F-16 Fighting Falcon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
F-16 Fighting Falcon
F-16 June 2008.jpg
Pesawat F-16C Fighting Falcon milik Tentera Udara A.S. di ruang udara Iraq pada tahun 2008
Peranan Pelbagai peranan
Pengeluar General Dynamics
Lockheed Martin
Penerbangan sulung 2 Februari 1974
Mula digunakan 17 Ogos 1978
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
25 pengguna lain (lihat Senarai pengguna pesawat F-16 Fighting Falcon)
Jumlah dibina 4,540+[1]
Kos seunit F-16A/B: AS$ 14.6 juta
F-16C/D: AS$ 18.8 juta (1998)[2]
Kelainan General Dynamics F-16XL
F-16 VISTA
Mitsubishi F-2

F-16 Fighting Falcon adalah pesawat pejuang pelbagai peranan Amerika Syarikat yang dibangunkan oleh firma General Dynamics untuk Tentera Udara Amerika Syarikat. Direka sebagai pesawat pejuang ringan, pesawat ini kemudian berkembang dan menjadi pesawat pejuang pelbagai peranan yang berjaya. Sifat serba boleh ini menjadi sebab paling utama Falcon laris dijual di pasaran eksport, dan kini berkhidmat di 24 negara lain.[3] Pesawat F-16 merupakan program pesawat pejuang Barat terbesar dengan lebih 4,000 buah pesawat dibina sejak pengeluarannya dimulakan pada tahun 1976. Walaupun ia sudah tidak dikeluarkan untuk Tentera Udara A.S., pesawat ini masih dikeluarkan untuk dieksport.[4] Pada tahun 1993, General Dynamics menjual perniagaan pembuatan pesawatnya kepada Lockheed Corporation,[5] yang mana menjadi sebahagian daripada Lockheed Martin selepas penggabungan dengan Martin Marietta pada tahun 1995.[6]

Fighting Falcon merupakan pesawat pejuang dengan inovasi seperti tenda gelembung tanpa bingkai untuk darjah penglihatan yang lebih baik, tuas kawalan di sisi untuk memudahkan kawalan ketika di bawah Daya G tinggi, dan tempat duduk bersandar untuk mengurang kesan daya G terhadap juruterbang. Ia juga merupakan pesawat pejuang pertama yang dibina untuk dapat menahan pusingan 9-G. Ia mempunyai nisbah tujahan-kepada-berat melebihi satu, memberikan kuasa yang cukup untuk memanjat dan memecut menegak ke atas - sekiranya perlu.[7] Walaupun nama rasmi bagi pesawat F-16 adalah "Fighting Falcon", ia dipanggil oleh beberapa juruterbangnya sebagai "Viper", sempena nama pesawat pejuang bintang dalam siri Battlestar Galactica.[8]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pesawat F-16CJ Fighting Falcon dengan persenjataan peluru berpandu udara ke udara dan SEAD.

Pesawat F-16 adalah pesawat berenjin tunggal dan pesawat pejuang taktikal pelbagai peranan. Ia dilengkapi dengan meriam M61 Vulcan pada pangkal sayap sebelah kiri. Pesawat ini kebiasaannya membawa 2 peluru berpandu AIM-9 Sidewinder, setiap satunya pada rel khas di hujung sayap. Versi pesawat terkini boleh dilengkapkan dengan peluru berpandu AIM-120 AMRAAM. Pesawat ini boleh membawa pelbagai jenis peluru berpandu udara ke udara dan udara ke darat, roket atau bom. Senjata-senjta ini dipasang pada tengekkan (pilon) yang terletak di bawah sayap.

Sejak awal lagi, pesawat F-16 bertujuan untuk menjadi satu pesawat yang menjimatkan kos, boleh melaksanakan pelbagai misi dan bersedia pada sebarang masa. Ia lebih ringkas dan ringan daripada pesawat-pesawat yang terdahulu, tetapi mempunyai bentuk aerodinamik dan sistem avionik yang termaju, termasuk pesawat pertama yang menggunakan sistem kawalan penerbangan terbang dengan wayar (mendapat nama gelaran "jet elektrik"), bagi mengekalkan keupayaan yang baik.

