Serangan kamikaze di Texas 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Serangan kamikaze di Austin 2010
Photograph of a building with smoke coming from it
Panorama bangunan sehari selepas serangan
Map
Lokasi9430 Research Boulevard
Austin, Texas, Amerika Syarikat
Koordinat30°23′6″N 97°44′37″W / 30.38500°N 97.74361°W / 30.38500; -97.74361Koordinat: 30°23′6″N 97°44′37″W / 30.38500°N 97.74361°W / 30.38500; -97.74361
Tarikh18 Februari 2010
9:56 tempatan (15:56 UTC) (UTC-6)
SasaranPejabat Internal Revenue Service di Austin, Texas
Jenis serangan
Serangan berani mati
SenjataPesawat kepak kaku
Kematian2 (Vernon Hunter and Andrew Joseph Stack)[1]
Tercedera13[2]
MangsaVernon Hunter
PelakuAndrew Joseph Stack III
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Serangan kapal terbang di Austin berlaku apabila Joseph Andrews Stack merempuh sebuah kompleks pejabat dengan kapal terbangnya di Austin, Texas, Amerika Syarikat pada 18 Februari 2010 jam 9.56 pagi. Kira-kira 200 orang bekerja di bangunan itu. Serangan kamikaze itu diklasifikasi sebagai serangan bunuh diri individu, bukan serangan kumpulan pengganas.

Pesawat Cessna Piper Cherokee itu merempuh tingkat dua bangunan tujuh tingkat tersebut yang menempatkan Pejabat Hasil Dalam Negeri Texas. Letupan kuat berlaku dan membunuh 2 orang.[1] 13 orang cedera.[2] Ramai yang terpaksa menyelamatkan diri melalui tingkap kerana asap hitam berkepul-kepul. Ahli Kongres AS, Michael McCaul menyatakan seluruh bangunan ranap. Jurucakap White House, Robert Gibbs menyifatkan insiden ini sebagai keganasan domestik sahaja (tempatan).

Tentera Amerika Syarikat menghantar dua pesawat pejuang F-16 untuk memastikan keselamatan ruang udara. Keadaan ini hampir sama seperti ketika serangan 11 September 2001 (9/11).

Punca[sunting | sunting sumber]

Stack (lahir 1956 - 19 Februari 2010) baru sahaja pindah ke San Marcos, Austin dari Los Angeles. Dia telah membakar rumahnya sendiri sebelum itu. Stack menuduh kerajaan AS mengamalkan sistem cukai tidak adil yang telah memusnahkan kehidupannya. IRS telah merosakkan tabung pencennya selama ini dan oleh itu berhadapan kesulitan kewangan. 3.000 e-mel menuntut agar kata-kata Stack diumumkan sepenuhnya tanpa sebarang tapisan.

"I know I'm hardly the first one to decide I have had all I can stand." The six-page manifesto, which you'll find below, is dated "2/18/10" and is signed "Joe Stack (1956-2010)."
"Well Mr. Big Brother IRS man... take my pound of flesh and sleep well."[3]

Dia merupakan jurutera perisian komputer .Joseph Stack meninggalkan nota bunuh diri di Internet yang menyatakan rasa amat tidak puas hatinya terhadap pihak berkuasa percukaian AS. Raman pengunjung laman Facebook memuji tindakan stack sebagai patriot rakyat menuntut keadilan cukai.

Ketua Polis Austin, Art Acevedo memuji tindakan pantas orang ramai.[4]

Alex Melen, pengasas hosting T35 menyatakan FBI meminta laman web Stack dipadam demi keselamatan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Theodore John Kaczynski melakukan serangan di Montana dan mengirim 16 bom melalui emel kepada universiti dan kapal terbang untuk balas dendam. Kaczynski membenci evolusi industri komputer. Dia menyasarkan dua kedai komputer dan profesor ilmu komputer Yale . Dia belajar di Universiti Harvard pada usia 16 tahun dan lulus pada umur 20 tahun. Akibatnya ,tiga orang terbunuh dan 23 orang cedera (1978-1995).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Anna M Gonzalez (19 Februari 2010). "2 dead after plane crashes into North Austin building". News 8 Austin.
  2. ^ a b Carlin D Miller (18 Februari 2010). "Joe Stack Plane Crash Austin Aftermath: 13 Injured, Two Critically". CBS News.
  3. ^ Plane Crash Suspect's Online Diatribe
  4. ^ Serangan ala 9/11 di Texas Utusan Malaysia