Sepupu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Istilah sepupu digunakan bagi menunjukkan perhubungan antara seseorang itu dengan anak kepada bapa/ibu saudaranya. Dengan kata lain, anak-anak kepada dua (atau lebih) orang yang bersaudara. 'Bersaudara' bermaksud mempunyai ibu dan/atau bapa yang sama. Sebagai contoh, 'A' ialah abang/adik/kakak kepada 'B'. Maka anak-anak 'A' dan anak-anak 'B' ialah saudara sepupu. Keadaan ini juga bermakna anak-anak 'A' dan 'B' mempunyai datuk dan nenek yang sama. Menurut Islam, pernikahan antara pasangan yang mempunyai hubungan sepupu adalah dibenarkan tetapi tidak digalakkan. Dalam adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau ditetapkan pasangan sepupu yang mempunyai suku yang sama tidak dibenarkan berkahwin antara satu sama lain.


Jika Anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.