Sejarah operasi[sunting | sunting sumber]

Pengguna pesawat F-16, pengguna utama dalam warna biru, pengguna kecil dalam warna biru muda, dan pesanan dicadang atau dibatalkan dalam warna kuning.

Israel[sunting | sunting sumber]

Israeli Air Force F-16A Netz 107 with 6.5 kill marks of other aircraft and one kill mark of an Iraqi nuclear reactor, a world record for an F-16[9]

Kejayaan pertama pertempuran udara ke udara bagi pesawat F-16 oleh Tentera Udara Israel (IAF) terjadi di Lembah Bekaa pada 28 April 1981, menentang sebuah helikopter Mi-8 milik Syria, yang mana dijatuhkan dengan menggunakan tembakan meriam.[10] Pada 7 Jun 1981, 8 buah pesawat F-16 Israel yang diiringi oleh pesawat F-15 melaksanakan Operasi Opera, operasi udara ke permukaan penting mereka. Serangan ini menyebabkan kerosakan teruk pada reaktor nuklear yang masih dalam pembinaan di Osirak, berdekatan Baghdad, Iraq. Ia dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Saddam Hussein menggunakan reaktor ini untuk membuat senjata nuklear.[11]

Pada tahun berikutnya, semasa Perang Lubnan 1982 pesawat F-16 Israel menentang pesawat Tentera Udara Syria dalam satu pertempuran udara terbesar yang melibatkan pesawat jet, yang mana bermula pada 9 Jun dan berlangsung sehingga dua hari berikutnya. Pesawat F-16 milik Tentera Udara Israel berjaya memusnahkan 44 buah pesawat dalam pertempuran udara ke udara semasa konflik ini.[10][12]

Pada Januari 2000, Israel melengkapkan pembelian 102 buah pesawat "F-16I" baru dalam satu perjanjian yang bernilai AS$4.5 bilion.[13] F-16 juga digunakan dalam peranan serangan darat di sasaran-sasaran di Lubnan. F-16 Israel juga terlibat dalam Perang Lubnan 2006 dan serangan ke atas Gaza pada Disember 2008.[14] Semasa dan selepas Perang Lubnan 2006, F-16 Israel juga berjaya menembak jatuh dron UAV buatan Iran yang dilancarkan oleh Hezbollah, menggunakan peluru berpandu udara ke udara Rafael Python 5.[15][16]

Pakistan[sunting | sunting sumber]

Pesawat pejuang F-16 Pakistan

Semasa Perang Afghanistan-Soviet antara Mei 1986 hingga Januari 1989, pesawat F-16 milik Tentera Udara Pakistan telah menembak jatuh sekurang-kurangnya lapan buah pesawat yang menceroboh daripada Afghanistan. Tiga buah pesawat pertama (sebuah Su-22, sebuah kemungkinan Su-22, dan sebuah An-26) telah ditembak jatuh oleh dua orang juruterbang daripada Skuadron No. 9. Para juruterbang daripada Skuadron No. 14 pula berjaya memusnahkan lima buah pesawat penceroboh yang lain (dua buah Su-22, dua buah MiG-23, dan sebuah Su-25).[17] Kebanyakan pesawat ini dimusnahkan oleh peluru berpandu udara ke udara AIM-9 Sidewinder, dengan sekurang-kurangnya sebuah pesawat Su-22 dengan menggunakan tembakan meriam. Leftenan Penerbangan Khalid Mahmoud diberi kredit kerana berjaya memusnahkan 3 buah pesawat. Sebuah pesawat F-16 telah musnah semasa dalam pertempuran udara yang melibatkan dua buah F-16 dan 4 buah pesawat MiG-23 milik Tentera Udara Soviet pada 29 April 1987; juruterbang F-16 berjaya melenting keluar.[18]

