Serigala tanah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Serigala tanah, serigala bumi, atau aardwolf (Proteles cristata) ialah mamalia insektivor kecil yang asli di Afrika Timur dan di Selatan Afrika. Nama aardwolf memaksudkan "serigala bumi" atau "serigala tanah" dalam bahasa Afrikaans dan bahasa Belanda. Ia juga dipanggil serigala surai atau jakal surai atau dubuk musang, berdasarkan rembesan daripada kelenjar duburnya, seolah-olah seperti pada musang. Serigala tanah adalah dalam keluarga sama dengan dubuk. Tidak seperti kebanyakan saudaranya dalam order Carnivora, serigala tanah tidak memburu binatang besar. Ia memakan serangga, terutamanya anai-anai – seekor serigala tanah boleh memakan sebanyak 250,000 ekor anai-anai dalam satu malam dengan menggunakan lidahnya yang panjang dan melekit untuk menangkap anai-anai. Serigala tanah hidup di tanah semak di timur dan di selatan Afrika – tanah terbuka yang dilitupi pokok terbantut dan pokok renek. Ia nokturnal dan berehat di dalam korok sepanjang hari dan muncul pada malam untuk mencari makanan. Dietnya terdiri terutamanya daripada anai-anai dan larva serangga.[1]


Jika Anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  1. ^ Anon 1998, halaman 144