sains telah dibina. Pada tahun 1960, sekolah ini telah dinamakan "Jesselton Middle School" dan ditukar nama menjadi Kota Kinabalu High School pada tuhan 1968. Yang Berthormat Datuk Lim Guan Sing, Menteri Pembangunan Pertanian dan Perikanan Sabah telah merasmikan perletakan Batu Asas Bangunan STKK setelah mendapat peruntukan seluas lapan belas ekar tanah daripada pihak Kerajaan Negeri Sabah di Penampang pada tahun 1985.

Dua tahun kemudian, Datuk Chau Tet Onn telah merasmikan upacara pembukaan STKK yang bertempat di Penampang. Pada tahun 1993, sekolah ini telah dinaikkan taraf daripada sekolah gred B ke sekolah gred A. Atas usaha ahli-ahli lembaga sekolah, guru-guru dan pelajar, dewan sekolah berjaya didirikan dan dirasmikan pembukaannya oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Mohd Salleh Tun Haji Mohd Said. Di samping itu, bengkel kemahiran hidup turut dibina pada tahun 1997.

Menjelang alaf baru, STKK telah menukarkan sesi persekolahan daripada dua sesi kepada satu sesi sahaja mulai 5 Jun 2000 dan blok bangunan baru telah digunakan secara rasminya.Blok tandas baru pelajar telah dibina dan mula digunakan pada bulan Jun 2001. Pada tahun 2001, sekolah telah berjaya mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Pendidikan untuk membuka kelas tingkatan enam rendah aliran sastera dan sehingga kini, kelas ini dijalankan dengan lancarnya atas kerjasama semua guru.

Sehingga kini STKK mempunyai bilangan pelajar seramai 1,700 orang, 86 orang guru dan seramai 12 orang kakitangan bukan mengajar. Untuk menampung jumlah pelajar yang ramai, sekolah ini mempunyai 38 bilik darjah , 2 bilik komputer , sebuah bilik bacaan tingkatan enam, 6 makmal sains , 3 bengkel, perpustakaan, dewan serbaguna sekolah, asrama guru dan kakitangan bukan mengajar.

Kini, misi yang ingin direalisasikan ialah menubuhkan pusat pendidikan berteraskan Teknologi Maklumat sepenuhnya. Pengisian-pengisian yang akan diaplikasikan ialah penubuhan perpustakaan yang dilengkapi multimedia , dewan kuliah, bilik seminar dan bilik gerakan pelajar.

Semoga dengan adanya penubuhan ini dan disertai dengan kelengkapan yang berasaskan maklumat IT maka hasrat untuk menjadikan STKK sebagai sebuah institusi pendidikan yang berstatus pra universiti akan tercapai.

Rujukan[sunting | sunting sumber]