Tentera Udara Pakistan menggunakan armada pesawat F-16 miliknya dalam pelbagai latihan dalaman dan dengan negara luar, seperti latihan "Indus Vipers" pada tahun 2008 yang dilakukan bersama-sama dengan Turki.[19] Sejak Mei 2009, Tentera Udara Pakistan juga menggunakan armada pesawat F-16 mereka untuk menyerang kedudukan militan dan menyokong Tentera Darat Pakistan di dalam operasi di utara dan barat Pakistan menentang Taliban.[20] Setakat November 2011, pesawat F-16 telah membuat 5,500 operasi penerbangan. Lebih daripada 80% daripada senjata yang digugurkan adalah bom panduan laser.[21]

Pesawat F-16 Pakistan juga membuat rondaan di sepanjang sempadan India-Pakistan semasa Konflik Kargil dan semasa ketegangan dengan India pada tahun 2008.[22]

Mesir[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Februari 2015, pesawat F-16 Tentera Udara Mesir telah melakukan serangan udara ke atas simpanan senjata dan kem latihan milik tentera mujahidin di Libya bagi membalas dendam akan pembunuhan 21 orang pekerja oleh militan bertopeng yang dikaitkan dengan Islamic State (ISIS). Serangan udara ini membunuh 64 orang pejuang ISIS, termasuk 3 orang pemimpin di Derna dan pantai Sirte.[23]

Turki[sunting | sunting sumber]

Sebuah F-16D milik Tentera Udara Turki

Tentera Udara Turki memperoleh pesawat F-16 pertamanya pada tahun 1987. Armada F-16 ini juga telah terbabit di Bosnia dan Herzegovina dan Kosovo sejak tahun 1993 bagi menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu.[24]

Pada 18 Jun 1992, sebuah pesawat Mirage F-1 milik Greece telah terhempas dalam satu pertempuran udara dengan sebuah pesawat F-16 Turki.[25][26][27] Pada 8 Februari 1995, sebuah pesawat F-16 Turki terhempas ke dalam Laut Aegean selepas dipintas oleh sebuah pesawat Mirage F1 Greece.[28][29]

Pada 8 Oktober 1996, 7 bulan selepas peningkatan ketegangan ke atas Imia seebuah pesawat Mirage 2000 Greece dilaporkan telah melepaskan peluru berpandu R.550 Magic II dan menjatuhkan sebuah pesawat F-16D Turki[30][31] di Laut Aegean. Juruterbang Turki ini terkorban, sementara pembantunya berjaya melenting keluar dan diselamatkan oleh tentera Greece.[27][32][33] Pada bulan Ogos 2012, selepas sebuah pesawat RF-4E terhempas di pantai Syria, Menteri Pertahanan Turki İsmet Yılmaz mengesahkan bahawa sebuah pesawat F-16D Turki telah ditembak jatuh oleh pesawat Mirage 2000 Greece dengan menggunakan peluru berpandu R.550 Magic II selepas menceroboh ruang udara Greek berdekatan pulau Chios.[34]

Pada 23 Mei 2006, dua buah pesawat F-16 Greece telah memintas sebuah pesawat peninjauan RF-4 dan dua buah pesawat pengiring F-16 milik Turki di luar pantai pulau Karpathos Greece, dalam kawasan Athens FIR. Seatu pertempuran udara berlaku di antara kedua-dua belah pihak, menyebabkan berlakunya perlanggaran di udara[35] di antara pesawat F-16 Turki dan Greece. Juruterbang Turki berjaya melenting keluar, akan tetapi juruterbang Greece telah terkorban di sebabkan kerosakan semasa perlanggaran.[36][37]

Turki menggunakan pesawat F-16 secara ekstensif dalam konflik dengan pemisah Kurds di wilayah Kurdish di Turki dan Iraq. Turki melancarkan serangan merentasi sempadannya buat pertama kali pada 16 Disember 2007, satu permulaan kepada serbuan Turki ke utara Iraq 2008, melibatkan 50 buah pesawat pejuang sebelum Operasi Matahari. Ini merupakan pertama kali Turki melakukan operasi pengeboman pada waktu malam berskala besar, dan juga merupakan operasi terbesar yang dilakukan oleh Tentera Udara Turki.[38]

