Selimut api

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selimut api digunakan dalam kebakaran.

Selimut api (Jawi: سليموت اڤي) ialah peralatan keselamatan berupa selimut yang diperbuat daripada bahan kalis api.[1] Ia direka untuk menutupi api dan menghalang oksigen daripada masuk ke bawah selimut sehinggalah ia menyebabkan api terpadam.[2] Selimut api merupakan selimut yang tidak mudah terbakar dengan saiz yang berbeza, tetapi secara umumnya, selimut api mempunyai panjang 1.2 meter hingga 1.8 meter lebih.

Pada masa lalu, selimut api terbuat daripada kain dengan rawatan tahan api, tetapi, kini kebanyakannya terbuat daripada gentian kaca atau kadang-kadang juga kevlar. Bahan gentian kaca dipilih kerana ia ialah penebat haba serta tahan api. Selimut api sesuai untuk memadamkan kebakaran dan mencegah untuk api berkembang menjadi api yang besar, sehingga dapat digunakan sebagai sejenis peralatan perlindungan kebakaran dan diletakkan di dapur atau makmal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fire extinguishers and fire blankets, Diarkibkan 2014-11-03 di Wayback Machine, Nottinghamshire Fire and Rescue Service.
  2. ^ Vengadesh Periasamy; Noraini binti Abdullah; Fauziah binti Mo'men (2016). Nadiatulaini binti Azenan; Chan Chon Wah (penyunting). Buku Teks Sains Tingkatan 1 (KSSM). Karangkraf Network Sdn. Bhd. m/s. 207.