Sesungut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sesungut atau antena merupakan pasangan apendej yang digunakan oleh haiwan-haiwan artropod sebagai anggota deria.

Bagi artropod, sesungut bersambung dengan segmen-segen yang paling di hadapan. Bagi krustasia, ia adalah biramos dan terdapat pada dua segmen paling hadapan di kepala, dengan sepasang antenul yang lebih kecil. Semua kumpulan artropod yang lain - kecuali Chelicerata dan Protura yang tiada sesungut - mempunyai sepasang sesungut yang uniramos. Sesungut ini bersendi setidak-tidaknya di tapaknya, dan secara amnya menjangkau ke hadapan dari kepala. Sesungut merupakan organ deria, tetapi apa yang dideria dan bagaimana ia menderia sebenarnya adalah berbeza sesama kumpulan, apa lagi tidak semestinya jelas difahami. Antara fungsi-fungsi sesungut yang diketahui ialah deria sentuh, pergerakan udara, haba, getaran (bunyi), dan terutama sekali deria bau atau rasa.

Istilah sesungut juga memaksudkan sejenis organ lampai yang boleh lentur pada kepala haiwan moluska atau cnidaria (ampai-ampai dsb.), digunakan untuk merasa, meneroka atau melekat pada sesuatu (rujuk tentakel). Baru-baru ini, istilah sesungut juga memaksudkan sturktur silium yang terdapat dalam kebanyakan jenis sel eukariot.

Rujukan[sunting | sunting sumber]