Semasa Perang Saudara Syria, pesawat F-16 Turki telah ditugaskan untuk melindungi ruang udara di sempadan Syria. Selepas kejatuhan pesawat RF-4 pada Jun 2012 Turki telah mengubah peraturan tempurnya menentang pesawat Syria, mengakibatkan beberapa pesawat tempur Syria ditembak jatuh.[39] Sebuah pesawat F-16 milik Tentera Udara Turki telah menembak jatuh sebuah Sukhoi Su-24 milik Tentera Udara Rusia di sempadan Syria-Turki pada 24 November 2015.[40]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Pesawat F-16IQ Tentera Udara Iraq

Tentera Udara Diraja Belanda, Tentera Udara Belgium, Tentera Udara Diraja Denmark, Tentera Udara Diraja Norway, Tentera Udara Pakistan, dan Tentera Udara Venezuela telah menerbangkan pesawat F-16 mereka dalam misi-misi tempur.[41][42] Sebuah pesawat MiG-29 telah ditembak jatuh oleh peswat F-16AM Belanda semasa Perang Kosovo pada tahun 1999.[43] Pesawat F-16 Belgiun dan Denmark juga terlibat dalam operasi bersama di Kosovo semasa perang.[43] Armada pesawat F-16 Belanda, Belgium, Denmark dan Norway juga diaturgerak semasa campurtangan di Libya dan Afghanistan pada tahun 2011.[44] Di Libya, F-16 milik Norway telah menggugurkan hampir 550 bom dan menerbangkan 596 misi,[45] dengan 17% daripadanya adalah misi serangan[46] termasuk pengeboman ibu pejabat Muammar Gaddafi.[47]

Senarai pengguna[sunting | sunting sumber]

Pengguna sekarang[sunting | sunting sumber]

Cadangan jualan terkini[sunting | sunting sumber]

