Pergi ke kandungan

Serigala Bernard

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Serigala Bernard
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Subspesies:
C. l. bernardi
Nama trinomial
Canis lupus bernardi
Anderson, 1943

Serigala Bernard (Canis lupus bernardi), juga dikenali sebagai serigala tundra Pulau Banks, serigala Pulau Banks, dan serigala Pulau Victoria,[1] merupakan satu subspesies serigala kelabu, Canis lupus, yang terhad di Pulau Banks dan di Pulau Victoria di Artik Kanada. Satu spesies pupus, ia diperihalkan "putih dengan bulu berhujung hitam di sepanjang permatang belakang". Ia secara formal ditemui, dikelaskan, dan dinamai sempena Peter Bernard dan Joseph F. Bernard, anak saudaranya, selepas kulit dan tengkorak seekor jantan dewasa dikumpulkan oleh mereka dan dibawa ke Muzium Negara Kanada.[2][3] Terdapat sangat sedikit spesimen bagi spesies ini yang ditemui, kira-kira antara tiga[4] dengan empat[2] jumlahnya. Suatu tinjauan dijalankan pada Mac 1993 oleh Jabatan Sumber Boleh Baharu yang sepatutnya mengkatalogkan populasi serigala dan karibu kawasan itu. Sementara sebilangan karibu dijumpai dan dicatat, bersama dengan banyak lagi spesies haiwan peribumi, seekor serigala tunggal pun tidak dijumpai. Populasi Pulau Victoria dipercayai telah pupus pada antara 1918 dengan 1952.[5] Ia dahulu meluas di habitat aslinya tetapi dipunahkan oleh perburuan berlebihan.[6]

  1. ^ "Elsevier's dictionary of mammals: in Latin, English, German, French and Italian" - Google Books
  2. ^ a b "The Eponym Dictionary of Mammals" - Google Books
  3. ^ "Bernard, P. dan J.", The Eponym Dictionary of Mammals oleh Bo Beolens, Michael Watkins dan Michael Grayson, JHU Press, 2009, ms. 40
  4. ^ "Wolf Empire: An Intimate Portrait of a Species" - Google Books
  5. ^ "Southern Banks Island Wolf and Caribou Survey" - Jabatan Sumber Boleh Baharu
  6. ^ "Bernard's Wolf". Cosmos Smith. Dicapai pada 30 Januari 2014.