Sesi IOC ke-134

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sesi IOC ke-134 berlangsung dari 24 hingga 26 Jun 2019 di Lausanne, Switzerland.[1]

Pembida[sunting | sunting sumber]

Milan, Itali merupakan satu-satunya bandar yang membida untuk menganjurkan Sesi IOC ke-134 dan telah dilantik secara sebulat suara pada Sesi IOC ke-131 di Lima pada September 2017.[2] Namun, pada 2018, Milan dan Cortina d'Ampezzo telah membida untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026.[3] Piagam Olimpik melarangkan sebuah sesi diadakan di sebuah negara di mana salah satu bandarnya telah membida untuk menganjurkan edisi Sukan Olimpik yang akan diumumkan pada sesi itu. Akibatnya, sesi IOC ini telah dipindah ke Pusat Konvensyen SwissTech di Lausanne.[1]

Pemilihan tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026[sunting | sunting sumber]

Tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 telah dipilih pada sesi IOC ke-134. Bidaan telah diserahkan kepada IOC pada 2018.

Keputusan undian[sunting | sunting sumber]

Keputusan pembidaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026
Bandar Negara Undi
MilanCortina d'Ampezzo  Itali 47
StockholmÅre  Sweden 34

Pembukaan ibu pejabat baharu IOC[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah merasmikan ibu pejabat baharunya di Lausanne, Switzerland pada 23 Jun sempena Hari Olimpik. Pada 2019 hari yang simbolik ini telah menandakan ulang tahun penubuhan IOC ke-125.[4]

Pemilihan ahli IOC baharu[sunting | sunting sumber]

10 ahli IOC baharu telah dilantik dalam sesi ini:[5][6]

  • Cameroon Odette Assembe-Engoulou – Cameroon
  • Tanjung Verde Filomena Fortes – Presiden Jawatankuasa Olimpik Cape Verde
  • Lesotho Matlohang Moiloa-Ramoqopo – Presiden Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Lesotho
  • Côte d'Ivoire Tidjane Thiam – Côte d'Ivoire
  • Costa Rica Laura Chinchilla – Costa Rica
  • Indonesia Erick Thohir – Presiden Jawatankuasa Olimpik Indonesia
  • Yunani Spyros Capralos – Presiden Jawatankuasa Olimpik Yunani
  • Algeria Mustapha Berraf – Presiden Jawatankuasa Olimpik Algeria dan Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Afrika
  • India Narinder Dhruv Batra – Presiden Persatuan Olimpik India
  • Korea Selatan Kee Heung Lee – Presiden Jawatankuasa Olimpik dan Sukan Korea

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Livingstone, Robert (20 September 2018). "Lausanne To Host Vote For Winning 2026 Winter Olympic Bid Instead of Milan After Italy Enters Race". GamesBids.com. Dicapai pada 21 September 2018.
  2. ^ "IOC elects Milan as host of the IOC Session in 2019". IOC. 15 September 2017.
  3. ^ Livingstone, Robert (13 Mac 2018). "Italy Could Launch Last-Minute 2026 Olympic Winter Games Bid". GamesBids.com.
  4. ^ "Olympic House to officially open on Olympic Day". olympic. 11 Februari 2019. Dicapai pada 24 Jun 2022.
  5. ^ "IOC Executive Board proposes 10 new members for election to the IOC Session". IOC. 22 Mei 2019.
  6. ^ AFP (23 Mei 2019). "IOC eyes 10 new board members but omits Sebastian Coe and Gianni Infantino". The Times of India.