  • Pada bulan November 2006, Tentera Udara Pakistan telah memeterai Surat Penerimaan untuk 18 buah pesawat baru F-16C/D Blok 52+, 26 buah pesawat F-16A/B Blok 15 dan 60 buah pesawat Mid-Life-Update M3 Tape modules/kits sebagai sebahagian daripada perjanjian bernilai AS$ 5.1 bilion termasuk pesawat pejuang, kemudahan infrastruktur sokongan, latihan dan persenjataan. Penghantaran pesawat F-16A/B dijangka bermula pada tahun 2007, sementara pesawat awal F-16C/D dijangka akan diterima pada akhir tahun 2008 atau awal 2009. Program perolehan semasa untuk pesawat baru dan pesawat yang diperbaharui dan ditingkat upaya untuk 60 buah pesawat terpakai dijangka akan disiapkan sebelum tahun 2010-2012, berdasarkan kenyataan Ketua Marshal Udara Tentera Udara Pakistan, Tanvir Mahmood Ahmed. Pada bulan April 2006, Janes Defence Weekly melaporkan Tentera Udara Pakistan mungkin akan membeli tambahan 33 buah pesawat F-16C/D Blok 52+ - ia mungkin termasuk pilihan untuk memperoleh 18 buah pesawat Blok 52+ daripada perjanjian sekarang. Pada bulan Julai 2007, Komander Pusat Arahan Tentera Udara, Leftenan Jeneral Gary L. North (Tentera Udara A.S), dan seorang juruterbang A.S yang lain menerbangan 2 buah pesawat F-16 ke Pakistan untuk Tentera Udara Pakistan.[53]
  • Tentera Udara Filipina juga menunjukan minat akan pesawat F-16, tetapi rancangannya untuk membeli Pesawat Tempur Pelbagai Peranan moden unutk mengantikan angkatan pesawat F-5A/B Freedom Fighters yang telah dibersarakan telah ditangguhkan disebabkan oleh alasan ekonomi dan operasi menentang keganasan sebagai keutamaan. Pada pertengahan tahun 1990-an, Tentera Udara Filipina tidak menunjukan reaksi akan tawaran A.S untuk menjual 28 buah pesawat F-16A/B Blok 15, yang mana disekat daripada dihantar ke Pakistan. [54] [55]
  • Tentera Udara Taiwan memerlukan pesawat pejuang generasi baru untuk mengantikan angkatan pesawat F-16 A/B Blok 20, telah menunjukan minat pada pesawat F-35 Lightning II baru. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh isu-isu politik, tiada kemungkinan negara pulau ini boleh mendapatkan pesawat pejuang termaju dalam jangka masa yang terdekat. Disebabkan itu, Tentera Udara Taiwan membuat pilihan dengan mendapatkan sehingga 66 buah pesawat F-16C/D Blok50/52 baru sebagai pesawat pejuangnya untuk sementara waktu.[56] Seperti perolehan peralatan ketenteraan yang lain, Beijing telah menunjukan tentangan terhadap perolehan ini.
  • Jabatan Pertahanan A.S telah memberitahu Kongress A.S akan rancangannya untuk menjual 24 buah pesawat F-16C/D kepada Maghribi bersama-sama sistem avionik termaju dan peralatan-peralatan yang berkaitan. Pesawat F-16 mungkin akan dipasang sama ada dengan enjin Pratt & Whitney atau General Electric.[57]
  • Tentera Udara Croatia sebelum tahun 2011 akan membeli 12 buah atau lebih pesawat pejuang pelbagai peranan moden untuk mengantikan pesawat MiG-21 B/MF. Anta calon-calon yang berkemungkinan besar adalah JAS 39 Gripen atau F-16C/D.[58]
  • Tentera Udara Indonesia sedang mendapatkan kelulusan untuk membeli 6 buah pesawat baru F-16 C/D untuk mengukuhkan skuadron pesawat F-16 mereka.[59] Pada masa sekarang, 10 buah pesawat F-16 berada dalam perkhidmatan, pada asalnya Tentera Udara Indonesia memiliki sejumlah 12 buah tetapi 2 buah telah terlibat dalam kemalangan yang berasingan.[60] Dari tahun 2000 sehingga 2005, A.S telah mengenakan sekatan senjata terhadap Indonesia yang mana telah menyebabkan skuadron F-16 tersadai disebabkan oleh ketiadaan alat ganti.
  • Jabatan Pertahanan A.S (Pentagon) berkata pada 19 Mei 2008, bahawa mereka telah memberitahu Kongres A.S akan kemungkinan jualan 24 buah pesawat baru F-16 dan 24 buah pesawat diperbaharui, termasuk peralatan berkaitan, dalam satu perjanjian bernilai sehingga AS$ 4.5 bilion kepada Romania.

Bekas pengguna[sunting | sunting sumber]

  • Bendera Itali ItaliTentera Udara Itali telah menyewa sehingga 30 buah F-16A dan 4 buah F-16B daripada Tentera Udara A.S bermula pada tahun 2001 sehingga 2012.[61]

Spesifikasi (F-16C Blok 30)[sunting | sunting sumber]

Orthographically projected diagram of the F-16.

Data dari Senarai fakta Tentera Udara A.S[62], AerospaceWeb[63] GlobalSecurity.org[64]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 14.8 m
  • Rentang sayap: 9.8 m
  • Tinggi: 4.8 m
  • Sayap luas: 27.87 m²
  • Bentuk keratan rentas sayap: NACA 64A204 root and tip
  • Berat kosong: 8,270 kg
  • Berat berisi: 12,000 kg
  • Berat berlepas maksimum: 19,200 kg
  • Enjin: 1× Pratt & Whitney F100-PW-220 kipas turbo pembakaran lanjut
  • Tujahan kering: 64.9 kN
  • Tujahan dengan pembakar lanjut: 105.7 kN
  • Enjin gantian: 1× General Electric F110-GE-100 kipas turbo pembakaran lanjut
  • Tujahan kering: 76.3 kN
  • Tujahan kering dengan pembakar lanjut: 128.9 kN

