Serangan kelab malam Istanbul 2017

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Serangan kelab malam Istanbul 2017
Kelab malam Reina di Istanbul pada 2012
Serangan kelab malam Istanbul 2017 is located in Istanbul
Serangan kelab malam Istanbul 2017
Serangan kelab malam Istanbul 2017 (Istanbul)
Lokasi tembakan di Istanbul, Turki
Lokasi Istanbul, Turki
Tarikh 1 Januari 2017
01:15 (FET)
Sasaran Pelanggan di kelab malam
Jenis serangan Tembakan besar-besaran
Senjata AK 47, bom tangan
Kematian 39[1]
Kecederaan 69
Penyerang 1 bebas

Satu serangan tembakan besar-besaran berlaku di sebuah kelab malam di daerah Beşiktaş, Istanbul pada 1 Januari 2017, menyebabkan sekurang-kurangnya 39 terbunuh.[1] Kejadian itu berlaku kira-kira jam 01:15 FET (UTC+3) di kelab malam Reina di Ortaköy, ketika beratus-ratus orang sedang menyambut Tahun Baru. Sekurang-kurangnya 69 orang lagi tercedera dalam kejadian itu.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Serangan itu berlaku ketika tempoh langkah-langkah keselamatan yang meningkat dalam bandar, dengan 17,000 pegawai polis sedang bertugas,[2][3] berikutan beberapa serangan pengganas sejak beberapa bulan yang lalu. Kebanyakannya didalangi oleh kumpulan pengganas ISIS dan Kurdish.[4]

Serangan[sunting | sunting sumber]

Seorang penembak dilaporkan berpakaian seperti Santa Claus, menembak secara terbuka di kelab malam kira-kira 1:15 pagi. Dia dilaporkan membawa AK-47 dan memasuki kelab malam selepas membunuh seorang pegawai polis dan saksi kejadian di pintu masuk.[1][5][6][7] Penyerang itu bertutur dalam bahasa Arab[8] dan masih bebas.[9] Pihak berkuasa sebelumnya mendakwa bahawa seorang lelaki bersenjata memasuki kelab malam dan kemudiannya dibunuh oleh polis, manakala beberapa kenyataan saksi dalam media berbahasa Turki mengatakan terdapat lebih daripada seorang penyerang.[10] Pemerintah Turki telah mengarahkan sekatan media sementara atas alasan kebimbangan keselamatan dan ketenteraman awam.[4]

Ketika waktu serangan, kira-kira 700 orang berada di kelab malam itu untuk menyambut Tahun Baru.[11][4][2] Sekurang-kurangnya 39 orang terbunuh[12][13][14] (termasuklah 15 orang asing)[15] dan sekurang-kurangnya 69 lagi tercedera.[16] Polis turut mendirikan kepungan di sekitar kelab itu[17] dan beberapa orang didapati melompat ke Bosphorus untuk melarikan diri daripada serangan.[18][2]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Gabenor Istanbul Vasip Şahin berkata serangan itu merupakan serangan pengganas.[19] Disebabkan masa dan sasaran serangan, perkhidmatan keselamatan melaporkan bahawa ISIS terlibat dalam kejadian itu.[20] Menteri Dalam Negeri Turki Süleyman Soylu berkata penyerang tersebut melarikan diri dan pencarian untuk memburu penyerang tersebut giat dijalankan.[1]

Mangsa[sunting | sunting sumber]

