Senarai watak Di-Gata Defenders

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berikut merupakan senarai watak utama siri animasi Di-Gata Defenders.

Enam watak utama[sunting | sunting sumber]

  • Seth (suara latar:Noah Cappe)

Seth adalah ketua Defenders. Seorang yang mahir, yakin, kreatif dan tegas, tetapi mudah hilang sabar dan keras kepala. Dia suka makan dan mudah loya kerana perutnya yang lemah. Dia mengawal Batu Nova milik ayahnya. Sebagai ketua, dia harus berwaspada terhadap orang di sekeliling, terutamanya Kali.

Secara diam-diam, dia suka dengan Melosa. Dia terkejut apabila mendapat tahu yang Atagor-an ingin melamar Melosa. Dalam 3 episod, dia bertemu dengan Finn, Sygney dan Geo. Akhir episod, mereka ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang berita.

Seth banyak menerima perubahan fizikal. Misalnya, serangan Omniaxor sebabkan dia bersatu dengan Kragus, yang menawarkan kuasa luar biasa dan perisai untuk melindungi dirinya. Kelemahannya, dia cepat marah. Lengan kanan, bahu dan muka menjadi batu akibat penyatuan itu. Akhirnya,dia dipisahkan daripada Kragus oleh pemilik Megalith (seorang wanita).

Omniaxor bersatu dengan Kragus membentuk OmniKragg. Seth kemudiannya sakit di tangan kanan sebab batu Lady K'tahsh berada di dalam. Brackus terpaksa mengorbankan lengan Seth menggunakan Kebinasaaan Infinis untuk memisahkan batu itu. Oleh itu, Erik memasang lengan robotik pada Seth. Infinimatter telah mengubah pemikirannya dan hampir memusnahkan bandar Arboth, tetapi dapat diselamatkan dengan memberi tenaga untuk mendapatkan lengannya dan bandar itu kembali normal.

Untuk menebus kesalahannya, Di-Gata Defenders dihentikan buat sementara waktu. Namun,atas sokongan Aaron, Rion dan rakan-rakan lain, Defenders diteruskan dan dia sedar yang keputusannya itu salah. Dia menjadi ketua buat kali ke-2.

Seth menerima lengan mekanikal yang berfungsi sebagai meriam dan peluru berpandu serta sarung tangan yang lebar di bahagian lengan untuk melawan musuh. Teras kuasa Dojo mereka selamat dari dimusnahkan oleh Kali. Seth dapat kembali kuasanya untuk bersatu dengan Omniaxor agar kuasa fizikal dapat ditingkatkan.

Dia mahir kendalikan Dako dan Nega. Ia melibatkan serangan kuasa gelap. Kragus adalah gergasi berasaskan batu, menyerap batu ke badan sendiri dan meniru ciri-ciri itu. Penjaga asalnya ialah OmniKragg (Kragus + Omniaxor). Dia diberi sesuatu milik Aaron yang berfungsi seperti kunci dan buku sejarah. Sekali lagi, dia bersatu dengan penjaganya.

  • Kara (suara latar oleh Stephanie Beard)

Kara seorang Defenders yang termuda, paling berkuasa tetapi kurang mahir seperti yang lain serta tabah dan bersahaja. Abangnya, Erik selalu ambil berat terhadap dirinya.Dia tahu jaga diri sebenarnya.

Dia memakai but sibernetik yang dibuat oleh Erik kerana dia sukar berjalan secara normal. Dengan but itu, dia dapat melompat lebih tinggi dan menyeimbangkan diri dengan baik. Tetapi ia tidak boleh dekat dengan alat elektronik. Di bawah butnya, dia memakai stoking yang menyerupai jika-tabi.

Tubuh Kara sesuai untuk salurkan kuasa tenaga Sigil dan serap kuasa yang banyak.Ini dikaji oleh King Magnun...

  • Melosa (Mel)

Akan datang

  • Erik

Akan datang

  • Rion

Akan datang

  • Adam

Akan datang