Prestasi

  • Kelajuan maksimum:
    • Pada paras laut: Mac 1.2 (1,460 km/j)
    • Di altitud: Mac 2+ (2,414 km/j)
  • Jejari bertempur: 550 km semasa misi penerbangan tinggi-rendah-tinggi bersama 6x bom 1,000 paun (450 kg)
  • Jarak maksimum: >3,900 km
  • Lelangit khidmat >15,239 m
  • Kadar panjat: 254 m/s
  • Beban sayap: 431 kg/m²
  • Tujahan/berat: Enjin F100: 0.898, Enjin F110: 1.095

Persenjataan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. "Iraq Accepts First Lockheed Martin F-16 Aircraft". Lockheed Martin. Dicapai pada 13 September 2014. 
  2. Senarai fakta F-16, Tentera Udara A.S, Oktober 2007.
  3. F-16 Fighting Falcon
  4. Lockheed Martin, Tentera Udara Poland meraikan ketibaan Pesawat Tempur Pelbagai Peranan F-16 yang termaju di Eropah
  5. Sejarah firma General Dynamics
  6. Sejarah firma Lockheed Martin, 1990
  7. Lembaran fakta F-16, Tentera Udara A.S, Oktober 2007.
  8. F-16 Fighting Falcon, F16, atau Viper?
  9. Record-breaking F-16 Falcon to be retired from IDF service, ynet, 11.2.2015
  10. 10.0 10.1 Iskra, Alex. "GD/L-M F-16A/B Netz in Israeli Service." Air Combat Information Group (ACIG), 26 September 2003. Retrieved: 16 May 2008.
  11. Grant, Rebecca. "Osirak and Beyond." Air Force Magazine, August 2002. Retrieved: 8 December 2011.
  12. Schow, Jr., Kenneth C., Lt. Col., USAF. "Falcons Against the Jihad: Israeli Airpower and Coercive Diplomacy in Southern Lebanon." Air University Press, November 1995. Retrieved: 16 May 2008.
  13. "F-16 Air Forces - Israel". Dicapai pada 13 September 2014. 
  14. Marie Colvin, Tony Allen-Mills and Uzi Mahnaimi. "Israeli jets kill ‘at least 225’ in strikes on Gaza." The Sunday Times, 28 December 2008. Retrieved: 25 October 2009.
  15. "Airframe Details for F-16 #87-1672". Dicapai pada 13 September 2014. 
  16. "IAF shoots down hostile drone from Lebanon off Haifa". Jerusalem Post. 25 April 2013. 
  17. "PAF F-16 air kills illustrations". PAFwallpapers.com. 
  18. "F-16 Air Forces – Pakistan". F-16.net. Dicapai pada 2010-09-08. 
  19. Bokhari, Farhan. "Pakistan and Turkey organise air force exercises."Templat:Subscription required Jane's Defence Weekly, 17 April 2008. Retrieved: 24 April 2013.
  20. Schmitt, Eric. "Pakistan Injects Precision Into Air War on Taliban." The New York Times, 29 July 2009. Retrieved: 30 July 2009.
  21. "PAF conducted 5,500 bombing runs in Fata since 2008". Tribune. PK. Dicapai pada 13 September 2014. 
  22. "Indian jets violating Pakistani airspace ‘technical incursion’, says Zardari (Fourth Lead)". Thaindian News. Dicapai pada 13 September 2014. 
  23. Chris Stephen. "Egyptian air strikes in Libya kill dozens of Isis militants". the Guardian. 
  24. Turkish Air Force "Our History" hvkk.tsk.tr, Retrieved: 3 February 2012.
  25. YouTube Square.pngPersembahan HUD footage di YouTube
  26. "While engaged by two THK F-16Cs, Sialmas entered a break that was too much for the F.1CG at low level: the aircraft entered a spin and crashed into the sea surface, killing the pilot.". Dicapai pada 13 September 2014. 