Mangsa mengikut kewarganegaraan
Negara Maut Tercedera Ruj.
 Turki 5 Tidak diketahui [21]
 Tunisia 2 Tidak diketahui [22]
 Israel 1 1 [23][24]
 Belgium 1 0 [25]
 Perancis 3 [26]
 Lubnan 3 [27]
 Bulgaria 1 [28]
Tidak diketahui 30 61 [21]
Jumlah 39 69 [21]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 "TERKINI: 39 terbunuh serangan di kelab malam Turki". Berita Harian. 1 Januari 2017. Dicapai pada 2017-01-01 – melalui bharian.com.my.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  2. 2.0 2.1 2.2 "35 maut serangan kelab malam di Turki". Sinar Harian. 1 Januari 2017. Dicapai pada 2017-01-01 – melalui sinarharian.com.my.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  3. Bilginsoy, Zeynep. "2 reported dead in New Year's attack on Istanbul nightclub". AP News. Dicapai pada 2017-01-01. 
  4. 4.0 4.1 4.2 "Istanbul Reina nightclub attack 'leaves 39 dead'". BBC News. BBC. 1 Januari 2017. Dicapai pada 2017-01-01.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  5. "35 killed in armed attack at Istanbul nightclub". aa.com.tr. Anadolu Agency. Dicapai pada 2016-12-31. 
  6. "Son Dakika: Ünlü gece kulübüne silahlı saldırı". Hürriyet. Dicapai pada 2016-12-31. 
  7. "One attacker still inside Istanbul nightclub: CNN Turk". reuters.com. Reuters. Dicapai pada 2017-01-01. 
  8. "Gece Kulübü Reina'ya Terör Saldırısı Vali Şahin: 1 Polis Şehit, 35 Sivil Hayatını Kaybetti". sondakika.com. Dicapai pada 2017-01-01. 
  9. Russell, Graham (1 Januari 2017). "Istanbul nightclub attack: 16 foreigners among 39 killed, says minister – live updates". Dicapai pada 2017-01-01 – melalui The Guardian.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  10. Shaheen, Kareem (1 Januari 2017). "Turkey nightclub shooting: Istanbul on alert after armed gunman kills dozens". The Guardian. The Guardian. Dicapai pada 2017-01-01.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  11. "İstanbul'da Reina gece kulübünde silahlı saldırı: 2 ölü, çok sayıda yaralı var". Cumhuriyet. Dicapai pada 2017-01-01. 
  12. "Istanbul nightclub attack 'leaves 35 dead'". 1 Januari 2017. Dicapai pada 2017-01-01 – melalui www.bbc.co.uk.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  13. "At least 35 shot dead in Istanbul 'terror attack'". euronews.com. 1 Januari 2017. Dicapai pada 2017-01-01.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  14. Griffien, Andrew. "Istanbul nightclub attack: Several injured after gunman opens fire on New Year's Eve". independent.co.uk. The Independent. Dicapai pada 2017-01-01. 
  15. "The Latest: Turkey lowers number of foreign fatalities". nbc12.com. Dicapai pada 2017-01-01. 
  16. "Istanbul nightclub attack: At least 35 dead after gunmen open fire at New Year's Eve party". Dicapai pada 2017-01-01. 
  17. Graham, Chris (31 Disember 2016). "Istanbul attack: Gunmen 'dressed as Santa' open fire at nightclub in Turkey". The Telegraph. Dicapai pada 2017-01-01.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  18. "İstanbul'da gece kulübünde silahlı saldırı". Habertürk. Dicapai pada 2016-12-31. 
  19. "At least 35 shot dead in Istanbul 'terror attack'". euronews. 1 Januari 2017. Dicapai pada 2017-01-01.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  20. "Istanbul attack: Dozens dead at Reina nightclub". Al Jazeera. 1 Januari 2017. Dicapai pada 2017-01-01.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  21. 21.0 21.1 21.2 "Manhunt underway after 39 killed in Istanbul nightclub terrorist attack (GRAPHIC VIDEOS)". Dicapai pada 2017-01-01. 
  22. "Terrorism takes the lives of two Tunisians in Istanbul". Dicapai pada 2017-01-01. 
  23. "Israeli woman hurt in Istanbul club attack; another missing". Dicapai pada 2017-01-01. 
  24. "ישראלית נהרגה בפיגוע בטורקיה. "אמרנו לה לא לנסוע בגלל המצב"" [Warga Israel terbunuh dalam serangan pengganas Turki. "Kami memberitahunya untuk jangan pergi kerana keadaan sekarang"]. Walla!News. Dicapai pada 2017-01-01. 
  25. "Au moins un Belge parmi les 39 morts de l'attaque d'Istanbul". 1 Januari 2017. Dicapai pada 2017-01-01.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  26. "Attentat d'Istanbul : au moins trois Français blessés, le tireur toujours en fuite". Le Figaro. Dicapai pada 2017-01-01. 
  27. "Foreign Ministry: 3 Lebanese injured in Istanbul terror attack". Dicapai pada 2017-01-01. 
  28. "Българка е сред пострадалите при атентата в Истанбул - Dnes.bg". Dicapai pada 2017-01-01.