Erick Thohir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Erick Thohir Manurung
Menteri Syarikat Milik Negara ke-9
Memegang jawatan
23 Oktober 2019
PresidenJoko Widodo
Naib PresidenMa'ruf Amin
Didahului olehRini Soemarno
Butiran peribadi
Lahir (1970-05-30) 30 Mei 1970 (umur 53)
Lampung, Indonesia
KerakyatanIndonesia
KediamanJakarta, Indonesia
Alma materKolej Komuniti Glendale (BA)[1]

[2]


Universiti Kebangsaan, California (MBA)[1]
PekerjaanAhli perniagaan, usahawan
Dikenali keranaNaib Presiden Pesuruhjaya Mahaka Media[1]
Bekas pemilik Inter Milan[3]
Pemilik Persib Bandung
Bekas pemilik D.C. United[4]
Ketua Pengarah Visi Media Asia[1]
Presiden INASGOC[5]
Ketua Pengarah antv
Pengarah Oxford United
Pemilik Badak Lampung FC
Pemilik Persis Solo

Erick Thohir, BA., MBA. (lahir 30 Mei 1970) ialah seorang usahawan Indonesia yang dilantik sebagai Menteri Syarikat Milik Negara (Indonesia: Badan Usaha Milik Negara; BUMN) gantikan Rini Soemarno di Kabinet Indonesia Maju kerajaan Presiden Joko Widodo dan Naib Presiden Ma'ruf Amin yang bertugas sejak 23 Oktober 2019.[2] Lain daripada itu, Erick ialah peneraju Mahaka Group yang merupakan syarikat induk daripada syarikat yang memfokuskan perniagaan media dan hiburan. Pelbagai unit perniagaan Mahaka, seperti penyiaran (PT Mahaka Radio Integra Tbk), stesen televisyen (Jak TV), media luaran (Iklan Mahaka), media cetak (Harian Republika, Golf Digest), memesan dan menjual tiket digital (Rajakarcis.com), dan pelbagai syarikat lain yang terlibat dalam perniagaan sukan dan hiburan.[6]

Semasa Pilihan raya umum Presiden Indonesia 2019, Erick menjadi Pengerusi Tim Kempen Nasional (TKN) Jokowi-Ma'ruf.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Erick ialah putra dari Teddy Thohir, seorang usahawan yang membantu membesarkan Astra International..[7] Ayahnya berdarah Lampung[8], sedangkan ibunya berdarah Cina dan Sunda.[9] Saudaranya, Garibaldi Thohir atau lebih dikenali dengan Boy Thohir ialah seorang ahli perbankan pelabur dan usahawan. Erick juga mempunyai kakak bernama Rika.[10] Thohir ketika muda turut membantu perniagaan keluarga.[11]

Pada 1993, Erick lulus program Master untuk Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Master of Business Administration) dari Universiti Kebangsaan California, Amerika Syarikat.[7] Sebelumnya beliau memperoleh gelaran Sarjana Muda Seni (Bachelor of Arts) dari Kolej Komunii Glendale. Lain daripada itu, Erick juga dikenali sebagai sahabat kepada Sandiaga Uno dan Muhammad Lutfi semasa di pengajian tinggi.[12]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sekembalinya ke Indonesia, bersama dengan rakan-rakannya, dia membentuk Kumpulan Mahaka.[7]

Pada 2001, Kumpulan Mahaka membeli Republika, akhbar Islamik terbesar di Indonesia. Kerana latar belakang Thohir dalam komunikasi, beliau dipilih untuk memimpin majalah tersebut.[7] Beliau mendapat sokongan dari ayahnya, juga pengasas Kompas Jakob Oetama dan pengasas Jawa Pos Dahlan Iskan[7] untuk menjalankan akhbar ini. Kumpulan Mahaka menyebarkan potensinya dengan melabur dalam syarikat pengiklanan luar Mahaka Advertising kerana pertumbuhan ekonomi dan saiz bandar pada 2002.[7]

Setelah melancarkan stesen televisyen Jak TV, Mahaka memperkenalkan stesen radio 98.7 Gen FM dan 101 Jak FM, dan turut serta dalam PT Radionet Cipta Karya (Prambors FM, Delta FM dan FeMale Radio), serta banyak iklan, tiket, hiburan dan digital syarikat.[7]

Thohir adalah pengasas Yayasan Darma Bakti Mahaka.

Pada 2011, bersama Anindya Bakrie, beliau menjadi pemilik stesen televisyen tvOne, dan juga laman berita internet Viva News. Pada 2014, beliau terlibat dalam projek pemulihan dan menjadi Ketua Pengarah antv.[10]

Pada 2018, Presiden semasa Joko Widodo memilih Thohir sebagai ketua kempen pemilihan semula untuk pilihan raya Presiden 2019.[13]

Pada 2019, antara 10 individu lain Thohir dilantik ke Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Board of Commissioner". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-21. Dicapai pada 12 Ogos 2016.
  2. ^ "Erick Thohir, BA., MBA. - iNews". Berita Erick Thohir[[1]] (dalam bahasa Indonesia).
  3. ^ "LionRock Capital Acquires 31.05% of Internazionale Milano S.p.A". Dicapai pada 26 Januari 2019.
  4. ^ "Ownership". Dicapai pada 12 Ogos 2016.
  5. ^ "Indonesia Asian Games Organizing Committee, National Organizing Committee of Asian Games 2018| Asian Games 2018". Asian Games 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-14. Dicapai pada 14 September 2018.
  6. ^ "Berita Erick Thohir Terkini dan Terbaru Hari Ini - SINDOnews". SINDOnews.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-08-23.
  7. ^ a b c d e f g Veda, Titania (22 Julai 2009). "Indonesian Media Manager a Man on a Mission". Jakarta Globe. Dicapai pada 17 Ogos 2016.[pautan mati kekal]
  8. ^ https://republika.co.id/berita/og2ffw319/kisah-thohir-dari-gunung-sugih
  9. ^ Janet Steele, Mediating Islam: Jurnalisme Kosmopolitan di Negara-Negara Muslim Asia Tenggara, 2018
  10. ^ a b Nonto, Albertus Weldison; Soegiarto, Yanto (30 Jun 2011). "New media magnates". Globe Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2012. Dicapai pada 12 Januari 2012.
  11. ^ Jakarta Globe 2009, Indonesian Media Manager.
  12. ^ Foto Bersama Erick Thohir, Sandiaga Uno dan M Lutfi, Bahlil: Saya Paling Junior
  13. ^ "Indonesia president picks Asian Games chief to run re-election..." Reuters. 7 September 2018. Dicapai pada 7 September 2018.
  14. ^ "IOC appoints 10 new members, Greece back in the fold". 26 Jun 2019. Dicapai pada 16 Ogos 2020 – melalui www.reuters.com.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]