  27. 27.0 27.1 Sander Peeters. "Greek & Turkish Air-to-Air Victories". Dicapai pada 13 September 2014. 
  28. "F-16 crash heightens tension in Aegean". The Independent. Dicapai pada 13 September 2014. 
  29. YouTube Square.pngPersembahan Greek TV: A pilot of Hellenic Air Force explain how the Turkish F-16 crashed over Aegean Sea di YouTube
  30. "Turkish F-16 jet crashes after Greek interception". Chicago Sun-Times. 9 October 1996. Dicapai pada 8 October 2015.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  31. "Deadly 1996 Aegean clash is confirmed". f-16.net. Dicapai pada 21 November 2015. 
  32. YouTube Square.pngPersembahan Turkish Pilot at 0:46 di YouTube
  33. "F-16 Aircraft Database: F-16 Airframe Details for 91-0023". Dicapai pada 13 September 2014. 
  34. Cenciotti, David. "30 years later, Ankara admits Turkish Air Force jet was shot own by Iraq." The Aviationist, 6 September 2012.
  35. YouTube Square.pngPersembahan Turkish F-16 pilots attitude-2:22 di YouTube
  36. "It will be recalled that on 23 May 2006, a Greek F-16 aircraft crashed into a Turkish F-16.". Dicapai pada 13 September 2014. 
  37. "Greek F-16 and Turkish F-16 collide - 1 pilot OK.". Dicapai pada 13 September 2014. 
  38. Gürgen, Murat. "Uçaklar nasıl vurdu?". Vatan, 17 December 2007. Retrieved: 3 February 2012.
  39. "Turkish F-16 jets scramble to intercept 2 Syrian Su-24s". Dicapai pada 13 September 2014. 
  40. "Putin calls plane's downing by Turkey 'stab in the back'". CNN. 24 November 2015. Dicapai pada 24 November 2015. 
  41. Senior 2002, p. 92.
  42. Winning, Andrew. "Libya: Gaddafi envoy in Europe, exchanging fire in Brega." Rueters, 4 April 2011. Retrieved: 16 September 2011.
  43. 43.0 43.1 Spick 2000, p. 241.
  44. Composante Air, La Défense, Retrieved: 19 February 2014
  45. "Norway withdraws fighter jets from Libya mission: military". defencetalk.com. 
  46. [1] Diarkibkan 10 Oktober 2014 di Wayback Machine
  47. Ramona Tancau. "Norway involved in Gaddafi bombing". theforeigner.no. 
  48. ANGKASA No.07 Edisi April 2007 (page 15)
  49. Pesawat F-16 Tentera Udara Korea Selatan
  50. Pengguna F-16 : Turki, F-16.net. Dicapai: 2 Februari, 2008.
  51. Air Forces Monthly, keluaran Disember 2007, m/s.43-44.
  52. Pengguna F-16 : Tentera Laut A.S, F-16.net. Dicapai: 20 Mac, 2008.
  53. F-16 Fighting Falcon
  54. Tentera Udara F-16 - Pelangan-pelangan berpotensi
  55. Halaman tidak rasmi Tentera Udara Filipina
  56. Taiwan memerlukan pesawat pejuang
  57. Warwick, Graham. "Kemungkinan terperinci perjanjian bernilai AS$ 2.6 bilion di antara A.S dan Tentera Udara Maghribi", Flight International, 27 Disember 2007.
  58. Tentera Udara Croatia, aeroflight.co.uk
  59. MilAvia Press.com
  60. Scramble Magazine: Gambaran keseluruhan Cabang Udara Indonesia
  61. Shamim, Asif. "Italian F-16 'Peace Caesar' program comes to an end." F-16.net, 24 May 2012.
  62. Senarai fakta pesawat F-16 Tentera Udara A.S
  63. F-16, Aerospaceweb.org
  64. Spesifikasi F-16, GlobalSecurity.org.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]