Sel otot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Sel otot atau miosit ialah sel yang membentuk tisu otot. Istilah "miosit" lazimnya digunakan bagi sel otot jantung (kardiomiosit) atau sel otot licin memandangkan kedua-dua ini merupakan sel yang kecil.[1] Sementara itu, sel otot rangka pula berbentuk gentian dengan banyak nukleus sel, dan dianggap sebagai "gentian".[1] Sel-sel otot terbit daripada mioblas yang berkembang daripada sel pelopor embrio.[2]

Mioblas bergabung untuk membentuk sel otot rangka dengan banyak nukleus yang dikenali sebagai sinsitium dalam proses miogenesis.[3][4] Sel otot rangka dan jantung memiliki miofibril dan sarkomer, dan membentuk suatu tisu otot berjalur.[5]

Sel otot jantung pula membentuk otot jantung di dinding-dinding ruang jantung, dan memiliki satu nukleus terpusat tunggal.[6] Sel otot jantung bersambung dengan sel-sel lain melalui cakera selit lalu membentuk suatu gentian (gentian otot jantung).[7]

Sel otot licin pula memiliki satu nukleus, dan mengawal gerakan tak dikawal seperti peristalsis di esofagus dan perut. Sel ini tidak memiliki miofibril serta sarkomer, dan oleh itu, tidak berjalur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Saladin, Kenneth S. (2011). Human anatomy (ed. ketiga). New York: McGraw-Hill. m/s. 72–73. ISBN 9780071222075.
  2. ^ Myocytes dalam Tajuk Subjek Perubatan (MeSH) di Perpustakaan Perubatan Negara AS
  3. ^ Scott, W; Stevens, J; Binder-Macleod, SA (2001). "Human skeletal muscle fiber type classifications". Physical Therapy. 81 (11): 1810–1816. doi:10.1093/ptj/81.11.1810. PMID 11694174. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-13.
  4. ^ "Does anyone know why skeletal muscle fibers have peripheral nuclei, but the cardiomyocytes not? What are the functional advantages?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-19.
  5. ^ Betts, J. Gordon; Young, Kelly A.; Wise, James A.; Johnson, Eddie; Poe, Brandon; Kruse, Dean H.; Korol, Oksana; Johnson, Jody E.; Womble, Mark; Desaix, Peter (6 Mac 2013). "Cardiac muscle tissue". Dicapai pada 3 Mei 2021. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  6. ^ "Muscle tissues". Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2015. Dicapai pada 29 September 2015.
  7. ^ "Atrial structure, fibres and conduction" (PDF). Dicapai pada 5 Jun 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Media berkenaan Sel otot di Wikimedia Commons