Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sharifah Habsah Syed Hasan)

Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

AMK; DSDK; JSM; PSM; DGMK; SSTM
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia ke-10
Dalam jawatan
28 Ogos 2006 – Disember 2013
Didahului olehMohamed Salleh bin Mohamed Yasin
Digantikan olehNoor Azlan Ghazali
Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia
Memegang jawatan
Disember 2000
Didahului olehZaleha Ismail
Butiran peribadi
Alma mater
PekerjaanAhli Akademik & Doktor Perubatan

Tan Sri Dato' Seri Prof. Emerita Dr. Sharifah Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin adalah tokoh pendidikan di Malaysia. Beliau adalah Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (27 Ogos 2006 - 31 Disember 2013). Beliau pernah menjadi Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (2000-2004) dan Pengarah Bahagian Kualiti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2004-2005).[1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sharifah Hapsah menerima ijazah perubatan MBBS daripada Universiti Malaya (1973) dan Sarjana Kesihatan (Personnel Education) daripada Universiti New South Wales Australia (1982) dan Doktor Falsafah Perubatan (1997).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi Ketua Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (1976 - 1979) ; Pengarah Pusat Pembangunan Akademik UKM ; Ahli Lembaga Pelawat Depot Tahanan ; Perunding 'Distance Education Project McCord' Hospital, Durban ; Penasihat 'Medical Education WHO ; Ahli Majlis Penasihat Kebangsaan mengenai wanita dalam pembangunan ; Ahli Lembaga Eksekutif 'Network of Community Oriented Education Institution in the Health Science' ; Ahli 'Association Medical Education WHO, Western Pasific Region' ; Ahli Majlis Akademi Perubatan Malaysia ; Ahli Persatuan Perubatan Malaysia dan pensyarah perubatan di Fakulti Perubatan, Jabatan Pendidikan Perubatan, UKM.

Prof. Sharifah telah menamatkan perkhidmatannya  di UKM pada 31 Disember 2014. Sebuah buku yang bertajuk Inspiring Futures telah diterbitkan mengenai beliau. Buku yang dikarang oleh Dr. Rokiah Talib, Sarjana Tamu di Penerbit UKM telah dilancarkan oleh Tuanku Muhriz ibni Al-Marhum Tuanku Munawir, Canselor UKM.[2]

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Antara hasil karya beliau ialah 'Developing an Accreditation System for Medical School in Malaysia : Report of the Malaysian Medical Council Workshop on Accredition' (1996); Audit Akademik (1995); 'Intersectoral Collaboration in the Family Medicine Programme in UKM' (1995); 'Commentary on Prospects for Change in Medical Education in the 21st Century' (1994) dan lain-lain lagi.

Beliau bersama-sama yang lain membentuk kurikulum bersepadu dalam program perubatan di UKM.Beliau juga mewujudkan audit akademik dalaman dan sistem akreditasi dalam bidang perubatan dan penstrukturan keilmuan sesuai dengan abad maklumat.

Penglibatan Masyarakat[sunting | sunting sumber]

Sebagai Presiden NCWO, beliau telah  membangunkan kapasiti organisasi melalui Pelan Tindakan Strategik NCWO.  Semasa NCWO menyambut Ulangtahun Ke-50 pada tahun 2013, Tan Sri Sharifah Hapsah  mengatakan bahawa pemerkasaan wanita bermula  sejak tahun 1962 lagi.[3]

Anugerah dan pingat[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima pingat Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SUNS) (2013), Panglima Setia Mahkota (PSM) (2009), Johan Setia Mahkota (J.S.M) (1996) ; Ahli Mahkota Kedah (A.M.K) (1990); Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K); 'Fretz Katz Memorial Medal for Excellence in Medical Education' (1993) dan juga 'ICDE-COL Special Award of Excellence for Distance Education' (1995). [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]